Friday, 13 January 2012

YA ALLAH IZINKAN AKU MELAKUKAN AMALAN IKHLAS SEMATA KERANAMU


ULAT ROH

Semua orang pasti mati
tak tahu bila masanya
akan mati
 mahu tak mahu pasti tempuhi juga
muda atau tua
pasti mati
aku tak terkecuali
pasti mati
adakah aku takut?
Ya ...aku takut
kalau matinya aku
tanpa bekalan
kalau aku yakin ada bekalan
tapi aku tetap takut
takut bekalan yang kubawa
tidak diterimaNya
lalu aku dicampakkan ke Neraka
itulah yang kutakuti
bukan aku takut mati
aku takut...aku takut bekalanku tak diterimaNya nanti.

Apabila mati...
Jasadku tentu membusuk
dimakan jutaan ulat
jika itu hukum alam
aku redha
tapi jika amalanku
dimakan ulat-ulat rohku
macam mana?
Allahu Akbar
merana rohku
merana yang tak tertebus!
Nak menangis pun tak berguna
jasad dah hancur dimakan ulat
tangisan roh percuma saja.

Ya Allah ... aku rela jasadku dimakan ulat
tapi aku tak mahu amalanku dimakan ulat-ulat roh
tolonglah Ya Allah kasihanlah aku
izinkan aku melakukan amalan ikhlas semata keranaMu
agar ianya menjadi
bekalan yang Kau terima
dan jauhkan bekalanku dimakan ulat-ulat roh.
Amin Ya Rabbal A'Lamin.

Karya: Rha NS
22 Jun 2011
· · · 18 hours ago

    • Penaluka Kersani terlalu tulus....
      9 hours ago ·
    • Rabeah Mohd Ali Terima kasih sahabat ku kerana beri pendapatmu...tak akan penulis ulasnya pendek je...aku baru nak buat kajiselidik menngenai karyaku...samaada kualiti atau tak...hihihi jangan marah sebab kena dera ye...dera menulis....
      9 hours ago ·
    • Penaluka Kersani ulasnya pendek tapi padat...haaaaa sekarang kamu pula...cari apa maksud komenku pula ahhahaahaha
      8 hours ago · · 1
    • Rabeah Mohd Ali Otakku dah kebas ni....tak boleh nak fikir lagi....hihihi nak kena beradu ...Insya-Allah esok sambung untuk kukerahkan kudrat pemikiran....moga Allah Izinkan. Amin.
      8 hours ago · · 1
    • Penaluka Kersani selamat malam.....jumpa lagi esok.....assalamualaikum....selamat ke ranjang emas mu
      8 hours ago ·
    • Rabeah Mohd Ali Mana ada ranjang emas...ranjang buluh adalah sebab aku tinggal di rimba...hihihi
      8 hours ago ·
    • Penaluka Kersani oooooo...mesti banyak buah hutan daaa
      8 hours ago ·
    • Rabeah Mohd Ali Seronok tinggal di sini ...hari-hari berbicara bersama alam...merekalah yang menjadi sumber inspirasiku untuk berkarya...sang rimba tolong carikan makanan untukku....hihihi
      8 hours ago · · 1
    • Rabeah Mohd Ali Tapi harus diingat...ranjang terakhir kita adalah di kuburan sahabatku...justeru sama-sama kita siapkan bekal untuk ke sana.
      8 hours ago · · 1
    • Penaluka Kersani terima kasih ku ucapkan pada mu....nasihat mu lebih berharga dari sekilo emas...
      8 hours ago · · 1
    • Rabeah Mohd Ali Sokonganmu padaku dan pada semua rakan Grup' Karya Kita' moga Allah saja yang membalasNya. Amin Ya Rabbal A'Lamin.
      a few seconds ago ·

  • (PETIKAN DARIPADA KARYA KITA - BAHASA MELAMBANGKAN BANGSA)
    14 Januari 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;