Saturday, 14 January 2012

KAYAKAH KITA?


Kaya Kah Kita...? (Puisi sederhana sebuah persoalan jua pesanan sesama kita..)

apa kah kita kaya
apa kah kita miskin
ada kah kerana harta
cuma ia ada pada kita
sepanjang seusia..

pernah kah kita tanya
kita kaya pada harta
harta apa pada kita
kita simpan dimana
di dalam bungkah hati
atau di telapak tangan kita

lupa kah kita...?
dimana kita simpan
musibah jika ada di hati
mulia andai ia di telapak tangan
cuma si miskin kekayaan
sentiasa di letakkan pada hati
si kaya juga mendakap damai
menghirup bahagia
jika harta nya di hati
Tuhan mu tiada meletakkan
kebahagiaan jua kesenangan
pada harta mu
cuma pada kekayaan pada hati

andai kamu lupa
Allah akan menceraiberaikan urusan mu
lintang pukang langkah mu nanti..!
pasti kamu akan rasa kekurangan
kurang harta juga budi
andai dunia ini di jadikan tujuan

Allah mempermudahkan mu
andai akhirat tujuan mu
harta sentiasa cukup buat mu
hati mu....ada nilai diri
pencarian mu kekal cukup
dengan kesyukuran
andai diri mu kaya
berniaga lah dengan Nya...Rabbi..
andai kamu mewah berurusan lah
dengan Nya...Allah hurabbi....
melalui zakat juga sedekah mu
kerana barangan dagangan Nya...
amat mahal.....cuma Syurga...

andai diri mu miskin..
rebutlah ..rebutlah pahala dengan amalan
kerana kaya hati mu
pasti kau tiada miskin papa
cuma kau miskin harta kekayaan
tiada kau miskin salam...juga ..senyuman
mudah dan indah..cuma itu harta indah mu

jangan kau lupa..
amalan kekal mu
baik di sisi Nya....
jangan kau lupa...
amalan kekal soleh...
wahai...sahabat ku kasihi..
baca lah hasrat lebih seni
lebih maknawi.....
tidak kira siapa kita
kaya....lebih kaya..
kaya pada apa...?
senang ....lebih senang
senang pada apa..?
sederhana...biasa biasa
sederhana dan biasa
pada apa...?

miskin..tak kira semiskin mana kedana kita.
kaya...tak kira sehebat mana harta kita
pada kaya dan kedana dalam kaya
tiada sehebat kaya nya kita
kerana hebat nya kaya kita cuma
sekaya hati kita.....

Cheyy...My.
15112.
· · · 4 hours ago

  • You and 3 others like this.
    • Rabeah Mohd Ali Aku tak punya harta,
      Tapi ku punya hati;
      CintaNya sentiasa bertahta,
      Moga Dia makbulkan doaku ini.
      a few seconds ago ·

  • (PETIKAN DARIPADA PUISI ILAHI)
    15  Januari 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;