Saturday, 14 January 2012

MAHA SUCI ALLAH AIR MATA KU TUMPAH SEBELUM TIBA DI DEPAN KAABAH


DIALOG ANTARA BENUA II

Sabtu 14 Februari (pagi)

“Awan. Disebalik warna putihmu yang syahdu ada rinduku yang pemalu. Laut. Pada jemari ombak lembutmu ada cintaku yang mula tumbuh..”
... Sms Camila.

“Jangan bermain dengan api Camila”
Sms Darwis penuh resah.

“Kau punya gerak hati Darwis?. Gerak hatiku mengatakan bahwa kau sedang merindui seseorang.”

“Kau akan terbakar Camila..”

“Darwis,aku tahu rindu dan cintamu mula berputik”

“Kau akan hangus Camila.....”

“Darwis, firasatku tak pernah berbohong...”

“Jangan letakkan jarimu di lubang kalajengking kalau kau tak tahan dengan sengatannya..,”
Darwis bersms keras.

“Siapa kau sebenarnya Darwis, bicaramu penuh bisa...”

“Apalah yang tinggal dari diri ini. Aku telah hangus terbakar dalam api cinta sehingga tiada yang tinggal dariku selain sekeping hati yang cacatcedera..”
Airmata Darwis hangat menitis.

“Hebat kisahmu Darwis. Boleh crite kat kite?”
“Tidak sehebat kamu yang terpasung dalam misteri..”

“Siapa abang ini?”: Camila cuba mengorek rahsia.

“Camila,........apa misterimu?”; Darwis mengubah bicara.

“Tiada apa-apa, aku cuma sebuah boneka bisu, diperlaku dengan kejam, di sepah di buang...”

“Kau berteka-teki lagi Camila”

“Itulah kenyataannya Darwis. Aku terperangkap dalam diri Camila. Kini bagai boneka..”

“Lebih untung menjadi boneka dari manusia. Tiada pertanggungjawaban, tiada tuntutan tentang perlakuan”

“Tapi aku mahu menjadi seperti manusia, dibelai manja dan dihargai”

“Kau perlu ada kesaktian untuk itu”

“Iya aku ada, kerana akulah Puteri Santubong”

“Maka apa rencanamu dengan sakti yang kau punya?”

“Mendirikan istana bahgia dari tiang kasih-sayang ,
Dinding dari permata cinta dan berbumbungkan damai gemerlapan”

“Impianmu tinggi mengawan. Hasratmu di kedalaman lautan, kenapa perlu berangan-angan?”

“Walau sekadar impian, cukup seketika bagi menahan darah luka, walau cuma berangan-angan, dapat juga mengubat derita”

“Boneka yang pandai berkata-kata kau Camila”

“Sekurang-kurangnya, aku dapat menghiburkan anak-anak kecil nan manja”

“Boneka yang pandai menyanyi kau Camila...”

“Setidak-tidaknya, aku dapat menghiburmu di kala sunyi”

Camila hilang lagi.
See More
· · · about an hour ago

  • 50 of 52
    • Rajendra Nath Tagore II ‎:))
      59 minutes ago · · 1
    • Rabeah Mohd Ali Ceritanya bagus...kebolehan yang luar biasa...bersahaja tapi ada tersurat dan tersirat...Tahniah! Sahabatku....ada sambungan ke...boleh dijadikan novel gak....pasti meletup-letup!!!!
      53 minutes ago ·
    • Rajendra Nath Tagore II nak dok maner kalo mesia meletup?,......ishhhhh
      52 minutes ago ·
    • Bonda Hanna salam rindu kepada mu
      sepi mu memamah injab ku y
      y so salen
      51 minutes ago ·
    • Rajendra Nath Tagore II engkau mendera aku....
      50 minutes ago ·
    • Rajendra Nath Tagore II membunuh aku berkali-kali
      50 minutes ago ·
    • Bonda Hanna teganya aku kepada mu ?
      49 minutes ago ·
    • Bonda Hanna darah ku seakan terhenti
      49 minutes ago ·
    • Bonda Hanna roduklah aku dengan belati sabil mu
      48 minutes ago ·
    • Rajendra Nath Tagore II akan..........
      48 minutes ago ·
    • Rajendra Nath Tagore II tapi aku sendiri..
      48 minutes ago ·
    • Rajendra Nath Tagore II march ini...
      47 minutes ago ·
    • Bonda Hanna buka telapak tangan mu tadah airmata ku
      47 minutes ago ·
    • Bonda Hanna biar lencur tasbih di gemggaman mu
      47 minutes ago ·
    • Rajendra Nath Tagore II simpan airmata utk ka'abah
      47 minutes ago ·
    • Bonda Hanna aku akan kembali
      46 minutes ago ·
    • Rajendra Nath Tagore II tumpahkannya biar memerkah tanah arafah..
      46 minutes ago ·
    • Rajendra Nath Tagore II tp tidak aku..
      46 minutes ago ·
    • Bonda Hanna laptop ku ku usung kesana sini
      46 minutes ago ·
    • Rajendra Nath Tagore II aku tak akan kembali
      46 minutes ago ·
    • Bonda Hanna aku sudah pun merkah seharian ini
      45 minutes ago ·
    • Bonda Hanna kebisuan mu bak pancungan pedang Omar dileher ku
      44 minutes ago ·
    • Bonda Hanna Rajjjjjjjjjj
      44 minutes ago ·
    • Bonda Hanna Rajjjjjjjjjjj pandang redup mata ku ini
      43 minutes ago ·
    • Rajendra Nath Tagore II harus bagaimana aku?..........di cincang dengan pedang rindu?
      43 minutes ago ·
    • Rabeah Mohd Ali Aku cadangkan cinta kalian ini dijadikan novel cinta sufi lagi,,,bercahaya-cahaya ....pasti diulang cetak dan difilem ...aduhai kalah Ombak Rindu...tak percaya tanya Mirza & Anida...
      43 minutes ago ·
    • Rajendra Nath Tagore II ghazal ke 6 utk rabeah
      42 minutes ago ·
    • Bonda Hanna Maha suci Allah air mata ku tumpah belum terpacak di depan kaabah
      42 minutes ago ·
    • Bonda Hanna aku inginkan sulam marhalah mu
      41 minutes ago ·
    • Bonda Hanna bukan ghazal untuk Rabiah
      40 minutes ago ·
    • Rajendra Nath Tagore II bonda......
      40 minutes ago ·
    • Bonda Hanna aku perpaut di lengan mu
      meruntun abaya mu
      kasihanilah aku
      39 minutes ago ·
    • Bonda Hanna jika aku mendera mu
      engkau menyeksa ku
      38 minutes ago ·
    • Bonda Hanna jawablah aduhai jawablah
      37 minutes ago ·
    • Rajendra Nath Tagore II ‎..............................
      37 minutes ago ·
    • Rajendra Nath Tagore II ‎..................
      37 minutes ago ·
    • Rajendra Nath Tagore II ‎.............
      36 minutes ago ·
    • Bonda Hanna Answer me plzzzzzzz
      36 minutes ago ·
    • Bonda Hanna Qalam Qalam ya Qalamullah tataqallam ya Qalam
      35 minutes ago ·
    • Rajendra Nath Tagore II engkau tidak lihat?......airmataku hangat mencurah???
      34 minutes ago ·
    • Bonda Hanna aku rasakan di rongga ku panas
      34 minutes ago ·
    • Rajendra Nath Tagore II engkau tidak dengar?.......desir darah rinduku yg menggelegak parah?
      34 minutes ago ·
    • Bonda Hanna aku rasakan bagai halilintar
      33 minutes ago ·
    • Rajendra Nath Tagore II mangrib
      31 minutes ago ·
    • Bonda Hanna petir mu menyambar dentumnya bahang api membakar hanggus seluruh Cinta
      31 minutes ago ·
    • Rajendra Nath Tagore II CUKUP!!!
      31 minutes ago ·
    • Bonda Hanna okkkk sebelumnya berikan aku penawar aku akan hilang khusuk ku engkau pun tahu
      30 minutes ago ·
    • Bonda Hanna penawar penawar penawar berikan aku
      29 minutes ago ·
    • Rajendra Nath Tagore II ‎.....................Laisalaha mindunilLah hi kaashifah...
      27 minutes ago ·
    • Bonda Hanna aku batalkan pemergian..kashifah menjadi barhalah dari engkau mati biar aku yang terputus nafas Jika inilah Cinta ynag tertambat akan ku ikat Di kerongkong tali hujungnya di Khaldi mu..slam margrim maafkan aku terabai waktu
      17 minutes ago ·

  • (PETIKAN DARIPADA KARYA KITA - BAHASA MELAMBANGKAN BANGSA)
    14 Januari 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;