Saturday, 14 January 2012

TERBANGLAH ADUHAI SANG KEKASIH KEPAKKANLAH SAYAPMU

  • Rajendra Nath Tagore II

    Merpati Putih..
    terbanglah aduhai sang kekasih
    kepakanlah sayap mu
    memunanjjat..
    menjelepukan diri di kaki Arsyi
    aimata mu meleleh merah berdarah
    airmata ku menghembur merah bernanah

    kita berpanca sayap
    bersilang kaki di malam pertama
    bersilang Lidah di alam fanaaaa
    saksi menyaksi saling bersaksi..
    Langit menjadi Hitam
    menebar sayap mu bagai Jibril
    di wafatnya Abu Hurairah
    Bargdad menjadi gundah
    keseluruhan cahaya suram kelam
    siang di sangka malam

    Buah hatiku ya hayati ya rohhhi
    aku terlalu Cinta
    Cinta kepada mu jua..
    Dalam aku Cinta
    cuma 1 yang aku takut
    ketakutan kepada Azab Cinta mu
    Azabnya aku jika engkau berpaling
    Azabnya aku jika engkau tidak lagi menoleh
    terlebih Azab engkau mengurangi sukatan
    engkau menggurangi timbangam

    KhotamallAllah hu 'ala qulubihim
    Waala samihim..waala abshorihim..ghisawah
    walahum..AZAB..bul'alim ..ShodaqALLAH..
    · · · 16 hours ago ·

    • You, Penaluka Kersani and 2 others like this.
      • Nur Azaneen Jinak-jinak burung merpati
        mendekat mau tertangkap tidak;
        Dekat, dekat engkau di hati
        dengan mata tertampak tidak
        16 hours ago · · 1
      • Bonda Hanna Merpati Putih ku
        kekasih ku..aku rela sepenuh nyawa..
        jeratlah ia..
        tangkaplah ia..berkongsi kasih berkongsi cinta
        berkongsi rindu..jika ia makan di telapak tangan
        patukanya adalah bilangan Tasbih mu..AlhamduliILLAH..
        15 hours ago ·
      • Bonda Hanna Nur Azaneen kesayangan ku
        jika tertangkapnya merpati putih ku
        Cinta ku berkongsi dengan mu
        bagai perkongsian Khadijah da Aisahah
        Ummul Salamah dan Saudah...bahagia kita semua memiliki Cinta..
        14 hours ago ·
      • Rabeah Mohd Ali PUISI SUFI BONDA HANNA & RAJENDRA

        Duhai bonda Hanna kesayanganku
        Kata-katamu buatkan aku terkedu
        Iramanya mendayu-dayu
        Hatiku jadi sayu
        Jiwaku jadi pilu
        Terus merindu
        KurinduNya dalam kalbu
        Kaulah penyubur rindu
        Hadirmu syukurnya aku
        Sudilah berkongsi ilmu
        TentangNya tentang cintaNya rasa tak jemu
        Diulang-ulang selalu
        Berkat ilmu anugerah untuk mu
        Makanya jangan jemu berkongsi ilmu denganku
        Bersahabat denganmu sukanya aku
        Bertambah ngam pabila puisi sufi mu bergandingan si rajendra itu
        Aku dibuai dan hayunkan puisi sufi merdu
        Mendayu-dayu
        Sayu
        Terbenam di kalbu
        Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akhbar aku rindu...
        Ya Allah Kau balaslah puisi sufi mereka ini dengan cintaMu!

        Karya Rha NS
        14 Januari 2012
        10 hours ago · · 1
      • Bonda Hanna ku sambut kasih ku genggam sayang
        bersama merpati putih ku bawa terbang
        memburu Rindu kami di awang2
        singgah di Afghan ke Ghagnjis Yaman dan Oman
        benua tertua di jadikan
        dengan KUN nya
        dengan Fayakunya

        mendideh menggelegak
        kesabaran jua menjadi tunggak..
        Lantaran..

        "Faas biru inna wa'kdALLAH hi Haqq..
        Wala yas takhiffannakallazi nala yuk'minun.."
        ( oleh itu..berSabarlahsesungguhnya janji Allah itu Benar..
        dan janganlah orang2 yang tidak menyakini itu...dengan
        apa yang engkau sampaikan itu
        menjadikan engkau Resah )
        Aduhai Rabeah Mohd Ali

        syukran alaiki
        kerana tidak mencemburui dengan Syak
        tentang perkasihan kami
        merestui perCintaan kami
        menggerti tentang kasih kami...dan perkasihan kami
        kerinduan kami
        terbakar di unggun api Ibrahim..

        Ista'inu billah..Wa asbiruuu"
        7 hours ago · · 1
      • Rabeah Mohd Ali Allahu Akhbar!
        Bonda Hanna kasihku padamu sepenuh jiwa
        Hilang laraku mendengar syair sufimu
        Kusayang kamu hingga tak lalu makan tak lena tidur
        Syairmu mendayu-dayu mengajakku mengenal dan mencintaiNya
        Mengenyangkan rohku yang ketandusan cintaNya
        Terjelepuk aku diperdu rindu
        Terus-terusan merinduiNya
        Ku jatuh cinta padaNYa
        Syukur aku padaNya
        Mengurniakan aku pujangga sufi sepertimu
        Karyamu bak mutiara yang kucari-cari
        Bak pelangi indah di waktu pagi
        Harumnya menyelubungi pagi dan petang
        Petang bawa ke malam
        Aku beradu dalam muhasabah aku padaNya
        Moga Dia membalas cintaku cintamu juga

        Warkah puisi cintamu mengajak aku mengenal dan mencintaiNya
        kupamirkan di halaman muka buku
        biar ramai sepertku MemujiNya Meng-AgungkanNya
        Di sebilang masa di setiap waktu

        Allahu Akhbar sukanya aku... sukanya engkau
        Mesej cinta mu telah kusebar luaskan
        Dibaca seluruh penghuni bumi
        Pelbagai bangsa pelbagai bahasa

        Rahsia cintaNya boleh dimiliki
        Asalkan ikhlas mencintaiNya
        Dia Maha Pengasih Maha Pengasih
        KasihNYa Tanpa Batas Tanpa Had
        Moga cinta berbalas cinta
        CintaNya untuk cintaku... untuk cintamu...untuk cinta semua.
        Amin Ya Rabbal A'Lamin

        Karya Rha NS
        14 Januari 2012
        7 hours ago ·
      • Rajendra Nath Tagore II Desir Zikir mengucup bibir
        relung-relung rindu pun meracau
        berguman gema mengajak pada bicara
        pintal-lah makna Pengembara
        berkelana mengijak tangga-tangga lataif
        Berderai-lah asma membuka sukma
        jalaran rindu darah ungu memanggil YA HU
        O Yang melebur,
        Aku & Engkau berbaur
        Jismu Lataif merekah pecah
        jadi-lah engkau bintang, dengan kerdip gemerlapan
        berdiri-lah tanpa bayang!
        Kembali-lah menyendiri Dalam Diri,
        ungkai seluruh gugusan puisi
        dari silau hijau mathnawi ar-Rumi
        lihat-lihat-lah kalau-kalau ada ber-baki cinta
        yang tertinggal pada qirqah yg hampir koyak
        sujud & sembahlah rindumu
        bakar hanguskan segala milik,
        jangan ada bersisa dari benda
        Dan sentuh-lah Piala
        sampai nyala dan nyala berkobar rasa
        kumpulkan seluruh cinta
        sehingga terbuka petala samesta
        luluhkanlah ilmu & makna
        nescaya engkau merentung fana
        terkisar menyebar bagai debu-debu
        hilang dan sirna di dalam cahaya
        pada puncak keindahan nirvana
        Engkau & Dia
        kekal bersama
        di kesejatian Cinta
        yang cukup sempurna!
        7 hours ago · · 1
      • Bonda Hanna FataqabbalAllah hu min kum..hu min kum ya kareem..
        Rabeah Mohd Ali
        belakang ku pesuk di tombak Cinta
        dada ku berlubang
        juga terkena busar Cinta
        hati ku lebur di curah racun2 kerinduan ku
        teracun tertongkat lidah di lelanggit ku
        saban dinihati
        Hingga fajar menyeri
        aku tidak pernah ada malam dalam rindu ku ini

        yang ada rindu semata2
        yang ada cinta cuma Cinta
        aku bokeh jadi hanggus rentung
        demi Cinta dan kerinduan yang aku tanggung
        Lutut ku jadi hitam Rabeah..
        sanggup kah kamu..?
        6 hours ago · · 1
      • Rajendra Nath Tagore II Yang menghias
        dupa untuk membuka makna
        aku tersentuh rahasia Kaf di depan Nun
        bahawa pada asyik Merak di cermin
        ada relung-relung impi yang kian meninggi
        suara Daud di bibir Sulaiman
        memanggil Balqis di Pelantaran

        O Cinta, tutup Piala kau buka,
        titis anggur mengalir rasa
        datanglah Zulaikha
        Yusuf-ku di Penjara!

        O yang meniup pipa
        mengapa jungkirbalikkan meja
        lingkaran belum bermula
        Agra belum Kau nyala
        mangkuk Peminta belum ku-tadah
        namun airmata-ku tetap tumpah

        kalau rindumu membaldu sarat berjerebu
        terjun-lah bersama Salju
        putihnya tidak akan membeku
        dan kau lontar-lah Diri ke Aku
        nanti pada baur rindu, Kau dan Aku adalah SATU
        6 hours ago · · 1
      • Rabeah Mohd Ali Telah lama kujejaki bintang di langit
        Kutercari-cari mana satu bintang itu
        Malu dia memunculkan diri
        Bintang yang lain menghinaku
        Lalu aku terhina dalam lara membungkam
        Hampir nafasku terhenti
        Namun Dia tidak mengizinkanNya
        Selagi aku tidak menggenggam bintang itu

        Aduhai bintang...menjelmalah dikau
        Aku perlukanmu
        Agar dapat kusebar luaskan cinta Tuhanku di muka bumi ini
        Agar seluruh penghuni bumi ini mencintaiNya
        MencintaiNya mengatasi segalaNya

        Biarpun kau menyorok di balik bintang-bintang lain
        Aku tetap memilikimu
        Biarpun ramai yang ingin membunuh anganku untuk memilikimu duhai bintang hatiku
        aku akan tetap menjejaki mu sehingga kau kumiliki digenggamanku
        Moga Dia tabahkan hatiku dalam cabaran aku memilikimu
        Tanpa jemu tanpa penat tanpa putus asa
        Kucuba sehabis kudrat

        Mana tahu dengan kehendakNYa yang telah tercatat
        Di Suratan Takdir
        Kau datang padaku
        Di kala hatiku pasrah dan redha untuk memilikimu
        Kau berjaya kumiliki digenggaman
        Atas kehendakNya kumemilikimu
        Dan itulah takdir yang tersurat
        Dan itulah piala anugerahNya
        Syukurku dalam sujudku
        SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
        6 hours ago · · 1
      • Bonda Hanna Yusuf..?
        jangan di kumat isma itu..
        derai aimata ku menjadi butir batu
        birai mata ku pecah
        kerikil batu memamah

        KU hidu darah dibaju mu Yusuf
        kerana rindu
        walau aku tahu
        darah i tu darah serigaka

        aku tersandar di birai telaga
        menghidu nafas mu
        di bawa bayu
        miski ku tahu telaga itu telaga beracun
        aku gengggam baju koyak mu
        tertekap di hidung ku
        peneman malam2 berahi ku
        miski aku tahu..
        Zulaika yang menggoyak baju mu

        Bau jasad mu
        bau keringgat mu
        aku hidu..dan aku hidu..

        ya robbi..ya robbana
        nufus ya ahlilnufussssssssss
        tersiksanya aku yang kudus
        beban Cinta terbeban Rindu
        beban rindu terbeban Cinta
        Rajjjjj,,,,,ooooooohhh
        Allah hu ya Zaljalal
        6 hours ago · · 1
      • Rabeah Mohd Ali Terharuku teringatkan kisah cinta Zulaikha dan Yusuf
        Akhirnya Allah kabulkan percintaan Zulaikha pada Yusuf
        Takdir cinta tercatat di Lauhmahfuz tiada siapa yang tahu hanya Dia Yang Maha Tahu
        Sebelum Mengenal Tuhan ...Zulaikha yang tergilakan Yusuf
        Sesudah mengenal Tuhan CintaNya pada Allah mengatasi segalaNYa biarpun cinta Yusuf sudah dimilki
        begitu hebat keajaiban cinta
        cinta berbalas cinta ...cinta keranaNya membawa ke SyurgaNya

        Berbeda kisah percitaanmu dengan pujangga Rajjj
        Sama-sama pujangga sufi
        Masing-masing memburu cintaNYa
        Masing-masing meraih cintaNYa
        Dan aku merasakan beban cinta dan beban rindumu
        Oooohhh Rajjjj
        Ooooo Rajjj
        Balaslah cintanya
        Agar hilang beban cintanya padamu

        Moga tenang jiwanya
        Aman jiwamu

        Sama-sama cinta
        Sama-sama sayang

        Demi meraih cintaNya
        Demi mendapat balasan cintaNya
        6 hours ago · · 1
      • Rajendra Nath Tagore II Pada huluran al-Hambra
        genang cahaya ain-sofea membisik ke telinga
        merindu anggurMu yang merah berjelira

        Oh Engkau,
        bebaskanlah aku
        dari belenggu rindu
        sehingga aku dapat berlari ke zawiyya
        mengucup makna cinta
        di pusar untaian tasbih kasih
        sehingga terbuka rahasia cinta
        dalam tumpah airmata
        bukalah jalur makna
        pada surah-surah TOHA

        lebur-luluhkan tubuh
        dgn ismu HU agar semua meng-ungu
        menjadi satu berbaur ahdiat wal maiyyat

        dan di mana,
        engkau bergolak antara cinta & airmata

        AKU di sana
        menanti kau fana di dakap cinta
        segala bentuk arca & benda menjadi sirna
        lalu kita tiba-tiba bersama
        meneguk asmara
        dalam baqa!
        5 hours ago · · 1
      • Bonda Hanna Engkau
        Engkau lah jua
        mendudukan aku di tahta Balqis
        menyingkap abaya ku merentas cermin kaca nan tipis>

        Terjadilah Cinta
        Cinta yang tidak terhakis
        pada zaman bermula Adam..
        hingga Sabil Qabil berbunuhan
        hingga Qais dan Laila sengsara derita kerinduan

        aku adalah hamba
        hamba Cinta mu
        meratap mendayu di dinihari
        memhitung tasbih kasih hingga terputus
        memunggutnya ditaqdirkan tidak cukup
        tersandarlah ditiang hujau masjidil haram waktu Assar..

        Cinta mu menemukan aku dengan tasbih kristal ku yang sebutir
        ting hijau menjadi saksi
        Cinta mu tidak aku ragui
        al Hambra itu safira kasih mu
        safira Cinta mu semi bersemi

        Aura Cinta al Hambra
        merindukan ku kepada Firdausi
        alAddan..delima dan kasturi
        anggur ranup santapan naluri

        andai terdambar perkasihan ini
        Cinta mu Cinta hakiki milik ku abadi
        namun rendah menggeci Zarah
        layaknya aku sebagai dedebu
        di salut ladim unta di perang Baddar
        3 hours ago · · 1

    • (PETIKAN DARIPADA WALL BONDA HANNA)
      14 Januari 2012
    This story is now highlighted. We'll try to put more stories like this at the top of your News Feed.

0 comments:

Post a Comment

 
;