Saturday, 14 January 2012

BUKALAH JALUR MAKNA PADA SURAH-SURAH TOHA


Bonda Hanna

Pada huluran al-Hambra
genang cahaya ain-sofea membisik ke telinga
merindu anggurMu yang merah berjelira

Oh Engkau,
bebaskanlah aku
dari belenggu rindu
sehingga aku dapat berlari ke zawiyya
mengucup makna cinta
di pusar untaian tasbih kasih
sehingga terbuka rahasia cinta
dalam tumpah airmata
bukalah jalur makna
pada surah-surah TOHA

lebur-luluhkan tubuh
dgn ismu HU agar semua meng-ungu
menjadi satu berbaur ahdiat wal maiyyat

dan di mana,
engkau bergolak antara cinta & airmata

AKU di sana
menanti kau fana di dakap cinta
segala bentuk arca & benda menjadi sirna
lalu kita tiba-tiba bersama
meneguk asmara
dalam baqa!

Rajendra Nath Tagore
· · · 8 hours ago

  • Bonda Hanna and 6 others like this.
    • 'Cato Enzo ‎"di pusar untaian tasbih kasih
      sehingga terbuka rahasia cinta
      dalam tumpah airmata
      bukalah jalur makna
      pada surah-surah TOHA" - Menyentuh Qolbu..
      8 hours ago · · 3
    • Rajendra Nath Tagore II Retak-kan dahiku dengan seratus rindu
      seribu kasih akan bergemerincing di gelang kaki-mu
      palu-lah rebana hati-ku
      Pengemis-ku akan bangun menari beragitasi
      Buka-lah gerbang Mesir-ku,
      Cleopatra-mu akan mencari pelana,
      milik kuda Antony yang perkasa
      aku akan mengelus jemari Nefertiti-mu
      kerana Mesir-ku mengalir darah Nil-mu!
      8 hours ago · · 3
    • Kak Rose Taa..Haa..hanya Allah yg mengetahui maknanya.. 'kami tidak menurunkan al-Quran ini kepadamu (wahai Muhammad) agar kamu menjd susah. Tetapi sebagai peringatan bagi org yang takut (kepada Allah)- Surah ke 20 ayat ke 2.
      8 hours ago · · 1
    • Rajendra Nath Tagore II Hari ini Kekasih,
      tirai musyahadah jgn enggan kau buka
      liqa kita jgn ada sesiapa
      lilin kasih Kau nyala, hamparan cinta ku-taburi agra
      mendekat-lah Kau ke-dada
      ku-sulam lidah basah di bibiran makna
      Kau taut , ku-peluk baqa bersama
      bersatu kita dalam rahasia
      di asmara nirvana!
      8 hours ago · · 2
    • 'Cato Enzo Sungguh mendalam maknanya Rajendra Nath Tagore II... Good Job...
      8 hours ago ·
    • Bonda Hanna Kekasih hati..
      aku ada di sini..
      8 hours ago · · 1
    • Rajendra Nath Tagore II Bonda...........!
      8 hours ago ·
    • Rajendra Nath Tagore II Kekasih,
      bulan BA - ku sayapnya rebah
      pada Muroqobah aku ilang arah
      apakah harus seluruh Diri melebur di wuquf Qalbi?
      kerena aku bimbang aku bukan aku lagi
      berdiri tanpa kaki,

      meluruh karam dalam lautan syuhud
      lemas tenggelam ke dasar dzauk.
      Apa aku harus menjadi air dan bersatu dgn laut?
      sehingga ujud yang ada cuma SATU

      Kekasih,
      indahnya maiyyah di taman tauhid
      Engkau menuangi gelasku dgn kasih
      saperti mereka aku di mabuk anggur
      saperti mereka Diri-ku luluh lebur!

      gapailah tangan-ku ke Marikh
      Zuhal-ku telah menjadi bintang tanpa tiang
      berhamburan pada langit rindu
      berkunang-kunang sayu.
      Kalau bukan angkara cinta
      lalu anggurNya untuk apa?
      8 hours ago ·
    • Bonda Hanna Tunggangkan aku pedati Khalid
      renjankan aku di busar Ali
      mukmin aku adalah kamu
      mengengdung fitrah kasih dan Cinta buat ku

      Shod..antara pangkal dan hujung lidah mu
      jalan mudah aku katakan ya..ya !
      engkau tidak memurkai
      itukal yang aku sayangi

      bila guruh berdentum
      nafiri sangkakal kah ?
      aku peluk tubuh harum kasturi mu
      membenan muka di hiduan dada mu
      Malik kah memegang buku
      Ridwankah menjaga pintu

       hari ini adalah hari2 aku menghitung waktu
      bagai sa'i ku
      bagai di baitul rahmah
      Bila TOHA bertemu al Qiamah
      menghidu harumnya Jannah..
       
      8 hours ago · · 1
    •  


  • (PETIUKAN DARIPADA KARYA KITA - BAHASA MELAMBANGKAN BANGSA)
    14 Januari 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;