Thursday, 12 January 2012

DALAM DIRI

  • DALAM DIRI


    Tafakkur yang menaakul
    jalur-jalur ungu zikir khafi
    sepi yang indah teserlah,
    bait-bait ismu Dzat pada latifatur-qalbi
    bergetar bergema, merona jingga segala
    menular dzauk wujudi pada agitasi
    dan mabuk pun menggoyah
    mencair kujur Diri!

    HU Allah,
    memuntah rindu membiru
    hangat membara, menggunung api kasih
    membakar memamah, mazmumah yang parah
    pada lengkung pelangi diri

    AH Allah, Junaid pun berkepak tinggi,
    mencari Uweis al-Qorni
    yang lari menyendari pd gembala domba di sahara

    O Syah Naqsyabandi,
    aku mohon sujud pada rendah kakiMu
    pada Baba Samasi yang mengerti
    hakikat Diri Syaikh Abdul Qadir Jelaini!

    Allah HU,
    anggurMu memecar di dahi Ali
    mengalir merah bagai darah al-Husaini di Qarbala
    menyusur ke laut Parsi mencari Diri

    dan Dzun-Nun al-Misri,
    aku tahu mangkuk pengemismu,
    adalah gemerlapan yaqut berair, zamrud zabarjan
    berbayang biru nilam
    dan bucu ufuk piramid,
    tiba-tiba runtuh bersama Ramsis II
    di munajat Musa birai Tursina!

    Lihatlah Sorga,
    di mata di dada Dia
    bahawa Sidratul Muntaha pada mikraj adalah TOHA,
    yang mengalir ke telaga Fatihah nan bercahaya
    mencium raudhah di rindu ka'abah
    Hajar Aswad tiba-tiba melimpah,
    pada wuquf qalbi di Arafah,
    dan aku hilang Diri
    dalam meditasi

    Rajendra Nath Tagore
    · · · about an hour ago

      • Bonda Hanna Rajendra Nath Tagore II...Raj
        Bonda terkenag Abu Dardar...!
        kemana ia..?
        about an hour ago ·
      • Rajendra Nath Tagore II Ia berenang di salsabil dlm gelora asmaranya yang menyala..
        about an hour ago ·
      • Bonda Hanna Rindu ku menyapa rindunya
        menyapa rindu mu
        tersapa di puncak pertapan jabal qubis
        di sambar rajawli digonggong hud2
        Cinta ku terpanah Cinta asmara Abu Dardar di salsabilla
        kaki ku incut
        mengengejar hingga Afghan
        ooooooooh aulia qayyim menepuk bahu
        menhulurkan aku segumpal rindu
        dari telapak tanganya selembt kapas
        Rajendra Nath Tagore II
        aku lemassss lemasssssss
        di kucup rindu shahduuuuu
        sambutlah aku Ummul Hanna mu
        di lengan Zuhud mu

        titiskan madu kasturi
        renjiskan anggur perapan para shuhada dihujung jari
        aku rindu
        aku rindu Rooooooooooobul Izzati
        mengucup mu dihamparan sejadah
        lebih ku tanggisi
        mumadjjadah
        aku terebah rebah tersunggkur di mujjahadah.
        51 minutes ago ·
      • Rajendra Nath Tagore II Pekik-lah rindumu
        lurus hati akan menggegar langit
        kasih akan meng-hujan
        menjadi lebat cinta membanjir asmara
        dan basahkanlah jiwa
        dengan kejujuran
        pasti kebenaran menjernih
        merungkai seribu makna
        bahawa yang hakiki dari cinta,
        adalah syukur & redha
        atas apa saja!

        Bonda,
        hulurlah jemari dengan hati
        biar ku-sambut sebersih suci
        untuk meniti jembatan abadi,
        segala ismu harus menjadi Satu
        sehingga asyik HU di puncakmu,
        lalu Kita Fana di liqa'
        di lebur bening Cinta
        pada makna & rahasia
        tautan baqa'
        47 minutes ago · · 1
      • Bonda Hanna Rahsia cinta..rahsia di dalam rahsia
        masih gah berahsia dan Cinta ?
        ada tika tidak terahsiakan lagi..
        Cinta INI
        Rindunya bukan selangit
        asmara ku menjadikan aku..
        belari ke kaki awan
        menggalongkan pelanggi keleher
        ku tongkatkan lidah ke lelagitku
        ku patahkan tengguk hingga dagu menjamah dada
        gerak nafas bergerak
        Hu al Haqq..
        qadim al qadam..qadam al qadim
        hasbi hasbi hasbi..

        aimata ku adalah darah
        darah ku adalah aimata
        aduhai tenatnya aku dalam penggertian rindu ku
        dari berkata biarlah ku diam..diam dan diammm

        aduhai rinduuuuuuuuuuu
        aku rinduuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu
        biar hancur telapak kaki
        biar lebur aku menghitung hari
        segerakan aku disisi
        kaf & nun..maka fayakunn
        fanakanlahhhhhh
        22 minutes ago · · 1

    • (PETIKAN DARIPADA KARYA KITA - BAHASA MELAMBANGKAN BANGSA)
      13 Januari 2012)

0 comments:

Post a Comment

 
;