Wednesday, 11 January 2012

LUAHAN RASA HATI SEORANG MANUSIA

  • Wahai kawan-kawan ku...
    Dengarlah bisikan kata-kata ku ini.
    Tulislah wahai kawan-kawan ku..!
    Tulislah madah cinta mu
    Tulislah puisi cinta mu
    Tulislah apa-apa yang telintas dihati mu!
    Rasakan getaran suara hati naluri mu
    Biarkan ia bersuara menjerit
    Biarkan seisi dunia mendengarkannya luahannya
    Luahan rasa hati seorang manusia
    · · · 38 minutes ago

    • Bonda Hanna and 3 others like this.
      • Maimunah Yahya Luahan rasaku setiap hari cintaku padaMu Ya Allah, Ya Rasulullah , suami dan saudara seislamku....
        33 minutes ago ·
      • Rabeah Mohd Ali
        Duhai kawanku Ross Zaini
        Bilamana aku menulis
        Seakan tanpa henti aku menulis
        Jika aku ini manusia luar biasa aku akan menulis tanpa henti
        Tanpa menghiraukan penat dan lelah
        Tanpa makan dan minum

        Selagi aku mencurahkan idea
        Semakin banyak idea yang datang mencurah-curah
        Hinggakan aku mabuk mana satu hendakku tulis

        Allah Maha Besar Allah Maha Kaya
        Kadang kala aku menangis
        Siapalah aku untuk menulis apa yang aku tidak tahu
        Tapi Allah tidak biarkan
        Dia berikan ilham apa yang hendak kutulis
        Menangis aku dalam sendu
        Syukur aku padaNya kerana tidak pernah menghampakan aku dalam berkarya

        Jadinya aku teramat sayang dengan anugerah Allah ini
        Setiap karya yang kuhasilkan amat berharga padaku
        walaupun tiada nilai apa-apa pada mereka
        waimapun komen setiap pembaca pada karyaku terlalu amat berharga lebih berharga daripada permata

        Kalau kau sudi tolong berikan sokongan padaku
        agar aku terus menulis dan menulis sehingga terhenti nafas
        terhentilah pena...amatlah aku hargai dan sanjung tinggi...moga Allah sahaja yang dapat membalas budi baikmu dari dunia hingga akhirat.

        Karya Rha NS
        11 Januari 2012
        24 minutes ago · · 1

    • (PETIKAN DARIPADA KARYA KITA - BAHASA MELAMBANGKAN BANGSA)
      11 Januari 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;