TAK AKAN KUIZINKAN PENAKU TERLUKA LAGI
Sudah puluhan tahun penaku berkarya
Setiap kali aku berpena setiap kali terluka
Hinggakan aku tak betah lagi asyik terluka dilukai
Setiap kali penaku terluka setiap kali itulah aku menangis pilu
Berkarya sambil menangis sesuatu yang amat memeritkan jiwaku
Hinggakan titisan air mata yang tertitis di tulisan kembang tak dapat dibaca ....hingga kurenyukkan kertas ....
berulang-ulang aku tulis berulang-ulang aku menangis tanpa henti
aku tak tahu di mana silapku
adakah aku salah membeli pena
atau aku salah menggunakan karyaku apabila berpena
aduh! aku terkeliru
kerana aku tidak mahu penaku terluka dan dilukai
biarlah aku dengan caraku
aku sudah tidak kisah dengan pandangan sesiapapun
asalkan aku terus dan terus dengan misi dan visiku
sesiapa yang sudi menyokong perjuanganku makanya dia itulah
yang sanggup bersusah payah bersamaku merealisasikan impian yang didambakan sejak dulu hingga kapan pun!
yang penting dalam meneruskan perjuangan ini sokong menyokong dan percaya mempercayai adalah penting bagiku!
Karya Rha NS
10 Januari 2012

0 comments:
Post a Comment