Tuesday, 10 January 2012

KALAU SUDAH TERSURAT CINTA KITA



KALAU SUDAH TERSURAT CINTA KITA

Apa salahnya kau jatuh cinta padaku Nor Liza...
Kalau itu takdirnya siapalah aku untuk menafikan yang telah diaturNya

Kalau sayang bilang sayang
Kalau cinta bilang cinta

Kalau benci jangan dekati aku
Kerana benci aku tak suka
Kerana benci tak perlu teruskan
Biarlah berpisah ada baiknya

Selagi ada cintamu untuk ku
Selagi itulah ada cintaku untukmu sayang...

Tunggulah...Sabarlah sayang....
Tunggulah pelangi cintaku datang
Untuk sampaikan lamaran cintaku padamu

Jangan berduka
Jangan bersedih

Kalau sudah tersurat cinta kita
Tiada siapa yang dapat menghalangnya
Kerana Dia sudah tentukan cintamu untuku cintaku untukmu

Karya Rha NS
11 Januari 2012

(Moga Liza gembira dengan puisi karanganku untukmu yang terkasih)


(PETIKAN DARIPADA KARYA KITA BAHASA  -MELAMBANGKAN BANGSA)
11 Januari 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;