Tuesday, 10 January 2012

MOGA CINTANYA CINTAMU MEMBAWA KE SYURGANYA


MOGA CINTANYA CINTAMU MEMBAWA KE SYURGANYA

Duhai Cik Nina Karina...
Janganlah kau menangis hiba
Sendumu adalah senduku
Biarpun tiada siapa yang mahu memujukmu
Biarlah aku yang memujukmu
Agar kau dapat hentikan tangisanmu itu
Selagi kau tak hentikan tangisanmu
Hatiku gundah gulana
Tolong hentikanlah tangisanmu itu Cik Nina Karina
Ketahuilah kau
Pabila membaca dan menghayati karyamu
Hatiku terus jatuh kasih dan sayang

Duhai angin tolong sampaikan kiriman
Sapu tangan cinta kasih sayangku untuk Cik Nina Karina
Dengan ada sapu tangan cinta kasih sayangku pada Cik Nina Karina
Bolehlah dia berhenti dari tangisan yang amat menghibakan itu

Setulusnya kukatakan Cik Nina Karina
Tangisan tak akan dapat meredakan kesedihanmu
Tapi jika dapat menenangkanmu menangislah semahumu
Tapi jangan sampai kau berputus asa untuk meneruskan kehidupanmu yang pasti akan menempuh segala cabaran dan rintangan
Tempuhlah dengan tenang Cik Nina Karina
Allah sentiasa bersamamu
Allah tak akan tinggalkanmu biarpun sedetik
Mohonlah cinta padanya
CintaNya Maha Agong untuk layak dimiliki oleh sesiapa pun
Asalkan ikhlas dan jujur mentaatiNya di sebilang masa dan seketika
Moga cintaNya cintamu membawa ke SyurgaNya
Amin Ya Rabbal A'Lamin

Karya Rha NS
11 Januari 2012
· · · 5 hours ago


  • Diari Amirdza and Ya Umairah like this.





  • (PETIKAN DARIPADA KARYA KITA - BAHASA MELAMBANGKAN BANGSA)
    11 Januari 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;