Wednesday, 11 January 2012

AYAH AKULAH BUAH HATIMU

  • Ayah
    Akulah buah hatimu
    Apa sahaja kemahuanku kau turuti
    Membanting tulang empat kerat
    Tanpa mengenal erti penat
    ...
    Ayah
    Akulah buah hatimu
    Di saat aku lelah
    Kau berjaga malam bersama sang bulan
    Tidak jemu menemaniku

    Ayah
    Akulah buah hatimu
    Kebahagiaanku
    Adalah Kebahagiaanmu
    Kata-kata doa tidak pernah lekang
    Dari bibirmu

    Ayah
    Kaulah buah hatiku
    Ampun dan maaf
    Seandainya aku telah banyak melukakan hatimu
    · · · 4 hours ago near Singapore, Singapore

    • You, Diari Amirdza and 7 others like this.
      • Rabeah Mohd Ali

        JANGAN LUPA KIRIMKAN DOAMU UNTUK AYAHANDA NANTI

        Nanda kaulah buah hatiku pengarang jantungku
        Kebahagiaanku terletak pada kebahagiaanmu
        Sakitmu sakitku jua

        Biarkan ayahanda membanting tulang empat kerat
        Asalkan hidup mu sentiasa sempurna
        Takkan kubiarkan perutmu tidak beralas makanan

        Biarkan ku kulalui segala cabaran
        Hanya semata mecari sesuap rezeki
        Namun kupastikan kau berjaya dalam pelajaranmu

        Tiada harta bertimbun yang dapat kutinggalkan padamu
        Ilmu yang kau miliki pergunakanlah untuk hari bekalmu
        Hari bekalmu di negeri yang pasti
        Tak ada ilmu yang berguna melainkan berguna
        Berguna di dunia berguna di akhirat
        Itu yang patut ada padamu anak kesayanganku

        Anak sesolehamu manalah ada dosamu padaku
        Kau tak pernah buat ayah rasa terguris apatah lagi mengecewakan hatiku

        Biarlah alam ini jadi saksi kasih sayang ayahanda padamu anakku
        Biarlah Allah tahu betapa ayahanda sayangkanmu anakku

        Cuma pesanan ayahanda tika ayahanda tiada nanti
        Jangan ditangisi walau setitis air matamu

        Tabahlah menjalani hidup ini sebagai seorang hambaNya
        insan yang kerdil walaupun nanda berada di tingkat tinggi manapun!

        Dan jangan lupa kirimkan doamu untuk ayahanda nanti
        Doamu sentiasa ayahanda nantikan agar hilang rindu ayahanda padamu anak kesayanganku yang kutinggalkan di duniaNya.

        Karya Rha NS
        11 Januari 2012

        (Moga puisi yang kukarang ini dapat mengembirakan hatimu duhai nanda Inna Saidi)
        4 hours ago · · 1
      • Inna Saidi Terima Kasih Kak Rabeah Mohd Ali..Berderai airmataku tatkala membaca nukilan darimu..
        4 hours ago · · 1
      • Rabeah Mohd Ali Moga air matamu itu membawamu ke SyurgaNya agar dapat bersama ayahandamu tercinta. Amin Ya Rabbal A'Lamin
        3 hours ago · · 1
      • Inna Saidi Amin.
        3 hours ago · · 1
      • Suzana Mohdshah pengorBanan AYAH DAN IBU TIADA NILAINYA beri yg TERBAIK buat mereka.
        2 hours ago · · 1
      • Inna Saidi Betul tu Kak Suzana Mohdshah pengorbanan kedua Ayah dan ibu tiada nilainya ..Cuma sebentar tadi fikiran saya melayang kepada Ayah setelah membaca nukilan Ad Rahman Di Angin Lalu... Rasa amat bersyukur kerana mempunya seorang yang penyayang...
        9 minutes ago ·

    • (PETIKAN DARIPADA KARYA KITA - BAHASA MELAMBANGKAN BANGSA)
      11 Januari 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;