KEMBARA BAHASA:
Jaket Kembara Bahasa dan pantun yang tertera
di belakangnya ternyata menarik perhatian
sejumlah penduduk setempat di Ningxia dan
di Urumqi, Xinjiang. Ada yang berulang kali
menyebutnya "Kembara Bahasa" dan ada yang
membaca pantun tersebut. Pantun tersebut:
berbunyi:
Yang kurik kundi,
Yang merah saga;
Yang baik budi,
Yang indah bahasa.
Salam Kembara Bahasa
20 - 27 September 2002
NADZRAH SAMSUDIN: Terima kasih!
NORMALA ALI: 2002?
AI DI: Terbaik! Prof...D
AMRAN IBRAHIM RASHIDI:
Aduhhhh...Ayuhlah Prof kita gerakkan kembali
dengan kental gerakkan KEMBARA BAHASA.
NORMALA: kreatif tu...
KEMBARA BAHASA:
Program Kembara Bahasa saya cetuskan dan gerakkan
sebagai program Utama Bulan Bahasa dan Sastera Negara
(BBSN) sejak tahun 2000 dan berlangsung beberapa tahun
kemudian sebelum dihentikan. Program itu melibatkan
konvoi berkereta di seluruh negara yang mewakili
pelbagai sektor awam dan swasta, kerjaya, usia dan
golongan dalam masyarakat dengan melakukan kegiatan
bahasa dan sastera ke tempat-tempat yang disinggahi
seperti sekolah, maktab, kem tentera, pusat perusahaan,
majlis daerah dan yang lain, untuk meningkatkan kesedaran
terhadap pentingnya bahasa dan Sastera Kebangsaan.
AMRAN IBRAHIM RASHIDI:
Prof ayuh saya sedia membantu...Sungguh perlukan
perlaksanaan kembali kerana bahasa kita makin parah.
KEMBARA BAHASA:
PAR: Ya. Memang jaket lama (ada sejak 2000 hingga 2004)
ketika program Kembara Bahasa DBP masih digerakkan dengan
aktif di seluruh negara dalam Bulan Bahasa dan Sastera
Negara setiap September. Walaupun kemudian program itu
dihentikan, sebagai orang yang mencetuskan dengan
menggerakkan program itu, saya bernostalgia amat untuk
meneruskan Kembara Bahasa itu masih terus saya ketengahkan
kepada masyarakat.
AMRAN IBRAHIM RASHIDI:
Ayuh Prof dengan segala kudrat kita gerakkan kembali
percayalah akan berjaya....
NORMALA ALI:
Saya nak satu!
KEMBARA BAHASA:
NA: Perlu dibuat yang baru kerana saya hanya menyimpan
sehelai untuk setiap tahun. Bisa diusahakan jika ada
permintaan rakan-rakan lain dengan reka bentuk yang
dikemaskinikan. Atau elok ditubuhkan kelab Kembara
Bahasa? Dulu sudah ada ditubuhkan di beberapa buah
negeri: mungkin dapat diaktifkan semula.
NORMALA ALI:
Saya sokong sangat-sangat....boleh dimulakan dalam
kalangan guru Bahasa Melayu di sekolah-sekolah dulu.
KEMUDI NEGERI SELANGOR:
Baju Kembara Bahasa ini saya ada dua helai iaitu
semasa konvoi Kembara Bahasa ke Seremban Port Dickson,
Shah Alam tahun 2002
ALANA SUE: Menarik...
KEMBARA BAHASA:
KNS, Mungkin nanti dapat kita bincangkan agar program
itu dapat dihidupkan semula, kali ini dengan penglibatan
persatuan penulis dengan kerjasama kerajaan setiap negeri
supaya dapat aturkan program yang merakyatkan dalam
kalangan pendidik, pelajar, penulis dan masyarakat setempat
di sepanjang tahun. Di samping program didalam negeri/negara
dapatlah rencanakan program Kembara Bahasa di luar negara
juga.
ALANA SUE:
Dulu TV3 ada buat program Jejak Bahasa, adakah sama dengan
Kembara Bahasa?
AMRAN IBRAHIM RASHIDI:
Kita buat dengan ESASTERA.COM juga ya Prof Yang Budiman.
Esok saya sampaikan hasrat Prof ni kepada Prof Irwan
Abu Bakar.
KEMBARA BAHASA:
Jejak Bahasa ialah program DBP bersama-sama dengan TV3,
memaparkan kajian perkembangan Bahasa Melayu di Malaysaia,
Indonesia, Singapura dan Brunei. Kemudian DBP dan TV1
menerbitkan siri Semarak Bahasa yang mengkaji Bahasa
Melayu di Australia termasuk di pulau Kokos,Pulau
Krismas, Perth dan lain-lain lagi. Program itu sepatutnya
diteruskan untuk meliputi negara-negara lain yang ada
penggunaaan Bahasa Melayu seperti Thailand, Kampuchea,
Vietnam, Laos, Filipina dan juga di wilayah seperti benua
lain (Amarika, Eropah, Asia Timur dan lain-lain)
mudah-mudahan satu waktu kelak cita-cita itu dapat di
sambung dan diteruskan.
RABEAH MOHD ALI:
Sudah lama tuan hamba mengembara,
Memperjuangkan bahasa di persada dunia;
Tanpa jemu mempertabatkan Warisan Bangsa,
Kejayaan kudoakan duhai Kembara Bahasa.
Tuan hamba pakar dalam berbahasa,
Sudikan tuan hamba turunkan ilmu;
Pada hamba yang ingin mengindahkan bahasa,
Kalau sudi layarilah blog hamba: sasterakuduniaku.
Di blog tersebut hasil karya hamba,
Dunia pengkaryaan adalah minat hamba;
Agar menjadi kenangan abadi bila hamba tiada,
Tanda kasih hamba pada mereka tercinta.
Hamba berkarya bukan untuk dibanggai,
Apabila berkarya ada ketenangan;
Tidak berkarya jiwa hamba mati,
Apabila tiada nanti jadi kenangan.
Hamba berkarya bukan kerana nama,
Tapi mahukan karya ternama;
Perjuangan tuan hamba dikongsi bersama,
Bersama mereka yang matlamatnya sama.
KEMBARA BAHASA:
Di seberang jambatan kampung halaman,
Tempat diasuh ayah dan bonda;
Teruskan sumbangan di alam persuratan,
Semoga terbina sahsiah Warisan Bangsa.
MOHD HAFIZ ANDREW HAFIZ:
Kreatif dan inovatif.
RABEAH MOHD ALI:
Terima kasih Kembara Bahasa,
Siapalah aku dibandingkan denganmu;
Sokonganmu kuhargai kan kubalas jasa,
Kuingat jasamu dalam doaku.
NAJWA MASRI:
Prof saya sokong program Kembara Bahasa
dihidupkan semula moga dipermudahkan segala
usaha. Insya-Allah.
KEMBARA BAHASA:
NM, Insya-Allah saya kembali di tanah aiar kelak
akan saya bincangkan dengan pihak-pihak yang
berkemungkinan dapat berkerjasama untuk menggerakkan
semula program itu. Kali ini dalam fikiran saya
program Kembara Bahasa perlu digerakkan di peringkat
semua negeri sebagai program yang aktif sepanjang
tahun, mungkin dengan persatuan penulis peringkat
negeri dan kerajaan negeri.
ZAITON ABU SAMAH:
Usaha yang baik dan perlu diteruskan, prof
saya pernah terlibat dan rasa seronok kalau
Kembara Bahasa dapat dihidupkan semula. Kekangan
kewangan, salah satu punca ditiadakan sejak dulu.
MUHD FADHIL:
Terima kasih Prof ...yang lama itu menjadi kenangan.
SALLEH MOHD:
Kembara Bahasa perlu dihidupkan semula agar masyarakat
mengetahui dengan pengembangan bahasa...pemakluman
adakalanya tiada sampai...2011...ada juga sekolah yang
tidak tahu fungsi DBP , kalau dana tidak ada...perlu
cari pendekatan lain.
SALLEH MOHD:
Buat jaringan dan jalinan agar program dapat dilaksanakan
lihat kesannya bila sesuatu program dilaksanakan...setiap
program yang dilakukan perlu ada kajian semua permasalahan.
Moga berjaya.
MOHD ISA ABD RAZAK:
Saya ingin memakai jaket seperti ini. Apabila berjaket,
kena lakukan sesuatu sekadar kemampuan.
AHMAD KAMAL ABDULLAH:
Pantun apa itu?
SAIEE DRISS:
Apakah mungkin dimaksudkan di bawahnya alamat emel atau
laman sesawang?
HASANUDDIN MAD ISA:
Promosi bahasa yang bagus.
BORNEO MENGGUGAT:
PROF; ARIF BUDIMAN
FARIZA NURBAYA:
Oh! Teringat kenangan mengikuti program Kembara Bahasa 2002
laluan Timur. Bersama-sama dengan saya pada masa itu ialah
Dato' A. Aziz Deraman dan Prof Teo Kok Seong . Saya masih
lagi menyimpan jaket ini.
NIZAM ABD JALIL:
Terima kasih Prof... Prof Teo cikgu saya tu...tapi tak pernah
ada peluang dapat sertai Kembara Bahasa.
RABEAH MOHD ALI:
Kukarangkan Syair Pengembara Bahasa,
Sebagai menghargai jasamu tuan;
Sesiapa menghayati menghargai bahasa,
Bahasa Melayu penuh keindahan.
(Disiarkan Syair Pengembara Bahasa &
Pengembaraan Bahasa Kebangsaan Di Serata Pelosok Dunia
Di blog: sasterakuduniaku.blogspot.com)
Diabadikan sebagai sokongan 100% kepada
Profesor Kembara Bahasa dan Pejuang-pejuang Sastera
didoakan berjaya apa yang dicitakan. Amin.
KEMBARA BAHASA:
Amin, Ya Rabbal A'Lamin.
Sesungguhnya sedikit usaha kami meningkatkan
darjat Bahasa Melayu adalah sebagai tanda
syukur atas KurniaanMu kepada kami yang
menjadikan bahasa itu wasilah untuk
MengenalMu Ya Allah kerana Bahasa Melayu
telah Kau angkat menjadi bahasa kedua
terbesar umat Islam di muka bumi ini.
RABEAH MOHD ALI:
Umat Islam akan berbangga,
Usahamu Profesor Kembara Bahasa;
Keindahan Bahasa Jiwa Bangsa,
Mendekatkan hamba kepada PenciptaNya.
Dengan Nama Allah Yang Maha Penyayang,
Perkenankan cita-cita Profesor Kembara Bahasa;
Menyemai rasa kemanusiaan berkasih sayang,
Berkasih sayang melalui Bahasa Kebangsaan.
Indah Bahasa Melayu,
Bahasa Kedua Dunia;
Mereka MengenalMu,
Syukurku Dalam Air mata.
BORNEO MENGGUGAT:
Rabeah Mohd Ali menulis, "Syukurku dalam air mata."
Terpukau aku dengan ayat pendek ni, puan.
RABEAH MOHD ALI:
Aku wujud keranaNya,
Kau dan aku hambaNya;
Mari bersyukur padaNya,
Atas segala KurniaanNya.
(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI)
12 Julai 2011)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment