WEERDAA BEY GENERASI 'Y' SABAH BERBAKAT
BESAR BIDANG PENGARAHAN TEATER DAN FILEM
WEERDAA BEY:
Kak macam mana cadangan mahu buat teater hari tu?
Akak rasa nak teruskan ke?
RABEAH MOHD ALI:
Kalau Weerdaa ada idea nak teruskan ok je.
Weerdaa bacalah skrip balik Pengantin Raja Rimba
sebab ada perubahan di akhir cerita.
Cubalah hayati skripnya dulu ye.
Kalau Weerdaa ada idea beritahulah akak ye.
WEERDAA BEYl:
Ok. Insya-Allah kak...nanti Weerdaa baca skrip
akak lagi dan fahami betul-betul, kalau ada
apa-apa hal nanti Weerdaa SMS akak...
RABEAH MOHD ALI:
Ok...akak tunggu ....kita sama-sama tukar idea
bagaimana hendak menjayakan ye....mana tahu
berjaya hasratmu hasratku...hehehe
WEERDAA BEY:
Ya kak...Insya-Allah....Weerdaa ada juga bincang
dengan kawan-kawan minta idea...harap-harap bila
semua dah ok...bagus kita teruskan ajelah kan...
mana tahu dapat smabutan hebat.
RABEAH MOHD ALI:
Amin. Apa-apapun Weerdaa baca ceritanya dulu.
Lagi satu ada cerita, 'Piah Aman Di Sini'
Kalau Weerdaa tak nangis tak tahulah.
Sambungannya , 'Piah Maafkan Ayah' dan
'Piah Maafkan Ibu' Nanti Weerdaa beri pendapat
ye...tentang cerita Piah budak malang itu.
WEERDAA BEY:
Pasti kak, jangan risau ya... Weerdaa kena
fokus hayati ceritu tu...
GIBRAN CEPU:
Weerdaa jadikan budak malang aje kak..hehehe
RABEAH MOHD ALI:
Gibran pun kena baca...bagi idea pada Weerdaa
boleh ke? Hehehe
GIBRAN CEPU:
Boleh...saya bantu latihan menangisnya, agar
menghayati sangat.
RABEAH MOHD ALI:
Oklah tu...hehehe...kalau hero Pengantin Raja
Rimba Gibran jadi watak hero ok ke hehehe
GIBRAN CEPU:
Tak mahu kalau tak pandai melompat seperti Tarzan
hehehe...
RABEAH MOHD ALI:
Itu kena tanya pengarah muda kita si Weerdaa
Bey hehehe
WEERDAA BEY:
Hihihi... no komen...tapi kalau Gibran jadi
Tarzan boleh saja...pasti ceritanya tambah
bagus bagaimana kakak?
GIBRAN CEPU:
Tu...kan...pengarah muda kata pasti beri saya
peranan Tarzan.
RABEAH MOHD ALI:
Ok je...kena ubah skrip lainlah barangkali...
takut dia tak pandai bawa watak yang mencabar
di hutan macam Tarzan ...hehehe
GIBRAN CEPU:
Saya tak boleh teriak seperti Tarzannya kakak....
RABEAH MOHD ALI:
Tak pe...semua pengarah muda ajar...beri penuh
kepercayaan kepada pengarahannya ok. Hehehe
GIBRAN CEPU:
Ok...tentu kakak...dia calon pengarah masa depan.
RABEAH MOHD ALI:
Kita berdua telah nampak bakatnya kan!Moga terserlah
bintangnya di dunia pengarahan bidang yang diminatinya.
Kita sokong seratus peratus ok.
GIBRAN CEPU:
Amin Ya Allah...saya sokong 100% kakak.
RABEAH MOHD ALI:
Amin. Ha...macam mana Weerdaa percaya tak pengakuan dua
insan ni pada bakat Weerdaa?
WEERDAA BEY:
Wah... rupanya cerita tentang Weerdaa pula tapi tak apa
oleh kerana sayang kedua-duanya maka saya berterima
kasih atas doanya.
RABEAH MOHD ALI:
Yang penting positifkan... macam mana dah baca ke skrip
tu...? Dah dapat idea ke? Duhai pengarah muda yang hebat!
Peminat nombor satumu si Gibran Cepu sedang menunggu kabar
berita dari mu hehehe.
GIBRAN CEPU:
Iya kak...pengarah muda kita ni tak beri kabar berita lagi
kak...mungkin sedang sibuk membaca skrip je...
WEERDAA BEY:
Kakak line tak begitu elok di sini... saya baru baca sikit...
sekarang cuba untuk memahami.
RABEAH MOHD ALI:
Gibran juga kena baca ye...senang nak berikan idea pada Weerdaa
biar bertambah mantap!Peminat nombor satu....mesti bantu beri
idea pada dia...boleh ke tidak?
GIBRAN CEPU:
Boleh aje kak
RABEAH MOHD ALI:
Bagus le kalau macam tu, skripnya dah baca ke belum ye?
Kalau tak baca macam mana nak beri idea pada Weerdaaa
nanti ye?
GIBRAN CEPU:
Belum dikirimkan lagi kak.
RABEAH MOHD ALI:
blog: sasterakuduniaku.blogspot.com
Tajuk: Skrip Pengantin Raja Rimba'
GIBRAN:
Siap kak...nanti saya baca.
RABEAH MOHD ALI:
Tengok skripnya ok ke tidak...kalau tak ok...di ok kan
macam mana?
WEERDAA BEY:
Pasti kak
GIBRAN CEPU:
Yang jadi puteri monyetnya siapa kak?
RABEAH MOHD ALI:
Puteri Monyet kena tanya pengarah kita...dia boleh
aturkan semuanya....Insya-Allah kalau dia nak jadi
Puteri Monyet pun boleh hehehe.. Oh! Ya jangan lupa
membaca rintihan kalbu tiga beranak juga ye.
"Piah Aman Di sini". "Piah Maafkan Ayah" Dan
"Piah Maafkan Ibu." "Pantun Weerda Bey Gadis Ceria"
puan ada . Weerdaa mesti suka. Yang lain-lain kalau
ada masa bacalah... baca banyak-banyak ...pening
nanti....hehehe...Selamat membaca.
WEERDAA BEY:
Wah...ada pantun untuk saya ke kak? Sukanya...
Terima kasih kakakku sayang. Hihihi saya pasti baca.
RABEAH MOHD ALI:
Tak lama lagi nak buat pantun Si Gibran pulak...
hehehe tapi takut dia tak suka .
GIBRAN CEPU:
Wah! Saya pasti suka kak! Dan saya sangat tersanjung.
WEERDAA BEY:
Gibran tak perlu suka sangat Kak Rabeah cuma sayang
saya saja hihihi
GIBRAN CEPU:
Taklah sekarang...50% sayangnya untuk saya juga.
WEERDAA BEY:
Anak manja.
RABEAH MOHD ALI:
Kamu berdua anak manja bonda,
Kasih sayang separuh-separuh;
Baru adil tersenyum ria,
Tiada kecil hati tiada marah.
Si Gibran anak yang manja,
Dicemburui oleh Si Weerdaa ceria;
Mereka berdua sama-sama manja,
Ku sayang kamu di mana-mana.
RABEAH MOHD ALI:
Hai anak-anakku...
Merangkap adik-adikku...
Merangkap anak muridku...
Dah habis baca ke skrip?
Hehehe dah habis baca skrip habis-habis baru kemukakan
idea ok... bonda kakak cikgu tunggu di sini.
GIBRAN CEPU:
Iye terima kasih pantunnya kak.
RABEAH MOHD ALI:
Sama-sama kerana menghargai...yang penting Gibran
gembira selalu biarpun kita cuma kenal di alam
maya tanpa suara dan wajah.
WEERDAA BEY:
Kakak nanti ajar Weerdaa buat pantun ye...
Weerdaa suka baca pantun-pantun akak.
RABEAH MOHD ALI:
Insya-Allah...kalau Weerdaa sering baca pantun
akak tentu Weerdaa akan tahu...percayalah,
kalau nak cuba Weerdaa balas pantun akak bila
mahu menyatakan sesuatu. Lama-lama Weerdaa akan
mahir Insya-Allah. Akak suka aje generasi 'Y'
minat pada pantun Seni Warisan kita.
GIBRAN CEPU:
Untuk Gibran dulu pantunnya ya...
Salam kenal kak...
RABEAH MOHD ALI:
Salam kenal buat Gibran Cepu,
Terima kasih kerana sudi kenal denganku;
Ku senang sangat berkomunikasi denganmu,
Tutur katamu didengar rasa tak jemu.
Biarpun kita berkenalan baru saja,
Berkenalan kita di alam maya;
Kenal denganmu tidak disengaja,
Weerdaa Bey jadi orang tengahnya.
Kalau si Weerdaa tidak setuju,
Tak bolehlah kuberkawan denganmu;
Kerana dia kuutamakan dulu,
Sahabat yang kukenal sebelummu.
Jangan marah kalau dia tak setuju,
Tanpa pengetahuannya kuterimamu;
Kerana ku tak mahu sakitkan hatimu,
Doakan persahabatan kita tak pernah jemu.
Weerdaa sahabatku yang kusayang,
Berkenalan denganmu hatiku senang;
Moga kita bertiga jadi sahabat bekasih sayang,
Berkasih sayang yang kasihnya takkan hilang.
GIBRAN CEPU:
Di tengah malam bulan purnama,
Si anak manja duduk bersimpuh mengadap PenciptaNya;
Mengucap syukur berkawan bersama,
Weerdaa Bey dan Kak Rabeah yang baik hatinya.
WEERDAA BEY:
Anak itik anak gorila,
Anak semut makan gula;
Minta maaf pada semua,
Buat pantun saya tak tahu gimana.
hihihi
GIBRAN CEPU:
Hahaha sampai sakit
RABEAH MOHD ALI:
Semua dah pandai tu...mulai saat ini...
kalau nak berkata di fb mesti berpantun
kalau tak berpantun tak balas jangan marah ye...
hihihi kasihan anak muridku kena dera pemikiran
hihihi
RABEAH MOHD ALI:
Dah dapat ilham ke duhai adik-adikku sayang,
Kalau tak dapat lagi nak buat macam mana;
Kakakmu di sini akan marah tapi marah-marah sayang,
Fikirkan apa yang ada di pemikiranmu kuterima apa saja yang ada.
(PETIKAN DARI TEMAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI)
8 Julai 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment