ABDILLAH SM MENGIRIMKAN GAMBAR KEPADA TEMAN FACEBOOKNYA
GAMBAR KETIKA DIA SEDANG MEMETIK GUGUSAN JAMBU AIR MERAH.
LALU TERCETUSLAH ILHAM MEREKA PANTUN DAN BERBALAS PANTUN
DENGAN TEMAN FACEBOOK ABDILLAH SM IA iTU SAUDARA MAT KR.
ABDILLAH SM:
"Merah Jambu! Sedap ni...nak ke tak nak?"
RABEAH MOHD ALI:
Segugus jambu air merah dipetik Saudara Abdillah SM,
Untuk diberi kepada teman facebooknya;
Tak dapat beri gambar dikirim,
Dapat dirasaikan kemanisan jambunya.
11 hours ago · Like · 1 person
MAT KR:
Mat Kr kena berpantun juga ke ni? oklah..hehe...
Jambu batu si jambu air,
Dimakan oleh para menteri;
Belum ditelan dah jadi cair,
Manisnya jambu ditanam sendiri.
11 hours ago · Like · 1 person
RABEAH MOHD ALI:
Manis jambu ditanam sendiri,
Manis lagi budi pekerti;
Budi bahasa saudara Abdillah amat tinggi,
Tersenyum lebar hingga nampak gigi.
11 hours ago · Like · 1 person
RABEAH MOHD ALI:
Mat Kr pandai berpantun,
Sambil berpantun memakan jambu;
Bila berpantun amat santun,
Bahasa didengar rasa tak jemu.
11 hours ago · Like · 1 person
RABEAH MOHD ALI:
Mat Kr generasi berbudaya tinggi,
Mengamalkan turun temurun warisan bangsa;
Bila berkata tak pernah meninggi,
Kukagumi generasi yang tahu berbahasa.
11 hours ago · Like · 1 person
RABEAH MOHD ALI:
Kukagumi generasi yang tahu berbahasa,
Tutur katanya mewangi dapat dihidu;
Indahnya budi kerana tahu berbahasa,
Bahasa pantun amalan tak jemu.
11 hours ago · Like · 1 person
MAT KR:
Apa kurangnya Rabeah sendiri,
Orangnya bijak pelajaran tinggi;
Saya sentiasa merendah diri,
Belajar, berguru ke sana ke mari.
11 hours ago · Unlike · 2 people
RABEAH MOHD ALI:
Mat Kr jangan merendah diri,
Saya sendiri tak sehebatmu berpelajaran tinggi;
Apa salahnya kita sama berkongsi,
Ilmu datuk nenek moyang yang kita cintai.
10 hours ago · Like · 2 people
RABEAH MOHD ALI:
Belajar berguru ke sana ke mari,
Akhirnya berjumpa dengan Guru Abdillah SM penghibur;
Pandai bermuzik puitis berpuisi,
Bila berpantun semua terhibur,
10 hours ago · Like · 1 person
MAT KR:
Tiada yang lama tiadalah yang baru,
Menjadi ikutan generasi sekarang;
Bang Dillah SM menjadi teraju,
Ilmu dicurah harus dikenang.
10 hours ago · Unlike · 1 person
RABEAH MOHD ALI:
Bang Dillah SM menjadi teraju,
Ilmu dicurah tak rasa rugi;
Dalam seni kita bersatu,
Memperhaluskan seni biar diminati.
10 hours ago · Like · 1 person
RABEAH MOHD ALI:
Ilmu dicurah harus dikenangi,
Barulah ilmu diminati generasi sekarang;
Kalau berbudi bukan dibanggai,
Cukuplah sekadar untuk dikenang.
10 hours ago · Like
RABEAH MOHD ALI:
Jambu air pencentus ilhamku,
Berbalas pantun mencurah ilmu;
Bersahabat denganku janganlah jemu,
Demi mempertabatkan Seni Warisanmu Warisanku.
10 hours ago · Like
RABEAH MOHD ALI:
Sekian sahaja pantun gugusan jambu air merah,
Membuatkanku berpantun tanpa henti;
Tersalah bahasa janganlah marah,
Ilmu tercurah ini amat kuhargai.
10 hours ago · Like
MAT KR:
seni dan budaya warisan bangsa,
jangan dicemar sesuka hati;
bersatu kita dalam Malaysia,
negara aman bersama kita mencurah bakti.
9 hours ago · Like
RABEAH MOHD ALI:
Negara aman bersama kita mencurah bakti,
Tidak berbudi jiwaku mati;
Apalah erti Kemerdekaaan ini,
Kalau tidak dijaga dan dihargai.
9 hours ago · Like · 1 person
MAT KR :
Erti merdeka harus dikaji,
setiap sudut sentiasa diawasi;
perjuangan ini belum selesai lagi,
kata bekas perdana menteri.
9 hours ago · Like
RABEAH MOHD ALI:
Duhai Mat Kr dan Bang Dillah,
Terima kasih atas jasamu;
Maaf dipinta jika ada yang tersalah,
Pantun ini kan kusiarkan di blogku: sasterakuduniaku.
9 hours ago · Like
MAT KR:
Tirai malam berlalu pergi,
Tiupan angin mendodoi mimpi;
Ucapan selamat malam ingin ku beri,
Buat dirimu semoga diberkati.
9 hours ago · Like
RABEAH MOHD ALI:
Tidurlah puteraku dibuai mimpi,
Ditiup angin sepoi-sepoi bahasa,
Bila berjaya jangan lupa diri,
Moga dirimu dihiasi keindahan budi bahasa.
8 hours ago · Like
(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI)
19 Julai 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment