Kalau kamu tusukkan parangmu ke dadaku,
aku tidak akan korban.
Seandainya kamu lurukan senjata
dan lepaskan tembakan, aku juga tidak akan mati.
Jantungmu tersisip di dua belah hatiku.
Karya: Jaya Ramba Wulan
Yang Kuburu Cinta Abadi
Aku rela mati ditikam berkali-kali
Daripada hatiku disakiti
Aku rela menjauhkan diri
Daripada cintaku didustai
Tikamlah aku semahumu
Jika aku mendustai cintamu
Cintailah aku setulus hatimu
Pasti kau dapati cintaku hanya untukmu
Cintaku hanya untukmu
Andainya cintamu terpaut padaNya
Tanpa batas tanpa jemu
Cintaku cintamu dalam restuNya
Aku rela mati
Daripada melarikan diri
Di Medan perjuangan suci
Berjuang tanpa henti
Sudah lama kurenung kehidupan..
Yang kuburu Cinta Suci Abadi
Maha AgungNya Cinta!
Di situlah destinasi yang dituju
Ke Negeri Pasti
Cumanya tak tahu bila tarikhnya
Akan pergi ke destinasi Pasti!
Hanya Dia Yang Maha Tahu
Sejak Azali!
Karya: Rha NS
20 Julai 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment