Wednesday, 20 July 2011

LIHATLAH BULAN CINTAKU ADA DI SITU

Kamu membuatkan aku terpukau dengan keindahan cinta
Wangian cintamu yang tak pernah padam untukku
Kesudianmu untuk membalas cintaku biarpun sekadar
Membalas senyumanku di bulan purnama membuatkan aku
Terkedu dalam sendu.

Keceriaanmu bersama teman-temanmu
membuatkan aku cemburu
dan aku mahu untuk bersama mereka
menikmati keceriaan hidupmu yang selama
ini mendung dilitupi awan kelabu.

Syukur padaNya
Kau berjaya hidup di taman cinta tandus
menyerikan taman cinta suci
Biarpun kemarau panjang
Kau tetap bertahan
Menanti hujan turun
Menyegarkan suasana taman cinta tandus.

Wangian cintamu
Duhai kekasihku
dapat kuhidu dari sini
Walaupun kita
berlainan benua.

Ketahuilah kekasihku
Ku di sini menanti
Setiap bulan purnama
Untuk menerima balasan senyumanmu
Pengubat rinduku
Cinta terbalas sudah
Aku amat mensyukurinya
Terima kasih kekasihku
Kerana sudi membalas cintaku
Biarpun berlainan benua
Berkongsi bulan purnama.

Kupandang bulan purnama
Pasti kuterima
Balasan senyumanmu
Setulus cintamu padaku.

Karya: Rha NS
19 Julai 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;