Wednesday, 20 July 2011

SEROJAKU SENYUMANKU ADA DI BULAN

BUNGA SEROJA:

KINI BAYANGANMU MENGALIR DISETIAP TETES AIR MATAKU,,
DITITIK LUKA ANTARA MASA LALU DAN HARI INI...
JEMPUTLAH DIRIKU DARI KESUNYIAN PANJANG YG TAK BERTEPI...
AKU TAK SANGGUP LAGI MERATAPI HARI2KU...
BERSAMAMU INGIN BERLABUH.....
BERSAMAMU BERBAGI MIMPI......MET MALAM,,,,
MET REHAT MOGA MIMPI INDAH DUHAI KEKASIHKU....


RABEAH MOHD ALI:

Bunga Serojaku ...
Jika teramat parah lukamu
Terlalu mendalam dek kerana kekasihmu itu
Biarkan kujahit lukamu dengan benang cintaku
Agar bisa kulihat senyumanmu yang semanis gula itu.

Jika air matamu tidak berhenti merinduinya
Aku ngak bisa menghentikan
Kecuali terhenti sendiri atas kehendakmu.

Aku yang jauh di sini
Mendoakan Bunga Serojaku tidak bermuram durja
Selalu tersenyum
Menjadi penyeri di laman cinta
Sentiasa mewangi
Di waktu pagi petang dan malam
Teman-teman di sekelilingmu pasti bahagia
Melihatmu sentiasa ceria menghadapi hari-hari mendatang.

Jika kau terasa rindu padaku
Pandanglah bulan purnama
Di situ aku melemparkan senyuman sayang untukmu.

Jika kau tak sudi membalas senyumanku itu
Bermimpilah tentang aku
Aku sedia mendengar rintihan kalbumu
Kerana aku teramat menyayangimu
Tanpa jemu menyintaimu seumur hidupku.

Karya: Bunda Rabeah Mohd Ali
Diilhamkan khas untuk nanda Bunga Seroja Tersayang.
19 Julai 2011


BUNGA SEROJA:

Sungguh bahagianya hati bunga...bgt indahnya karya bunda ntk ananda...
luka di hati kini sdh terobati dgn jahitan
benang cinta nya bunda..kini senyuman bunda selalu kupandang manis,
rintihan kalbu sudah tersirami dgn kasihnya
bunda, kini kesedihan dn kerinduan ini lenyaplah sudah,
air mata terhenti berganti bahagia, bunga seroja mekar
kembali dn menyebar harum mewangi ntk teman2 yg menunggu dn
kini ananda ceria n' penuh tawa seperti dulu lagi....
makasih dewa penyejuk hatiku....tak henti2 ku mohon maaf' bila ada kata2
ananda yg hilaf dn mohon diberi petunjuknya,
smg karya2 bunda tetap jaya dn selalu bermanfaat bagi smua orang
bahkan seduniapun....wasalam.
15 hours ago · Like · 2 people


RABEAH MOHD ALI:


Bunga Serojaku tercinta...
Kamu membuatkan aku terpukau dengan keindahan
Wangian cintamu yang tak pernah padam untukku
Kesudianmu untuk membalas cintaku biarpun sekadar
Membalas senyumanku di bulan purnama membuatkan aku
Terkedu dalam sendu.

Keceriaanmu bersama teman-temanmu
membuatkan aku cemburu
dan aku kepingin untuk bersama mereka
menikmati keceriaan hidupmu yang selama
ini mendung dilitupi awan kelabu.

Syukur padaNya
Kau berjaya hidup di taman cinta tandus
menyerikan taman cinta suci
Biarpun kemarau panjang
Kau tetap bertahan
Menanti hujan turun
Menyegarkan suasana taman cinta tandus.

Wangian cintamu
Bunga Serojaku
dapat kuhidu dari sini
Walaupun kita
berlainan benua.

Ketahuilah Bunga Serojaku
Ku di sini menanti
Setiap bulan purnama
Untuk menerima balasan senyuman manismu
Pengubat rinduku
Cinta terbalas sudah
Aku amat mensyukurinya
Terima kasih Bunga Serojaku
Kerana sudi membalas cintaku
Biarpun berlainan benua
Berkongsi bulan purnama.

Kupandang bulan purnama
Pasti kuterima
Balasan senyumanmu
Setulus cintamu padaku.

Karya: Bunda Rabeah Mohd Ali
19 Julai 2011


RABEAH MOHD ALI:

Moga nanda Bunga Seroja gembira mendapat
hadiah karya bunda ye. Salam sayang dari bunda yang jauh.


BUNGA SEROJA:

Bunga Seroja Sangat gembira dn sangat bahagia mendapat
kiriman karya bunda, bahkan ananda menyalin kmbali karya2
bunda ntk mnjadi satu kenangan bt ananda bunga..
mks ya bund. Smg bunda ttp dlm lindungan Allah swt. Amiin.


RABEAH MOHD ALI:

Amin. Terima kasih kerana sudi meminati
karya bunda amat terharu...moga persahabatan kita kekal
abadi dan manis untuk dikenangkan...


(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI)
19 Julai 2011

2 comments:

Panggil Aku Romeo said...

Sabar dan Tabahkanlah Hatimu Wahai Bunga Hadapi Semua ini..
Semerbak Wangimu kan Slalu melintasi Setiap Penjuru Mata Angin.. Mekarlah Selalu Duhai Bunga di Taman Hati Pemujamu....

Sasteraku Duniaku said...

Terima kasih Romeo kerana sudi memberi sokongan kepada Bunga. Bunga sentiasa bersabar meniti hari-hari mendatang!

Post a Comment

 
;