Wednesday, 21 December 2011

CITA-CITA KAMI SEIRING BERSAMA DENGAN MEREKA

Jasminie Ag Damit
Mengubah minda golongan ini adalah satu cabaran kepada siapa sahaja yang melibat dalam meningkatkan tahap sosio ekonomi mereka..kerana seperti kata DODS, bantuan berkenaan akan menjadikan sebahagian daripada peserta e-kasih akan terus bergantung kepada kerajaan dan akhirnya menjadikan mereka malas untuk berusaha..saya harap kata-kata sedemikian tidak menguris perasaan kesemua golongan ini kerana tidak semua ahli e-kasih atau miskin tegar bersikap sedemikian rupa..mereka juga mempunyai maruah dan harga diri untuk dijaga..kami tahu mereka juga punya keinginan dan cita-cita kerana kami sering bersama dengan mereka..menyedari akan keadaan itulah , kami penyedia latihan diberi tugas dan tanggungjawab untuk mengubah minda mereka... ditahap manapun penerimaan mereka, biar sekecil manapun hasil yang mereka tunjukkan diperingkat awal, semua itu tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak membantu, apa lagi jika keengganan membantu itu hanya berdasarkan kepada tanggapan dan andaian yang tidak bersifat adil kepada mereka.... membangunkan minda insan adalah satu proses yang berterusan dan semua pihak samada dipihak peserta, kerajaan dan pembimbing menggalas tanggungjawab yang setara untuk membolehkan usaha murni ini mencapai matlamatnya.....

(PETIKAN DARIPADA WALL AWANG KARIM KADIR & RABEAH MOHD ALI)
21 Disember 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;