Monday, 9 January 2012

MARI KITA PECAHKAN RUYUNG

  • MARI KITA PECAHKAN RUYUNG

    Mari kita pecahkan ruyung kejayaan; hancurkan tembok halangan.
    Mari kita keluar dari tempurung pemikiran; perluaskan minda akal.
    Mari kita melihat dari pandangan mata langit terbuka; dengan kacamata teknologi canggih dan hati budi murni. Ini dunia kita ini jalan kita ini masa kita;
    masa depan gemilang yang pernah kita impikan sedang menjadi kenayataan... Tapi ruyung kejayaan harus dipecahkan. Tembok halangan di hancurkan dengan kemahuan yang tinggi dengan keyakinan yang tak berbelah bagi. Bintang kegemilangan sudah berada didalam genggaman kita. Menunggu saat kau sematkan di dadamu sebagai lambang kejayaan.Mari! Mari kita pecahkan ruyung!
    · · · Sunday at 7:55am ·

    • You and 10 others like this.
      • Tj Young Tj Young ruyung dah pecah tapi hasilnya sekadar makan pagi kais pagi juga...hehehehe
        Sunday at 8:05am · · 1
      • Datu Muhammar Datu Mawallil wah2 pakcik ku ni....bersemangat saja dia ni......
        Sunday at 8:09am · · 1
      • Tj Young Tj Young Semangat mesti ada !!!!Ibarat berlari ,sampai kegarisan penamat itu urusan ALLAH
        Sunday at 8:24am · · 1
      • Awang Karim Kadir Semangat Naga tahun 2012 Datu kemanakan; kerna pacikmu lahir pada tahun Naga, mengikut kepercayaan masyarakat Cina petanda yang baik dalam perusahaan dan amat dikagumi serta geruni oleh kawan dan lawan... Tapi yang sebenarnya itu pendorong saja, yang selebihnya bergandunglah pada usaha dan ketentuan rezeki drp Allah...
        Sunday at 10:06am · · 1
      • Jasminie Ag Damit Salam Tuan...semangatku juga bersama mu dipagi yang indah ini..
        Sunday at 10:07am · · 1
      • Jasminie Ag Damit apa pula yang boleh ditafsirkan untuk saya yang lahir ditahun harimau pada tahun naga ini tuan..
        Sunday at 10:08am ·
      • Awang Karim Kadir Tahniah and terima kasih JAD alhamdulillah; kita sama2 pecahkan ruyung kejayaan kita!
        Sunday at 10:09am ·
      • Awang Karim Kadir Menurut kepercayaan Msykat Cina org yg lahir pada tahun Harimau akan lebih bersemangat dan tangkas dan lebih sukses pada tahun ia di lahirkan. Tapi pada tahun Naga semangat harimau masih tetap mempunyai daya juang yang hebat dan tangkas, cuma ia lebih berhati2 kerna dia tahu, ada pesaig yg hebat dan dikagumi walau pun dia tak gentar untuk menghadapinya. Dan semangat Harimau tahu semangat Naga tidak suka bermusuhan, dia hanya tak suka di cabar atau habuan di hadapannya di ganggu, Naga akan menyedut semuanya atau melemparkann ya jauh dan tak mustahil akan di dimusnahkan dengan api. Naga tak memusuhi Harimau dan lain2 tapi selalu bersengketa dengan semangat Ayam yang suka mencuri makanan dan megambil kesempatan ke atas dirinya, dan suka berlaga hebat di hadapannya kerana Ayam merasa hebat dgn taji tajamnya,bulu cantik dan bersisik juga seperti naga. Tapi Harimau masih tetap boleh beraksi dengan bebas dalam belantara perjuangan dan perusahaan; cuma dengan lebih berhati2...Allah hu aklam ( mengikut kepercayaan Msykat Cina ) Pn JAD...
        Sunday at 10:19am ·
      • Jasminie Ag Damit Terimakasih kerana berkongsi ilmu ....
        Sunday at 10:35am · · 1
      • Rabeah Mohd Ali Kejayaan adalah milik semua YB-YB yang berkhidmat demi rakyat tanpa harap apa-apa balasan melainkan mahu Redha Allah. Makanya apabila ruyung berjaya dipecahkan barulah Negara Kasih Sayang KeranaNya yang diimpikan menjadi kenyataan
        Sayang menyayangi keranaNya.
        Tiada lain difikirkan melainkan inginkan redhaNYa di kala hidup dan mati,
        Saling hormat menghormati
        Bantu membantu
        Sedia membantu dan berbakti dengan seikhlasnya keranaNya
        Membuat sesuatu bukan untuk mencipta nama atau mahu mempopularkan diri tapi semuanya demi agama , bangsa dan negara tercinta!
        6 hours ago · · 1

    • (PETIKAN DARIPADA WALL AWANG KARIM KADIR
      9 Januari 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;