Monday, 9 January 2012

KUKARANGKAN PANTUN TERISTIMEWA BUAT BONDA HANNA TERSAYANG



KUKARANG PANTUN TERISTIMEWA BUAT BONDA HANNA TERSAYANG

Duhai bonda kesayangan semua,
Hadirmu bukan sebagai ranting;
Kita ditemukan di alam maya,
Saling bekerjasama saling menyokong.

Rabeah Mohd Ali:

Jika rantingmu hanyut di bawa bah,
Kasihku tak akan berubah;
Sama-sama harungi segala yang susah,
Agar bahasa bangsa menjadi gah.

Hari-hari mengungkap sayang,
Kepada bonda Hanna yang terkasih;
Kasihmu kujunjung menusuk ke jantung,
Begitu hebatnya bila sudah terkasih.

Bonda Hanna budi bahasa mu memikat hati,
Mulut menyebut hati terkenang;
Kasihmu semurni hati,
Ke mana saja aku terkenang-kenang.

Bicaramu lembut teramat santun,
Aku teruja terbawa mimpi;
Kasihmu bonda amat kuharapkan,
Penyejuk jiwa ketenangan hati.

Bonda Hanna Salam Ukwah ya habibti Rabeah,,
bukan bah bukan tengkujuh
ranting ku hanyut di bawa arus
tidak ku endah..tidak ku kesah !
tidak ku gundah ..tidak ku resah !
tidak ku kekuh..tidak ku menggeluh..!
zaman telah pun berubah..
zaman bonda telah pun berlalu..
berlalu bersama terkuburnya GAPENA KU" ♥ ya"
about an hour ago · LikeUnlike

Justeru bonda Hannaku masihlah setia di sini,
Kami perlukan karya-karya bernasmu;
Menjadi pendorong di kala sepi,
Jasa dan budimu sentiasa mewangi di hatiku.


Karya Rha NS
6 Januari 2012
· · · January 6 at 3:56pm


  • Penaluka Kersani and 4 others like this.

    • Penaluka Kersani manis...bait-bait yang menyentuh jiwa........
      January 6 at 4:06pm · · 1

    • Rabeah Mohd Ali Bahasa jiwa bahasa kalbu indah dan bahagia jiwa...(hihihi)
      January 6 at 4:08pm ·

    • Bonda Hanna Wahai hujan..
      gugurlah...
      bersama airmata ku
      membasahi bumi KARYA KITA ini..
      bila ribut kasih mu melandai
      tengkujuh pilu ku pun tersadai..
      ya habibti ya albi ya ruhhi ya hayati Rabeah Mohd Ali
      mengapa di selam jong yang sudah tengggelam
      khazanahnya reput menjadi karang..
      terima kasih sayang..
      di atas penghargaan ini
      bagaikan
      gamitan Jaball Nurr dan jabal HUDD ya"
      ku kucup pipi ku kucup dahi
      ku cium hujung jari dan jejari yang menukil nukilan ini..
      sayang yang teramat sayang buat mu muaaaaaah ♥ ya"

      January 6 at 4:10pm · · 2

    • Rabeah Mohd Ali Terkedu ku seakan mimpi
      Adakah aku sedang bermimpi
      Didatangi kasih yang kutunggu-tunggu
      Kasih seorang bunda yang semurni hati sewangi kasturi
      Kasihnya kubalas dengan syukurku padaNya
      Kusambut tangannya seluhur budi
      Wangian kasihnya meresap ke tangkai jantungku sehingga nafasku terhenti!!!!

      January 6 at 4:21pm · · 1

    • Bonda Hanna look at down sayang Rabeah Mohd Ali
      have something for u here..hehe
      sewanggi kasih ku
      seharum mawar mu ♥ ya"

      January 6 at 4:28pm · · 2

    • Rabeah Mohd Ali Kusayang kamu tak pernah jemu sayang....hihihi
      January 6 at 4:36pm · · 1

    • Bonda Hanna me toooooooooo ya ♥ n hugs ya"
      January 6 at 4:41pm · · 1

    • Rabeah Mohd Ali fuyoo....terkeduku bonda....hihhihi
      January 6 at 5:34pm · · 1

    • Bonda Hanna Cinta dan sayang itu limpahan rahmat Allah
      dari cinta Allah di ujudkan Adam
      dari cinta Adam di jadi kan Hawa..
      dari cinta Adam dan Hawa..
      Adanya cinta antara kita..
      payah sgt ke nak menyatakanya..?
      sedang kita sentiasa di dalam kalimahnya
      Bismillah Hirrohman Nirrohim..
      Allah tidak kedekut
      kenapa kita nak kikir..?
      sooooooooo ♥♥♥♥ u sooo much ya"

      January 6 at 5:41pm · · 1
    • Rabeah Mohd Ali Terima kasih bonda Hanna kerana sudi menyayangiku seikhlas hatimu akan ku ukir namamu di hatiku agar tidak terpadam kasih sayangmu yang sentiasa mewangi di hatiku di hatimu.
      about a minute ago ·



  • (PETIKAN DARIPADA KUMPULAN KARYA KITA)
    9 Januari 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;