Sunday, 18 December 2011

DOA SEORANG IBU UNTUK SEMUA KETURUNANNYA


Rabeah Mohd Ali
DOA SEORANG IBU UNTUK SEMUA KETURUNANNYA

Ya Allah Tuhanku Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Kau lembutkan hati-hati anakku
Sinarkan Hidayah Nur KasihMu tanpa batas kepada mereka
SayangMu pada mereka melebihi sayangku pada mereka
Aku sebagai ibu cuma dapat menjaga mereka pabila mereka
berada di hadapanku tapi apabila mereka jauh dariku Kau tetap menjagaNya
waima jika aku tinggalkan dunia ini ....Kau akan menjagaNya juga
aku mengaku aku hambaMu yang sentiasa lemah dan tak sempurna
kerana itu aku amat-amat memerlukan Limpahan Nur Hidayah KasihMu
untukku ....anak-anakku hingga kesemua keturunanku sampai penghujungnya
Perlindungan , Penjagaan dan PerhatiaanMu amat kuharapkan untukku dan mereka.

Moga Nur Hidayah KasihMu itu menjadikan hatiku dan mereka sentiasa mahu selamaNya mencintaiMu selagi hayatku dan hayat mereka ada di kandung badan.

Lancarkanlah lidah kami untuk mengucapkan kalimah SyurgaMu
LaaillahailAllah MuhammadarRasullulAllah
Itulah Yang Kuharapkan Sejak Aku Bergelar Ibu
Kau izinkan aku berhidup dengan mereka di dunia ini
Izinkan aku juga berhidup dengan mereka di SyurgaMu

Dengan air mata penuh penginsafan
dan pengharapan ini Ya Allah
dengan Belas-Ehsan-KasihMu Ya Allah
dengan Keberkatan Hari Jumaat Penghulu Segala Hari Kau makbulkan harapanku ini
Amin Ya Rabbal A'Lamin

Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akhbar

20 Muharram 2011
· · Yesterday at 8:38am


  • Athaya Nabila likes this.

0 comments:

Post a Comment

 
;