- ROH DAN JASADKU AKAN MERANA
JIKA ANAKKU TAK SOLAT
Hari itu Zana deman teruk hingga tak larat nak bangun ...., dia pening yang amat sangat...kuselimuti Zana sambil memicit kepalanya yang sakit. Kulihat jam di dinding waktu maghrib hampir tamat.
"Ibu...zana tak larat sembahyanglah ibu...." kata zana dengan nada yang amat lemah.
"Zana...solat tak boleh ditinggalkan anakku.""Tak boleh nak sujud sakit kepala...."
"Solat cara orang sakit... nak ye...Allah Maha Penyayang memahami akan apa jua keadaan hambaNya yang sakit."
Aku ambilkan kerusi dan telekong untuk zana yang tak larat untuk mendirikan solat.
Aku ambilkan besen dan sebotol air untuk memudahkan zana mengambil wuduk dan kutuangkan air ke tanggan zana .
"Air sikit tak apa tapi jangan lepaskan air untuk ratakan anggota wuduk."
Zana tak perlu ke bilik air untuk mengambil wuduk lagi.
"Kan senang macam ni ...tak ada alasan nak solat ....Allah memudahkan untuk hambaNya yang sakit..."
Selesai mengerjakan solat maghrib secara duduk di kerusi....20 minit selepas itu masuk waktu Isyak dan zana menunaikan solat Isyak.
Syukur Alhamdulillah zana dapat menunaikan solat...tiada apa lebih menggembirakan seorang ibu jika anaknya tidak meninggalkan solat walaupun dalam waktu sakit.
Jika anakku sengaja meninggalkan solat....roh dan jasadku akan merana kerana gagal mendidik anakku untuk taat kepada Allah SWT.
Karya Rha NS
18 Disember 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment