MOGA PADUAN CINTAMU CINTANYA
MEMBAWA HINGGA KE SYURGA
Biarpun ku tak berapa tahu siapa dirimu
Di mana tahap cintamu pada dia
Namun ku amat mengerti betapa
Kau sedang mengalami pergolakan cinta dalam dirimu
Ada cinta dan kasih
Antara cinta dan pengorbanan
Semuanya menjadi rendaman air matamu
Yang kau tahankan dan yang kau pendamkan dalam lubuk hati nan suci..sesuci embun cinta di waktu pagi
Barangkali senyuman cintamu kelat untuk ditelan
Tapi nyata kasihmu pada dia setulus hati keranaNya
Kau sentiasa pasrah dan rela
Atas Ketentuan Takdir Cinta DariNya
Percayalah cintanya sentiasa untukmu
Cintanya sentiasa di hatimu
Kerana dia diciptakan untukmu
Untuk mencintaimu
Mengasihimu apa adanya
Justeru balaslah cintanya
Kerana cintamu
dalam restuNya
dalam redhaNya
moga tersimpul mati hingga ke akhirnya
moga paduan cintamu cintanya
membawa hingga ke Syurga
Amin Ya Rabbal A'Lamin
Karya Rha NS
16 Disember 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment