Thursday, 22 December 2011

PESAING BUKAN LAGI SEBAGAI RAKAN SEPERJUANGAN

Rush Cash:

Salam Datuk. Pandangan peribadi saya dari kacamata saya sendiri.

(1) Tukar bendera itu adalah hak Datuk. Namun sebab Datuk berada
dalam bendera yg sama, mungkin kehadiran Datuk dianggap jadi
duri dalam daging bagi mereka tapi ironinya mereka secara tidak
langsung jadi gunting dalam lipatan. Depan baik, belakang dah lain
cerita. Kerusi yang diduduki sekarag terasa panas. Maksudnya,
Datuk sudah DISALAH TAFSIR sebagai pesaing bukan pula sebagai
rakan seperjuangan. Soalan : Kemana lari fokus sabagai seorang
pemimpin selama ini? Adakah berjuang dalam parti untuk
mendapatkan jawatan & berusaha mengekalkannya atau berjuang untuk
kepentingan rakyat melalui parti sebagaiman yang dilaung-laungkan
semasa berkempen dulu? (2) Menegur kepincangan pemimpin dari
dalam parti sendiri tanpa menukar bendera, adalah jelas ketelusan
kita sbg ahli yang setia, berprinsip & mahu melihat perubahan secara
kompleks tanpa sentimen polimek politik pandangan dari parti luar.
Hasilnya, reformarsi melalui transformasi. (3) Beralih bendera &
kemudian menentang pemimpin yang bakal dipilih kelak mewakili parti
yang Datuk menjadi ahlinya sejak awal kelahirannya di bumi Sabah ini
melalui propaganda parti yang ingin disertai (pembangkang),
maka AGENDA individu-individu yang ada dalam parti sekarang yang
tidak senang dengan Datuk, secara tidak langsung telah BERHASIL
membuktikan Datuk berjuang bukan kerana rakyat tapi kerana
pangkat & kedudukan walaupun hakikatnya Datuk bukan begitu.
Jika ini berlaku, PERISTIWA ADALAH FAKTA & FAKTA ADALAH SEJARAH.

2 hours ago · Like

Rush Cash ?:

khuatir Datuk, apa yang berlaku kelmarin adalah KEKHILAFAN
beliau tapi tindakan menukar bendera pula adalah KESILAPAN.

(PETIKAN DARIPADA WALL DATUK MOHD JEFFRY ROSMAN & RABEAH MOHD ALI)
22 Disember 2011
Like · · 10 hours ago near Petaling Jaya

0 comments:

Post a Comment

 
;