Friday, 23 December 2011

YANG ADA DI HATIKU DARAH FISABILILLAH

DARAHKU YANG MENGALIR ADALAH HAK RAKYAT!
DARAHKU YANG MENGALIR TERTULIS, 'FISABILILLAH'

Darahku yang mengalir adalah hak rakyat
Darahku yang mengalir juga ada semangat Melayu
Darahku yang mengalir tertulis ,'Fisabilillah'

Aku adalah hak Allah
Hamba Allah yang berjawatan hamba sampai kapanpun!
Aku adalah khalifah di muka bumi ini

Justeru siapapun mereka
Takkanku hiraukan
Biarpun berpenat berlelah
Biarpun jasadku
Dihujani peluru di setiap penjuru
Namun kuberundur tidak sekali!

Pantang Pahlawan Melayu tewas
Sebelum turun ke gelanggang!

Dulu kini dan selamanya
Aku telah pun bersedia
Membela nasib rakyat
Yang harus dibela
Biarpun aku dicerca!
Dipandang sebelah mata
Bagi mereka yang tidak berpuas hati
Cara aku membela rakyat

Aku dengan caraku
Dan kau dengan cara kau
Biarpun kita berbeza pendapat
Tapi matlamatnya tetap sama
Iaitu membela rakyat yang harus dibela

Dalam perjuangan
Mesti ada yang tidak berpuas hati
Mesti ada mengumpat mengeji
Mesti ada iri hati
Mesti ada dengki mendengki
Mesti ada tikam menikam
Jatuh menjatuh
Hingga tersungkur!
Kekuasaan menjadi rakus
Sampai memakan diri!

Kerana darahku tertulis 'Fisabilillah'
Takkan kuhiraukan semua yang memakan diri
Yang ada di hatiku darah ."Fisabilillah"
Nyawaku telah kupertaruhkan untuk:
Allah
Rakyat
Bangsa
dan negaraku tercinta!

ALLAHU AKHBAR!
BERJUANGLAH HINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR
DUHAI PEJUANG TULEN RAKYAT SABAH!

Karya: Rha NS
7 Ramadhan 1432H
7 Ogos 2011
(Diilhamkan Khas Untuk Pejuang Tulen Di Hati Rakyat Sabah
YBhg Datuk Mohd Jeffry Rosman)
Like · · 3 hours ago near Petaling Jaya

Mahabbah El-ahMead, Bunga Seroja and Awang Karim Kadir like this.

Rabeah Mohd Ali
BUKTIKAN KEMENANGAN KEHIDUPAN UNTUK PEWARIS RAKYAT SABAH!

Duhai.. Awang Karim Kadir
Darah yang mengalir di tubuhmu
Adalah darah pejuang Rakyat Sabah
Kau cucu cicit Pejuang Kemerdekaan Sabah
Walaupun kau ingin menjadi rakyat biasa
Yang tak perlu memikirkan masalah rakyat
Tapi kau tak akan jadi begitu

Walaupun hidupmu sudah berada di zon selesa
Tak perlu menyusahkan diri dan pemikiran...
Kau sedaya upaya mahu membantu
Kerana darah pejuang telah ada di tubuhmu
Kau tak akan biarkan rakyat Sabah dibelanggu kemiskinan mencengkam...
Gunakanlah akal mindamu yang tajam dan puitis

Kerana kau sudah mengenal siapa dirimu
Berjuanglah selagi hayat di kandung badan
Aku sentiasa mendoakanmu
Agar kemenangan rakyat yang kau perjuangkan
Dimakbulkan Allah

Perjuangan nenek moyang mu teruskanlah
Tanpa ada rasa jemu
Tanpa ada berputus asa
Mereka telah buktikan kemenangan dengan Kemerdekaan Sabah
Dan kau juga mesti buktikan kemenangan kehidupan untuk
pewarismu rakyat Sabah!
Kejayaanmu adalah kemenangan rakyat Sabah
Kemenangan nenek moyangmu juga
Hargailah kemenangan mereka hingga bila-bila
Selagi ada bulan dan matahari....

Karya Rha NS
23 Disember 2011

(PETIKAN DARIPADA WALL RABEAH MOHD ALI)
23 Disember 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;