Saturday, 29 September 2012

GUGURNYA PARA MUJAHID




KOLEKSI KARYA RATU RIMBA NIAGARA BERTEMAKAN PEJUANG FISABILILLAH

CINTA KEKASIH ALLAH NABI MUHAMMAD S.A.W

Kau dilahirkan
untuk memberi
Rahmat Sekalian Alam

Berpekerti mulia
menempuh segala cabaran
dan dugaan semata-mata
untuk menyebar
Agama Suci Allah

Berkorban apa saja
demi umat sezamannya
dan akhir zaman

Sambil berdiri, duduk dan
berbaring sentiasa
mengingati umatnya
mencintai umatnya
sepenuh hati
sepenuh jiwa
Masya-Allah!

Sentiasa berdoa pada Tuhan
agar umatnya mati dalam
ucapan kalimah
LaaillaahaillAllahMuhammadaRasullullah

Risaunya Nabi terhadap umatnya
hingga nafas terakhir
menyebut-nyebut umatnya
‘Umatku! Umatku! Umatku!

Duhai Kekasih Allah
Nabi Muhammad S.A.W
Biarpun telah tiada jasadmu
Budimu…
Pengorbananmu…
Cintamu kepada umatmu
akan dikenang…
dihargai dan
disanjung tinggi hingga
ke akhir hayat kami

Kami tahu kau mencintai kami
ketika berdiri… duduk dan berbaring
hingga ke akhir hayatmu

Amatlah rugi dunia akhirat!
malang dunia akhirat!
Jika kami tidak membalas cintamu
Wahai Nabi Allah
Kekasih Allah

Sebagai balasan cintamu
pada kami umatmu
kami akan menjadi
pewaris setiamu
menyebarkan dakwahmu
Al-Quran dan Hadis
yang kau tinggalkan
untuk kami umatmu

Selawat untukmu
wahai kekasih Allah
terimalah kami
menjadi kekasihmu
sebagaimana kau
menjadi Kekasih Allah

Moga dengan cinta kami ini
dapatlah kami keberkatan
cintamu di dunia …
Di Padang Masyar
mendapat Syafaatmu
Amin Ya Rabbal A’lamin.

KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
27 Mei 2012

MOHON SYAFAAT NABI MUHAMMAD S.A.W

Duhai kekasih Allah yang dicintai…
Balaslah cinta kami ini
satukan hati-hati kami untuk saling
ingat- mengingati
tentang pejuanganmu sentiasa diingati
kesyahduan cintamu pada kami umatmu kami tangisi
betapa tulus ikhlasnya cintamu pada kami
harusnya kami balasi
kami menanti penuh pengharapan
Ya Nabi Allah
Ya Kekasih Allah
yang kami cintai seutuhnya cintamu pada kami
pilihlah kami mendapat Syafaatmu di Mahsyar nanti.
Amin Ya Rabbal A’Lamin.

KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
22 Mei 2012
(PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN INDONESIA PADA 17 AGUSUS 2012/MALAYSIA 31 OGOS 2012)
Yesterday at 9:43am ·

GUGUR MUJAHID SENYUMAN SYURGA

Jangan dituduh pengganas mujahidku,
Kerananya Agama Islam sentosa;
Perjuanganya tak pernah jemu,
Di mana berada dipertaruhkan nyawa.

Dalam Islam tiada istilah pengganas,
Begitu mudah manusia menuduhnya;
Allah tidak suka mereka yang mengganas,
Dikirimkan ngauman bumi sebagai protesNya.

Di langit kerajaan Islam penuh duka,
Meratap menghiba tiada siapa yang tahu;
Allah janjikan syahid penawar duka,
Kenikmatan Syurga mereka tak tahu.

Umat Islam diperlakukan seperti haiwan,
Dibedil bertalu tanpa keperimanusiaan;
Mujahid Islam bangkit melawan,
Demi kerana Allah dalam kecintaan.

Negara Islam dibedil terus-terusan,
Dendam kesumat tak pernah padam;
Ada yang ditawan menjadi tebusan,
Diseksa dalam neraka dunia penuh kejam.

Kesumat mereka tak pernah padam,
Negara Islam akan dibedil dan ditakluki;
Itu azam mereka yang suka berdendam;
Agar Islam terkubur di Negara sendiri.

Pejuang Islam tak pernah gentar,
Rela bermandikan darah dihujani peluru;
Perjuanganmu buat hati bergetar,
Wajahmu tenang berjumpa Tuhanmu.

Sungguh murni seorang mujahid,
Perjuangannya takkan terhenti tanpa jemu;
Mujahid balasanya syahid,
Kukalungkan doa kesejahteraan buatmu.

Di wajahmu ada Syurga,
Perjuanganmu tanpa jemu;
Kepentingan Islam sentiasa dijaga,
Putus asa tak pernah bertamu.

Kau berjuang hingga akhir hayat,
Semangatmu sentiasa membara;
Perjuanganmu tak pernah tamat,
Generasi pelapismu terus mara.

Masa hidup penuh perjuangan,
Perjuangannya jelas dan tepat;
Membela Islam ditimpa kekejaman,
Memberontak mujahid adalah bertempat.

Tiada hari tanpa perjuangan,
Biarpun diburu di setiap penjuru;
Namun berundur tidak sekalipun,
Rela bemandikan darah dihujani peluru.

Gugurmu mujahid aku tangisi,
Kutangis dalam kesyukuran mengingatimu;
Kenikmatan Syurga kini kau rasai,
Di sini mujahid menggantikan tempatmu.

Ramai berlumba mengikut jejakmu,
Tanda cintakan Allah sayangkan hamba-Nya;
Mereka bemandikan darah dihujani peluru,
Gugurnya mereka menyusuli dirimu.

Kehidupan mengasyikkan memukau pandangan,
Wangian Syurga menusuk qalbu;
Syurga kau terima sebagai balasan,
Menikmati SyurgaNya tak pernah jemu.

Gugur mujahid senyuman Syurga,
Kehidupan di Syurga mujahid gembira;
Nikmat Allah dalam kesyukurannya,
Menunggu Hari Pembalasan telah dibalas-Nya.

Karya: Putri Rimba Niagara
27 Mei 2012
(PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN INDONESIA/MALAYSIA)
Yesterday at 9:48am · Like

MUJAHIDKU BERNAMA RIDHWAN

Ridhwan lambang Syurga para mujahid,
Denyut nadi zikir padaNya;
Rela gugur di medan syahid,
Titisan darahmu bukti Maha AgungNya Cinta.

Tertusuk kalbu menghayati Syair Mujahid,
Tangisan sendu mendayu sesyahdu perjuangan;
Terbujur kaku ketenangan wajah mujahid,
Pemergiaanmu dinanti bidadari penuh kerinduan.

Kukarangkan Puisi Mujahid sebagai semangat bagimu,
Khalifah Islam igauan wanita mujahid.

PUISI MUJAHID

Duhai saudaraku...
Perjuanganmu penuh berliku...
Namun berundur di medan juang tidak sekali
Kau tidak hiraukan tubuhmu
dibakar terik mentari
Kedinginan salji
Lapar dahaga tidak mengapa
Sakit derita tetap berjuang
Tetap solat berjumpa Kekasihmu
Air mata bukan untuk
Dipuja
Dicaci tak mengapa
Biarpun tubuhmu diseksa...dihina...
Dihujani peluru...biarkan!

Duhai saudaraku...
Teruskan perjuanganmu
Ku di sini mendoakan
Agar kau terus dilindungi Kekasihmu
Tak kira di mana kau berada
Kehadiranmu kusyukuri dalam sujud
Pemergianmu kusyukuri dalam doa

Duhai Saudaraku...
Kukalungkan bunga cinta suci lambang
cinta abadi ku padamu

Duhai Saudaraku...
Sekalung bunga cinta Syurga
Akan dikalungkan Bidadari Syurga
Mewangi semerbak
Sewangi perjuangan sucimu

Duhai Saudaraku...
Tika di dunia kaulah Khalifah Islam menjadi igauan wanita mujahid
Tika di akhirat kaulah kekasih yang dinantikan Bidadari Syurga

Duhai Saudaraku...
Berbahagialah kerana memilih jalan syahid
Bahagia di dunia bahagia di akhirat!
Aamiin Ta Rabbal A'Lamin

Karya Putri Rimba Niagara
27 Mei 2012

GUGURNYA PARA SYUHADA DI BUMI PALESTIN

Duhai… Rakyat Palestin tersayang
sabarlah dengan dugaan Allah ini
kami di sini dapat merasakan
penderitaan kalian di sana,
kalian tentu dalam keadaan sangat getir
menghadapi dugaan yang amat berat ini!

Kelaparan…! Kesakitan…!
Kezaliman rejim zionis ke atas
kalian dan kematian keluarga
tersayang ada di mana-mana…!
Ya Allah…
Selamatkan rakyat Palestin…
Selamatkan bumi Palestin
daripada kekejaman Israel.

Kami percaya… Kalian dapat
menghadapi dugaan ini
dengan tenang kerana pasti
kalian gugur sebagai para syuhada!
Syuga adalah tempat yang layak untuk kalian!
Subhanallah!

Karya Putri Rimba Niagara
27 Mei 2012
(PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN INDONESIA
17 AGUSTUS 2012/MALAYSIA 31 OGOS 2012)4 Ogos 2012
15 Ramadan 2012

BOSNIA TAKKAN KUBIARKAN KAU DERITA!

Embun menitis lesu tika
mentari terjaga dari lenanya.
Tatkala sang camar
menumpahkan dakwat merah
di meja perdamaian.
Lalu meneguk air di laut darah
membasahkan halkumnya,
memamah nanah dan duri
demi kepuasan.

Meleparkan pandangan
ke ruang angkasa
yang tak pernah damai…
Dentuman adalah iramanya!
Terburai nyawa sana sini
adalah mata hatinya!
Tangisan anak kecil bukan ihsannya.

Demi agama dan bangsanya
adalah wawasan.
Mangsa derita adalah mereka rakyat Bosnia.
Semoga Tuhan memberi kecekalan.

Kami negara yang kerdil ini
tertumpah kasih kasih padamu.

Takkan kubiarkan!
Kan kucangkan!
Kan kulaungkan!
Pada camar durjana!
Kami kirimkan merpati-merpati putih
dengan berita , ‘Bebaskan Bosnia!’
Pada seluruh benua Islam dan bergemalah,
‘Takkan kubiar kau derita!’

Karya: Putri Rimba Niagara
7. 5.1995

(PETIKAN DARIPADA WALL ZAIRI ERIE & AKHY PELANGI MERINDU)
30 Julai 2012
10 Ramdhan 1433H

Mutiara hadits | penebar dakwah merajut ukhuwah islamiah
“Dan bahwasanya (yang Kami perintahkan) ini adalah jalanku yang lurus, maka ikutilah dia, dan janganlah kalian mengikuti jalan-jalan (yang lain), karena jalan-jalan itu mencerai-beraikan kalian dari jalan-Nya. Yang demikian itu Allah perintahkan kepada kalian agar kalian bertaqwa.” (Q.S. Al-An’am: 1...
Page: 34,135 like this

Mutiara hadits | penebar dakwah merajut ukhuwah islamiah
“Dan bahwasanya (yang Kami perintahkan) ini adalah jalanku yang lurus, maka ikutilah dia, dan janganlah kalian mengikuti jalan-jalan (yang lain), karena jalan-jalan itu mencerai-beraikan kalian dari jalan-Nya. Yang demikian itu Allah perintahkan kepada kalian agar kalian bertaqwa.” (Q.S. Al-An’am: 1...
Page: 34,525 like this
4 Ogos 2012
15 Ramadhan 1433H
(PUISI DI SIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN INDONESIA
PADA 17 AGUSTUS 2012/MALAYSIA 31 OGOS 2012)
Yesterday at 9:57am · Like

PEJUANG FISABILILLAH ADALAH KEKASIH ALLAH AZZAWAJALLAH

Kejamnya mereka.....!!!!
Mana letaknya mata hati ?
Memang tiada kemanusiaan?
Syaitan bertopengkan manusia?

Dengki khianat dengan Allah
Dengki khianat dengan Agama Allah
Dengki khianat dengan Agama Islam
Dengki khianat dengan orang-orang Islam...

Segala kejahatan engkaulah si durjana
Mencerobohi kedamaian bumi Burma
Engkau bakar masjid rumah Tuhanku
Engkau bakar hidup-hidup rakyat Burma
Engkau rogol wanita Burma sehingga mati
Engkau pantang mereka yang Meng-Agung-kan Tuhanku

Kenapa engkau dengki sangat dengan Tuhanku
Kenapa engkau dengki sangat dengan sedara Islamku
Mereka tak salah pun pada engkau si durjana!!
Mereka tak kenalpun engkau
Tak ada ribut tak ada angin...
Kau ributkan suasana yang damai
Biar jadi tsunami pembunuhan beramai-ramai rakyat Burma

Kejam..!!! Kejam..!!! Kejam...!!!
Si durjan kejam!
Si durjana yang tak ada mata hati!!
Si durjana yang tak ada perikemanusiaan
Si durjana yang bernafsukan syaitan dan iblis
Raja iblis engkaulah si durjana?

Sekarang tergelaklah engkau
Dengan kekejaman engkau itu
Ketawalah semahumu si durjana?
Yang tak berhati perut
Hidupmu penuh dengan kekejaman...
Suka sangat tengok kematian
Suka sangat meneguk darah rakyat Burma
Yang tak bersalah

Tahukah engkau si durjana
Kekejaman itu disaksikan oleh Tuhanku
Tuhanku tak akan membiarkan
Engkau terus menerus melakukan kekejaman
DIA akan mengirimkan bala tentera-Nya

Tunggulah...tunggulah...tunggulah...
Tentera fisabilillah datang
Menghapuskan segala kekejamanmu...

Pejuang-pejuang fisabilillah
Berani mati demi Tuhanku
Berani mati demi sedara seIslamku
Karena mereka tahu
Mereka adalah Kekasih Allah SWT
Yang ganjaran matinya adalah Syahid
Ganjaran matinya adalah Syurga
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR

KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
10 Ramadhan 1433H
30 Julai 2012
July 30 at 2:31pm · Like

PIALA SYAHID SYURGA

Allahu Akbar
Maka bergemalah
Laungan pejuang-pejuang fisabilillah
Pejuang-pejuang syahid
Datang berbondong-bondong
Membela sedara-sedara Islam
Mati dibunuh dengan kejam tanpa ehsan!

Allahu Akbar
Pejuang-pejuang fisabilillahku
Di hatimu ada cinta Allah
Di hatimu ada cinta sedara Islam
Di hati ada Syurga

Allahu Akbar
Pejuang-pejuang fisabilillahku
Ayuh mara menuju syahid
Biarpun ribuan peluru
Menghujani tubuhmu
Biarkan....biarkan...biarkan...
Darah...darah...darah....
Yang membaluti tubuhmu
Adalah saksi cintamu pada Kekasih-Mu
Dan darahmu juga akan disemadikan bersama-sama
Pakaian syahidmu itu

Allahu Akbar...
Pintu Syurga terbuka luas untukmu
Bidadari Syurga setia menyambutmu
Dengan syahidmu di medan juang sebagai mas kahwinnya

Allahu Akbar
Dunia syahid mereka yang mengerti saja betapa indahnya
Saat di kala menghembus nafas terakhir
Allah SWT Mengurniakan Piala Syahid Syurga
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR

KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
10 Ramadhan 1433H
30 Julai 2012
(TIADA APA YANG DAPAT KU BERIKAN BAKTI PADA SEDARA SEISLAMKU DI BURMA CUMA UNTAIAN PUISI INI UNTUKMU PARA PEJUANG FISABILILLAH BALA TENTERA ALLLAH UNTUK MEMBELAMU DUHAI SEDARA SEISLAMKU RAKYAT BURMA YANG KUKASIHI KARENA-NYA)
July 30 at 2:34pm · Like

Ricky Ikhsan Khan
MASIHKAH KALIAN DIAM, WAHAI MANUSIA YANG MEMILIKI HATI...?!?

bukankah Allah ta'ala telah berfirman :
Mengapa kamu tidak mau berperang di
jalan Allah dan (membela) orang-orang
yang lemah baik laki-laki, wanita-wanita
maupun anak-anak yang semuanya
berdoa: "Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami dari negeri ini (Mekah) yang lalim
penduduknya dan berilah kami pelindung
dari sisi Engkau, dan berilah kami
penolong dari sisi Engkau!".
(QS.4:75).

"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal
berperang itu adalah sesuatu yang kamu
benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu,
padahal ia amat baik bagimu, dan boleh
jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah
mengetahui, sedang kamu tidak
mengetahui".(QS.2:216).

(PETIKAN DARIPADA WALL GRUP MELA AYU RADIO ONLINE & PUTRI RIMBA NIAGARA)
10 Ramadhan 1433H
30 Julai 2012
July 30 at 2:38pm · Like
(PUISI DISIARKAN SEMPENA MENARIKAN HARI KEMERDEKAAN INDONESIA 17 AGUSTUS 2012/31 OGOS 2012)
4 Ogos 2012
15 Ramadan 2012
Yesterday at 10:07am · Like

Inyiak Rajo Sulaimanah kata.alloh menurut ajaran islam alloh tidak melihat rupa@wajahnya..... dunnia serahkan keahlinya yang arif&bijak
Yesterday at 11:34am ·

Farid Ali Johar:Singapura dari awal sudah di gadaikan oleh Pemerinhtah Bugis Yang Sekarang Memerintah negara Malaysia Termasuk Perdana Menteri Malaysia berdarahkan Bugis sekarang dan Juga Raja Bugis dari awal ke 17 kerana kekuasaan..bukan Raja melayu tapi Raja Bugis melayu berasal dari Sulawesi.
23 hours ago · Like

Sri Prabu Bumi Kusuma Farid Ali Johar,Pendekar Temasek Dari 13 Kerajaan Melayu di Malaysia, 9 diantaranya adalah keturunan raja raja Bugis dari Kerajaan Luwuk, Sulawesi Selatan, Indonesia. Raja raja ini sudah bertahta turun temurun di Malaysia, sejak pecahnya Kerajaan Riau Lingga dan Riau Johor, karena peperangan melawan penjajah dan prajurit prajurit dari Tanah Bugis. Akhirnya terbentuklah Kerajaan Johor, yang menjadi cikal bakal kerajaan Selangor, Pahang dan lain lain. Sembilan kerajaan di Malaysia, sama sama berasal dari Keturunan lima raja Bugis, di Riau Lingga yaitu Daeng Parani, Daeng Marewah, Daeng Menambun, Daeng Kemasi dan Daeng Chelak.
23 hours ago · Edited · Like

Sri Prabu Bumi Kusuma Farid Ali Johar,Pendekar Temasek:ketika Johor dan laskar laskar bayaran dari Bugis berhasil menaklukkan Jambi, Raja Johor justru ingkar janji. Orang orang Bugis pun marah, sehingga mereka secara membabi buta melawan Kerajaan Johor. Maka runtuhlah kerajaan Johor (yang waktu itu juga menguasai Riau dan Singapura) dan terpisah dari Kerajaan Lingga (Riau). Kedua kerajaan itu pun takluk pada orang orang Bugis, sehingga jadilah raja raja mereka turun tahta, dan digantikan oleh raja dan sultan sultan Bugis, turun temurun sampai sekarang.
23 hours ago · Edited · Like

Sri Prabu Bumi Kusuma Farid Ali Johar, Pendekar Temasek:20,000 org jawa di bunuh..dari hasutan inggris,yg membunuh mereka adalah dari suku Bugis..yg gila kuasa:Ketika Singapura jatuh ke tangan Inggris, orang orang Bugis sudah melakukan perdagangan di Singapura bersama etnis China dan Eropa. Namun tidak sedikit juga yang dijadikan laskar bayaran, yang dihasut oleh Inggris untuk membunuh etnis lain. Di kawasan Kallang, menurut sejarah Singapura, orang orang Bugis pernah melakukan pembunuhan massal terhadap orang orang Jawa yang juga adalah pendatang di sana. Lebih dari 20.000 orang Jawa konon di bunuh, karena hasutan orang orang Inggris.
23 hours ago · Edited · Like

Sri Prabu Bumi Kusuma Farid Ali Johar,Pendekar Temasek:Singapura dari awal sudah di gadaikan oleh Pemerinhtah Bugis Yang Sekarang Memerintah negara Malaysia Termasuk Perdana Menteri Malaysia berdarahkan Bugis sekarang dan Juga Raja Bugis dari awal ke 17 kerana kekuasaan..bukan Raja melayu tapi Raja Bugis melayu berasal dari Sulawesi.
23 hours ago · Edited · Like

Sri Prabu Bumi Kusuma 3.73. Dan janganlah kamu percaya melainkan kepada orang yang mengikuti agamamu. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk (yang harus diikuti) ialah petunjuk Allah, dan (janganlah kamu percaya) bahwa akan diberikan kepada seseorang seperti apa yang diberikan kepadamu, dan (jangan pula kamu percaya) bahwa mereka akan mengalahkan hujjahmu di sisi Tuhanmu". Katakanlah: "Sesungguhnya karunia itu di tangan Allah, Allah memberikan karunia-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah Maha Luas karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui";
23 hours ago ·

5.54. Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui.
23 hours ago · Like

(PETIKAN DARIPADA WALL SRI PRABU BUMI KUSUMA & PUTRI RIMBA NIAGARA)
5 Ogos 2012
16 Ramadan

(PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN INDONESIA
PADA 17 AGUSTUS 2012 & MALAYSIA 31 OGOS 2012
5 Ogo 2012
16 Ramadan 1433H
Like · · Unfollow Post
Ahmad Tajuddin, Datuk Jem and Sultan Brotowijoyo Yosodipuro like this.
(PETIKAN WALL PUTRI RIMBA NIAGARA)
5 Ogos 2012
(PETIKAN DARIPADA WALL GRUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
29 Sept 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;