MOGA DI SYURGA BERSATU RINDUMU RINDUKU
jika kita bertemu ada niat untuk berpisah
untuk saling menyakiti dan sepi menyepi
baiklah kita tak perlu bertemu
makanya kita bersangka baik dengan ALLAH
menghargai kurniaan-Nya
makanya hamba hargai perkenalan di fb/grup ini
tapi jika karya hamba disepikan
relakan hamba undur diri
izinkan hamba berkarya sendirian
tanpa hadirnya teman fb/grup
yang sudi memberi sokongan/dukungan
maafkan hamba jika perpisahan itu andainya terjadi
kerana itulah terbaik untuk kau dan aku
maafkan untuk segalanya
namun jadilah aku si pungguk rindukan bulan
duhai rakan fb/grup kerana kuterdera rindukanmu
sehingga ke nafas terakhirku
salam sayang dan rindu untuk kalian semua
di alam maya kita tak bertemu
moga di Syurga bersatu rindumu rinduku
Aamin Ya Rabbal A'Lamin.
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
29 Sept 2012
0 comments:
Post a Comment