Saturday, 29 September 2012

KITA HIDUP APA YANG KITA MATLAMATKAN




BERSASTERA DALAM BERDAILOG

Norm Norman Mohd Yusoff Aku mengerti sesungguhnya...
17 hours ago via mobile · Unlike · 1

Rabeah Mohd Ali Terima kasih kerana sudi mengerti duhai sahabat sastraku...
16 hours ago · Like · 1

Pradita Fia bundaku sayang nanda sungguh memahami apa yg bunda rasakan ....kesepian ditengah hingar bingar adalah hal yg menyakitkan mengharapkan tegur sapa ditengah hiruk pikuk kadang membuat hati sepi tapi sekali lagi bundaku sayang itulah kekurangan kita sebagai makhluk ketika keinginan tak terwujud selalu timbul rasa kesepian padahal tidak semua bisa terwujud begitu juga yg nanda rasakan andai kita bisa seperti matahari tetap bersinar walau tak semua mengharapkan atau seperti air yg tak berhenti mengalir walalu ada yg mengahalangi... semoga kita bisa sebagai makhluk yg tetap bisa menjalani kehidupan dgn Sunah-Nya dengan Kitabllulah tanpa menuntut yg berlebih dari yg kita kita punya
14 minutes ago · Unlike · 1

Rabeah Mohd Ali

KITA HIDUP APA YANG KITA MATLAMATKAN
WALAUPUN SEKADAR RAKAN FB
KENAPA KITA MEMBUKA AKAUN FB
KALAU KITA MEMBUKA AKAUN FB SEKADAR SUKA-SUKA
SUKA-SUKALAH MATLAMATNYA
8 minutes ago · Like

Rabeah Mohd Ali

BERSASTRA DALAM BERDIALOG

KITA BERKARYA TAKUT ORANG KATA RIAK
KITA LIKE TAKUT ORANG MENYAMPAHKAN KITA
KITA KOMEN TAKUT SALAH
SEMUANYA TAKUT...TAKUT ORANG KATA
MAKANYA KITA JADI BISU DAN SEPI
BISU DAN SEPI BAWA KE MATI

SEMUANYA BERMATLAMAT
WAIMA GRUP INI DITUBUHKANPUN BERMATLAMAT
KALAU MATLAMATNYA UNTUK SEPI MENYEPI
MAKA SEPILAH HINGGA KE PENGHUJUNGNYA
DAN KU AMAT PERCAYA
ADMIN GRUP DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO
BERMATLAMAT UNTUK MEMARTABATKAN SASTERA MELAYU
DAN MENYATUKAN SASTERAWAN MELAYU DI 5 BENUA
KALAU TAK TAKKAN AKAN DITERBITKAN PUISI 5 BENUA KAN3
KALAU TAK... TAK AKAN DI BERI NAMA GRUP INI
DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO
BERSASTERA DALAM BERDIALOG
ADALAH SATU CARA MODEN ABAD KE 21 INI
INI CUMA PAK NAGA PAMUNGKAS SAJA YANG DAPAT MENJAWABNYA
KERANA DIA ADMIN KAT SINI...

KARYA: RATU RIMBA NIAGARA
12 Sept 2012

(PETIKAN DARIPADA WALL GRUP DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO)
12 Sept 2012


KITA HIDUP APA YANG KITA MATLAMATKAN

Zanag Zanovic berpuisi ...bersajak ...mau pun bermadah jgnlah di letak dgn harga sebuah pujian kerana bait2 ayat itu lahir dari hati yg memberi kepuasan bukan penghargaan........

40 minutes ago · Like

JANGAN MENGUBAH DIRIMU HANYA KERANA PENDAPAT
ORANG LAIN TENTANGMU
JANGAN BIARKAN MEREKA BAHAGIA TAPI SENDIRI TERSEKSA

PETIKAN DARIPADA RAKAN IT
RATU RIMBA NIAGARA
37 minutes ago · Like · 1

KITA HIDUP APA YANG KITA MATLAMATKAN

Duhai Zanag Zanovic...
Kalau aku mahukan penghargaan
Sudah lama aku berhenti menulis
Sudah lama aku tak bersiaran di grup ini
Biarpun karyaku tak di like aku tak kisah
Tapi di fb aku kisah
Kerana mereka adalah nadi sasteraku
Kalau hadirnya sepi menyepi
Ada seperti tak wujud
Ada seperti tak dirasa kehadirannya
Sedangkan Tuhan tak nampak tapi kita rasa
Ada wujudnya
Rasa ada-Nya dia
Malangnya aku punya teman fb yang ada sekadar syarat saja ada
Tapi hakikatnya tak pernah dia tahu kewujudanku
Ku tegur sapapun tak mahu jawab
Sedangkan kawan fbku adalah permata yang amat berharga
Kerana dia adalah sumber inspirasiku berkarya
Aku tak mahu bisunya bisuku
Sepinya sepiku
Hingga bawa sepi selamanya
Aku tak tega begitu...
Matlamat ku ber fb mencari rakan fb
Yang benar-benar memahami dunia sasteraku
Kerana masaku terlalu suntuk
Dan rakan-rakan fbku terlalu terhad
Jika ditakdirkan aku menjadi admin grup sastera
Aku pastikan semuanya berkarya
Jika sepi dan bisu je biarpun puluhan ribu ahlinya
Tapi ahli yang aktif adalah tak sampai 10% saja
Alangkah ruginya ada peluang bersuara
Ada peluang berkarya
Ada peluang memberi pendapat
Tapi dipersiakan
Tub...tub...dah mati...
Rugilah,,,jika sampai ke mati tak dapat
Bersuara...sedangkan masa ketika hidup
Terbentang luas...
Kita hidup apa yang kita matlamatkan
Jadinya tak perlukan perhargaan

Karya Ratu Rimba Niagara
11 Sept 2012

· 
TERIMA KASIH TEMAN-TEMAN GRUP SEMUA

Terima kasih teman-teman grup yag sudi
doakan adik angkat hamba zalia daud
yang tadinya dalam tenat tika pembedahan
sekarang ini menunjukkan tanda-tanda stabil
Syukur Ya Allah moga segera sembuh adikku zalia daud
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.

'ADINDA CINTA DAN KASIHKU TIADA PENGHUJUNGNYA PADAMU'
KU TUNGGUMU DI OMBAK RINDU

KEKANDAMU,
RABEAH MOHD ALI
10 Sept 2012
Like ·  ·


SETIAP KALI OMBAK MENDERU-DERU KAMI MERINDUKANMU SAYANG...

Dinda Zetty kasih dan rindu kami di ombak rindu
sentiasa ada untukmu dinda..
rindu menderu-deru di kalbu ini....
andai kata kau pergi dulu sebelumku
aku terdera rindukanmu sayang...
makanya kuatkanlah semangatmu sayang
untuk berjuang demi kasihku dan rinduku padamu sayang...
kami di ombak rindu sentiasa mendoakanmu agar Allah sudi meminjamkan kasihmu untuk kami semua di sini...sayang...
kita berjanji hidupkan grup ini seperti taman-taman
Syurga agar kita semua dapat hidup bersama di Syurga kelak...
persahabatan dan kasih sayang setulusnya kerana-Nya kita bersama semuanya di Syurga nanti...Moga kasih dan rindumu berpadu
bersama kita menguntumkan senyuman di Syurga .
Aamiiin Ya Rabbal A'Lamin

Itulah hikmahnya kenapa Allah bukakan hatimu menubuhkan grup Ombak Rindu...
Kerana saling rindu-rinduan
Rindukanmu
Rindukan-Nya
Rindukan Syurga

Jika adalah teruntuk pahala berkat penubuhan grup Ombak Rindu ini
akan masuk juga ke akaun akhiratmu akhiratku akhirat semua ahli grup
itulah matlamat semua yang menjadi ahli grup ini sayang....

Setiap kali ombak rindu menderu-deru
Aku rindukanmu sayangku Zetty Endless Love...
Cintamu sentiasa hidup di setiap kalbu penghuni Ombak Rindu....

Kami yang menyayangimu dunia akhirat,

MEWAKILI SEMUA KASIH DAN RINDU AHLI OMBAK RINDU,
KEKANDA RATU RIMBA NIAGARA
10 September 2012


~~Harapan Dibatasan Sepi Ini~~

Di senja itu
tika mentari tersipu menyembunyikan diri
burung-burung bertenggek dijendela
alunan ombak kian lemah kesepian
membelai kaki-kaki pelabuhan
yang tinggal kesunyian
dari tapak-tapak kaki
sekian jauh dalam kesamaran.

Lalu...
menjenguk rembulan penuh berwajah
menyulam cahaya dipetak-petak bumi
meredah setiap sudut malam
cengkerik mula mengatur pesta
merai tibanya malam di bawah guguran dedaun
sedangkan dalam celah-celah sepi itu
terpaku secebis perasaan yang terpacak
menanti harapan dibatas-batas sepi ini...

by, Lezaihasra Lm...
Sept. 10, 2012

Like · · Unfollow Post · Share

MENANTI HARAPAN DI BATAS-BATAS SEPI

Di senja ini
beburung berkicauan pulang ke sarangnya
setelah lelah seharian mencari rezeki
rezeki tak pernah mengecewakan
setiasa ada..diterima apa adanya
di senja ini dia bersyukur rezeki ada untuknya

Di senja ini
terpaku secebis perasaan terkesima
menanti harapan di batas-batas sepi
yang tandus kasihmu ada kasih-Nya
menanti kasihmu buatku terlara sepi
mendapat kasih-Nya sepiku menjadi
tenang dalam syahdu

Di senja ini
kasih dan rindumu kutunggu
biarpun kau tak sudi membalas aku pasrah
namun kasih-Nya juga tak jemu
membalut luka di hatiku agar hilang sepiku
dan aku bersyukur kerana kasih-Nya
setiasa ada untukku...

Di senja ini
aku kau sepikan
tapi DIA tak pernah sepikan
DIA sentiasa ada bersama sepiku
lalu aku terus merindu dan merindu pada-Nya
itulah pengubat sepiku yang gersang
seolah sepiku seperti sekuntum bunga
di padang pasir tandus sekar mekar
kerana cinta DIA sentiasa ada untukku
tak pernah biarkan aku kesepian

Di senja ini
di datangi gerimis senja
yang mengasyikkan
berpelangi hingga ke malam
aku teruja betapa indahnya gerimis senja
kerana cintamu seindah gerimis senja
begitulah cintamu pada-Nya
indah...indah...indah...
betapa cinta-Nya mengatasi segala
apa yang ada di langit dan di bumi
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
10 September 2012

KARYA LEZAIHASRA LM & RATU RIMBA NIAGARA
10 SEPTEMBER 2012


  • like this.
  • Fatimah Bt Husin Tim penuh keindahan 
    dlam jiwa
    dalm rasa
    bahagi rasa yg ada
    dla puisi 
    dla kata
    terpeson rasa
    terpegun jiwa raga
    ensyukuri setiap bait kata
    begitu terasa
    cintaku pecah
    searak jiwa.
  • Ratu Rimba Niagara dia puisi dia kata
    siapa dia itu yang di maksudkan itu Tim....hehehe
  • Fatimah Bt Husin Tim hehehe panjang ba tapi suka bacanya..apa yg di rasa itu kata hehehe.
  • Ratu Rimba Niagara Ini hikmahnya kita saling berbagi ilmu melalui puisi ...
    berpuisi dengan rasa insan yang teramat kerdil di Sisi-NYa.
    Yang penting matamu tak samping jadi juleng tika membaca nya ke
    rana pajang...maafkan aku Tim krana selalu menderamu. Cuma kamu sorang saja yang sudi baca karyaku ....cian...aku...peminatku cuma kau seorang...aku redho ye....hehee salam sayang untukmu dunia akhirat Tim...


    INDAHNYA CINTA LIMA BENUA

    BAHAGIA BILAMANA CINTA LIMA BENUA LIMA SAMUDRA BERPADU SEHATI SEJIWA SENADA SEIRAMA SEPERTI KUNTUMAN BUNGA-BUNGA DI TAMAN SYURGA MEWANGI DI HATIMU DI HATIKU DI HATI DI LIMA BENUA LIMA SAMUDRA MENEROBOS KE ANGKASARAYA MENYATAKAN INDAHNYA CINTA LIMA BENUA LIMA SAMUDRA

    BERTABURAN PERMATA-MATA SYURGA
    DI LIMA BENUA LIMA SAMUDRA
    DI DARAT MENJADI BUNGA-BUNGA SYURGA
    DI LAUTAN MENJADI PULAU DAMBAAN HAMBA YANG MENCINTAI-NYA

    CINTA- NYA MENJADI BURUAN PENCINTA-NYA
    CINTA-NYA MENJADI DAMBAAN PENCINTA-NYA
    JIKA SYURGA MENJADI DAMBAAN
    MAKA RUGILAH MATLAMAT HIDUP SEBENAR
    SYURGA TANDA CINTA YANG DICINTAI DIBALAS-NYA
    KERANA ITU PASTI
    KERANA JANJI-NYA ADALAH PASTI
    TAPI YANG PASTI KITA SALING SAYANG DAN KASIH DEMI-NYA
    KITA BERSAMA MENUJU KE JALAN-NYA
    DAN KITA SAMA-SAMA DAPAT BERTEMU DI SYURGA-NYA
    AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN

    INDAHNYA CINTA LIMA BENUA LIMA SAMUDRA
    MERENTANG BUMI MERENTANG LANGIT YANG TERBENTANG LUAS
    SELUAS CINTA-NYA SELUAS SYURGA-NYA...

    DI LIMA BENUA LIMA SAMUDRA
    KASIHKU KASIH LIMA BENUA
    SENTIASA MEWANGI
    SEWANGI SETULUS CINTA LIMA BENUA
    SEWANGI KUNTUMAN-KUNTUMAN BUNGA-BUNGA SYURGA
    SYUKUR YA ALLAH KAMI MAHU PULANG KEPADA-MU
    DALAM HATI YANG SUCI BERSIH
    SALING SAYANG MENYAYANGI KERANA-MU
    TIADA YANG LAIN DIFIKIRKAN HANYALAH
    MAHUKAN RAHMAT DAN NUR KASIH-MU
    YANG ABADI HINGGA KE NAFAS TERAKHIR
    AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    10 September 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;