• KASIH SAYANG KITA TERLALU INDAH

    Sayang ...kanda datang sayang...
    Membalut luka di hatimu
    Moga sayang segera sembuh
    Agar dapat kita bertemu
    Menyambung kasih kita yang terpisah
    Di alam realiti
    Sejujurnya
    Kusayang
    Sayang padamu
    Sayang dunia akhirat
    Sabarlah Tuhan bersamamu

    Tuhan tolong sembuhkan adikku
    Tuhan tolong pinjamkan kasih sayangnya untukku
    Tuhan aku masih memerlukannya Tuhan
    Belum puas aku merasakan kasih sayangnya
    Kumerayu sepenuh jiwa dan raga pada-Mu Tuhan
    Selamatkan adikku dari ujian-Mu ini
    Tuhan perkenankan doaku ini Ya Allah
    Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

    Dindaku yang disayangi dunia akhirat
    Sabarlah ye...
    Ingat Tuhan sebanyak-banyak-Nya
    Minta ampun pada-Nya
    DIA Maha Pengampun
    Maafkan kanda jika kanda ada buat salah padamu
    Percayalah dinda terlalu baik
    Kasih sayang kita terlalu indah
    Biar pun kita jarang berkomunikasi
    Atas kesibukanmu
    Rinduku rindumu tersimpul mati

    Dinda menunggu kanda
    Kanda menanti dinda di ombak rindu
    Agar kita dapat bertemu
    Menyatukan kasih kita
    Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

    Kekandamu yang menyayangimu,
    Ratu Rimba Niagara
    9 Sept 2012
    (PUISI DIKARANGKAN ISTIMEWA UNTUK ADINDA ZALIA DAUD YANG AKAN
    MENJALANI PEMBEDAHAN MOGA SELAMAT AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN)
    Like ·  ·  · September 9 at 7:46am
  • KASIH DAN CINTA HINGGA KE NAFAS TERAKHIR

    Kanda
    Terima kasih kerana sudi mencintai dinda
    Biarpun cinta kita terlalu banyak onak dan duri
    Kita tetap juga bertabah hati
    Biarpun kita pernah terpisah kasih
    Tapi kita kita tetap kasih

    Kanda ....
    Dinda jatuh cinta pada kanda
    Kerana kanda terlalu baik
    Kata-kata kanda tak pernah
    Mengguris hati dinda
    Kata-kata kanda
    Terlalu indah
    Penuh dengan kasih sayang sejati
    Mendatangkan kasih
    Mengundang iman
    Di setiap kata-kata kanda
    Pasti mengikatkan cinta
    Seorang hamba dengan Tuhan
    Lagi dinda cinta kanda
    Lagi kuat cinta dinda pada Tuhan
    ALLAHU AKHBAR
    Terlalu indahnya percintaan ini
    Saling cinta
    Saling sayang kerana-Nya

    Dari awal kita berkenalan
    Hingga ke akhirnya
    Kanda selalu kata
    "Sabarlah sayang...sabarlah sayang ....sabarlah sayang
    kasih dan sayang kanda hingga ke nafas terakhir kanda
    tiada siapa bertahta di hati ini hanya untuk dinda sayang
    cinta kanda hingga ke Syurga .
    Kuatkan semangat sayang.....kita akan tinggal di istana
    bahagia bersama dengan cahaya mata kita... kita bina
    keluarga bahagia...bahagia di dunia bahagia di akhirat"

    Ya Allah Kau panjangkanlah umur isteriku tercinta...
    Pinjamkanlah kasih sayangnya untukku lagi...
    Kau Maha Pengasih Kau Maha Penyayang...
    Aku redha dia sebagai isteriku
    Kusyukuri cinta dia yang Kau Kurniakan padaku
    Syukur sebanyak-banyak-Nya
    Kuredhakan hidup dan matinya
    Kerana dialah bidadariku
    Bidadari yang Kau kurniakan
    Patrikan cintaku hingga ke Syurga
    Perkenankanlah doaku ini Ya Allah
    Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

    Ya Allah andaikata kau panjangakan usiaku
    Aku mahu menjadi isteri soleha
    Aku mahu menjadi ibu mithali
    Rumahtanggaku
    Rumahku Syurgaku
    Hidupku tiada lain yang kufikirkan
    Melainkan kebahagiaan suamiku...redha suamiku
    Kerana redha suamiku adalah redha-Mu"

    Kanda itulah janji dinda pada Tuhan
    Tanda dinda cintakan Allah
    Tanda dinda sayangkan kanda
    Kerana kasih dan cinta dinda pada kanda kerana-Nya
    Cinta dinda hingga nafas terakhir
    Moga cinta kita terpatri hingga ke Syurga
    Kerana cinta kita sudah tercatat di Lauhmahfuz
    Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.

    Yang mencintai kanda hingga ke nafas terakhir.
    Isterimu Zalia Daud
    9 September 2012

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    9 September 2012
    (KARYA DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK ADINDA ZALIA DAUD
    MOGA CINTAMU TERPATRI HINGGA KE SYURGA AAMIIN)
    Like ·  ·  · September 9 at 8:32am
  • Maya Lya created the group.
    Like ·  ·  · September 8 at 9:13pm