AKU BERKARYA BUKAN KERANA MENCIPTA NAMA ATAU SANJUNGAN MANUSIA
Ratu Rimba Niagara shared Prince Abdul Malik's status.
2 hours ago
Reminder:
"Wahai orang yang beriman! Janganlah suatu kaum lelaki mencemuh kaum lelaki yang lain, kerana boleh jadi mereka yang dicemuh lebih baik dari mereka yang mencemuh dan jangan pula perempuan-perempuan mencemuh perempuan lain, kerana boleh jadi perempuan yang dicemuh lebih baik daripada perempuan yang mencemuh. Janganlah kamu saling mencela antara satu sama lain dan janganlah saling memanggil dengan gelaran-gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah panggilan yang buruk (fasik) setelah beriman. Dan barangsiapa tidak bertaubat, maka mereka itulah orang yang zalim." (Surah al-Hujurat : 11)
Ratu Rimba Niagara duhai kanda marilah kita sama berbakti,
pada Tuhan pada semua hamba-Nya;
biarlah hati kita dilukai disakiti,
berbakti tetap berbakti sampai mati.
5 hours ago · Like
Ratu Rimba Niagara kasihmu kasihku tersimpul mati,
tak akan ada penyelewengan cinta;
kerana kita mahu hidup diberkati,
sampai mati Allah jua tetap diCinta.
5 hours ago · Like
Ratu Rimba Niagara duhai kanda berjanjilah pada dinda,
menabur budi jangan harap balasan;
semuanya kerana Allah diCinta,
pasti ketenangan sebagai balasan.
5 hours ago · Like
Ratu Rimba Niagara sampai disini pantun terhenti,
dikarang istimewa untuk kanda tercinta;
cinta kita jangan terhenti,
moga sampai di Syurga kita bercinta.
5 hours ago · Like
Temul Amsal .
ratu rimba memakai jilbab
berwarna biru tenunan asli
maafkan aku tak sempat nak jawab
akhirnya kamu berpantun sendiri
4 hours ago · Like
Ratu Rimba Niagara setiap hati membeli kebab,
kebab dibeli dijamah sendiri;
siapalah aku sudi menjawab,
kujual pantun jawablah sendiri.
4 hours ago · Like
Temul Amsal .
di rumah Wak Saleh ada kenduri
hidangan makan sambil berdoa
kamu tak boleh jawab sendiri
biarkan teman ikut bersama
4 hours ago · Like
Ratu Rimba Niagara hari-hari pergi ke taman,
menghirup udara segar yang aman;
sampai mengantuk kutunggu teman,
hingga kini tiada sudi menjawab pantun.
4 hours ago · Like
Sri Mawar .
Kalau bahasa indah tersohor
menarik minat orang perhati
kalau pantun bahasa bertabur
orang malas hendak hayati.
21 minutes ago · Like
Sri Mawar .
Enak di makan nenas jelatah
makan kenduri di Kampung Kedah
bila ditegur jangan melatah
baiki diri dalam bermadah.
19 minutes ago · Like
Temul Amsal .
jadikan nangka sayur ketupat
tumbuk lumat sambal lada
biarlah apa dia nak buat
saling hormat perlu dijaga
17 minutes ago · Like
Ratu Rimba Niagara diriku tak sesempurnamu,
pandai berbahasa bila berpantun;
bahasamu indah ramainya temanmu,
kumuhasabah diri bila berpantun.
a few seconds ago
Ratu Rimba Niagara duhai teman pantunku,
ajarlkanah aku berpantun;
aku tak sehebatmu,
patutlah karyaku disampahkan.
a few seconds ago
Ratu Rimba Niagara Jika ku berpantun membuatmu marah,
Aku disini dijemput berpantun;
Kau tak sudi baca ku tak marah,
Tak akan ku melatah bila berpantun.
a few seconds ago
Ratu Rimba Niagara Di grup antah berantah kau menyampah,
Kata karyaku berdebu macam kaca tak berharga;
Aku bersabar dikatakan karya sampah,
Cuma yang kuharapkan persahabatan berharga.
a few seconds ago
Ratu Rimba Niagara Kuhentikan siaran karyaku di grup antah berantah,
Gara-gara tak tega dibakul sampahkan karya;
Tak payah kutukku jika menyampah,
Aku pun akan hentikan bersiaran karya.
a few seconds ago
Ratu Rimba Niagara Di mana-mana ada kamu,
Kusangkakan kamu semulia hati;
Apa dosaku pada kamu,
Karyamu kusanjung teramat tinggi.
a few seconds ago
Ratu Rimba Niagara Inikah dikatakan kawan sastra,
Iri hati tak habis-habis;
Macamlah aku ini hebat bersastra,
Hatiku selalu diracik lagi dihiris.
a few seconds ago
Ratu Rimba Niagara Maafkan aku duhai teman,
Aku tak tega berpantun di sini;
Sungguh kecewa hatiku teman,
Ketiadaanku berpantunlah sampai mati.
a few seconds ago
Jari sepuluh kuhulurkan,
Pada semua teman yang budiman;
Ku terpaksa mengundurkan pantun,
Tujuan kuberpantun inginkan demaian.
Biarpun berpisah di grup ini,
Kenangan di sini sentiasa di hati;
Berpantunlah sepenuh hati,
Jangan sampai saling melukai.
Salam kemaafan kupohoni,
Pada semua sahabat di sini;
Jangan dikisahkan diriku lagi,
Apapun semuanya sudah kumaafi.
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
20 Oktober 2012
;
0 comments:
Post a Comment