Saturday, 20 October 2012

BERKASIH SAYANG SEPERTI BERADA DI TAMAN SYURGA




Ratu Rimba Niagara was tagged in Love Emotion Sentiment & Life's photo.
♥♥♥♥♥♥♥♥
Unlike ·  · 7 minutes ago · 
  • You and 174 others like this.
  • Tammie Burris VERY NICE !
    9 minutes ago · Like · 1
  • Ingrid Backhaus Paradise on earth...could become true, if mankind would be in LOVE with every creature - we all are ONE! Namaste´
  • Gerda Pretorius Beautiful!!xxx
  • Layla Bississo Colorful heart it ,thanks
  • Ratu Rimba Niagara PANTUN BERSAHABAT DAN BERCINTA KERANA ALLAH

    Kumahu hidup bagaikan di Syurga,
    Apabila berbicara seperti ahli Syurga;
    Bersahabat mereka impikan Syurga,
    Moga terpilih menjadi ahli Syurga.

    Tiada lebih berharga di dunia ini,
    Mendapat sahabat beroleh hidayah-Nya;
    Biarpun jauh tapi tidak sendiri,
    Saling ingat mengingat dalam Nur Kasih-Nya.

    Tiada diduga perkenalan kita,
    Semuanya kehendak Allah Yang Esa;
    Moga saling berbaik sangka sesama kita,
    Mengeratkan talisiraturrahim mendapat redha-Nya.

    Bersahabat atas dasar kerana Allah,
    Saling berkorban untuk redha-Nya;
    Berkorban biar dipandang Allah, 
    Kupanjatkan syukur mendapat restu-Nya,

    Seorang sahabat hatinya tulus,
    Sentiasa ingat mengingati;
    Demi persahabatan suci ikhlas,
    Apabila tiada akan diingati.

    Duhai sahabatku yang disanjungi,
    Hidupmu seperti pelangi;
    Apabila bertutur setulus hati,
    Moga dikau menjadi sahabat sejati.

    Hidup penuh keceriaan dalam keikhlasan;
    Perkenalan kita tidak disengajakan;
    Moga persahabatan berkekalan,
    Dibalas Allah dengan keberkatan.

    Jangan dipendam segala perasaan,
    Sahabatmu ini sedia dengari;
    Pasti hidupmu tiada kesepian,
    Agar ceria hidupmu setiap hari.

    Ibumu sakit hatimu bimbang,
    Hatimu pilu bukan kepalang;
    Jasa ibumu takkan hilang,
    Kau jaganya dengan kasih dan sayang.

    Sahabatku kalau itu bagai dikata,
    Akulah sahabat paling bertuah;
    Gembira hati tidak terkata,
    Ikatan persahabatan jangan mengalah.

    Kuucapkan salam perkenalan,
    Untukmu semua sahabat fbku;
    Di alam maya kita disatukan,
    Senyumanmu menghiburkan hatiku.

    Mas iman kau bagaikan anakku,
    Rangkaian kasih ibumu yang tiada;
    Justeru sentiasa doakan ibumu,
    Budinya membawamu ke alam Syurga.

    Duhai Putri ku yang dikasihi,
    Balaslah cintanya kerana Allah;
    Kerana itu kau akan dihormati,
    Menjadi isteri soleha dalam Rahmat Allah.

    Kita tak boleh menilai diri sendiri,
    Tapi pandanganku kau seorang yang baik;
    Jadikan usia remajamu hidup menyinari,
    Moga dikau menjadi insan terbaik.

    Tiga sahabat wajah berseri,
    Melakukan ibadat umrah seikhlas hati;
    Mendapat keredhaan Allah itu dihajati,
    Murah rezeki panjang umur datanglah lagi.

    Alhamdulillah syukur tidak terucap,
    Kerana dikurniakan sahabat sepertimu;
    Kehadiranmu penyeri hidup,
    Moga sahabat dunia akhirat itu mahuku.

    Semua orang berhak jatuh cinta,
    Kerana itu lumrah manusia;
    Cintamu ditolak jangan terasa,
    Kerana hatinya sudah dimiliki cinta.

    Cintailah dia kerana Allah,
    Cinta seutuhnya membawamu ke Syurga;
    Membalas cintamu kerana Allah,
    Barulah cintamu seperti penghuni Syurga.

    Rupamu menawan seindah budi,
    Tutur katamu menawan hatiku;
    Andai dikau menjauhkan diri,
    Hancur segala ikatan murni.

    Jika cinta telah tertulis di Sana,
    Itulah cinta seutuhnya;
    Kehadirannya membawamu ke Sana,
    Bersyukurlah cintanya cintamu dalam restu-Nya.

    Cintailah pilihanmu kerana Allah,
    Jangan seiring kehendakmu;
    Biarlah seiring kehendak Allah.
    Pasti cintamu tiada rasa jemu.

    Jangan ada benci di antara kita,
    Kerana itu jauh dari rahmat Allah;
    Tutur katamu seperti di Syurga,
    Moga bersama di Syurga dimakbulkan Allah.

    Yang baik itu dari Allah,
    Yang kurang dari diriku sendiri;
    Bertalisiraturrahim kita kerana Allah,
    Tiada langsung perasaan iri.

    Bersahabat bercinta kerana Allah,
    Serasa hidup di alam Syurga;
    Berkasih sayang kerana Allah,
    Nikmat kehidupan seperti di Syurga.

    KARYA PUTRI RIMBA.
    27 April 2012
    April 27 at 3:28pm · Like · 5

    Hajah Rose ksih syg,sgt pnting,bg manusia,sdg kan haiwan pun tau akan ksih syg..
    April 27 at 3:29pm · Like · 1

    Rose Qasehnurain Terima kasih sahabat ku yg baik hati ~♥~♥~
    April 27 at 3:36pm · Like · 1

    Ratu Rimba Niagara Boleh lah sikit nak kongsi sama muslimin muslimat tersayang demi kasih dan sayang....macam mana ok tak pantunnya Love Manja...
    April 27 at 3:40pm · Like · 2

    Ratu Rimba Niagara Terima kasih ye...moga siapa yang membacanya mendapat Nur Hidayah Kasih dari-Nya ...Aamin...Aamin...Aamin Ya Rabbal A'Lamin
    April 27 at 3:44pm · Like · 1

    Rosaishah Ghazali Kasih sayang itu perlu di dlm kehidupan kita sehari hari...t/kasih sahabatku Roos Muri Shah...
    April 27 at 3:46pm · Like · 1

    Ratu Rimba Niagara Salam sayang dariku untuk semua...dunia bawa ke akhirat...Insya-Allah Aamin.
    April 27 at 3:48pm · Like · 2

    Insan Penyayang sapa nak berkasih sayang ngan insan mai la...
    April 27 at 4:14pm · Like · 1

    Noor N. Sulaiman tkasih Roos Muri Shah..mmg betul sgt la tu..
    April 27 at 4:15pm · Like · 1

    Roos Muri Shah Terima kasih Jamilah Arifin..sudi hadhir ke halaman saya ni..
    April 27 at 4:20pm · Like

    Roos Muri Shah Terima kasih Ani Acik..hadhir kehalaman saya ini
    April 27 at 4:21pm · Like · 1

    Roos Muri Shah Terima kasih Ratu Rimba Niagara..menghadhirkan diri kehalaman saya ini..
    April 27 at 4:22pm · Unlike · 1
    (PETIKAN DARIPADA WALL ROSS MURI SHAH)
    20 Oktober 2012
    ·

0 comments:

Post a Comment

 
;