KITA PERLU DIKRITIK APA LAGI DALAM PUISI
AGAR BOLEH MENJADI KARYA EMAS..
kita perlu kritik, dengannya kita dapat lebih baik. apalagi dalam puisi.
Like · · Unfollow Post · September 14 at 12:38pmAsmira Suhadis likes this.
PUISI BAGAIKAN KACA TAK BERHARGA
Nurfirman Arrufi
puisilah kamu
Boleh aku cuba kritik puisimu
Asal aku boleh memperbaiki puisiku yang bagaikan pasir berdebu
Agar karya itu boleh kugilap menjadi emas...
Berkat kritikanmu
Hingga sekarang puisi ku banyak
Tapi tiada sudi yang kritik
Kalu kritik pun mereka bilang puisiku bagaikan kaca tak berharga...
Mendengar katanya aku jadi sayu
Kerana baru kutahu nasibnya sepertiku
Puisi yang berdebu-debu tak bernilai
Kerana tidak mahu dikritik oleh
Si pengkritik sastra ternama dan terhadal seperti kamu
Biarpun kamu masih bayi
Sudah pandai berpuisi dan mengkritik
Kamulah bakal Sastrawan Nusantara yang dibanggakan
Seluruh dunia nanti
Tahniah dariku duhai Sastrawan Nusantara.
September 14 at 3:16pm · Like · 1
Nurfirman Arrufi Ratu Rimba, mohon doa. mari sama-sama menari..!! ^_^
September 14 at 9:21pm · Unlike · 1
Ratu Rimba : Menari apa tu ye...kamu bisa ke menari sebab kamu masih bayi lagi ye...comel kamu nih....hi geramnya tengok kamu pandai berpuisi dan mengkitik tapi tak pandai menari...hehehehe
September 14 at 9:23pm · Like
Kalau kamu pandai berpuisi aku mahu cadangkan namamu untuk disiarkan puisimu di djmyfm ...mahu ke kamu bukin puisi yang mantap gitu...agar tak ada peluang orang mahu komen dong...bila mereka baca dan dengar terus ajak kamu menari kerana terlalu gembira....hehehe
September 14 at 9:26pm · Like
Nurfirman Arrufi hehe.. kita dilahirkan bersama tarian, kak. dan setiap tarian, memiliki kecendrungan dan bentuk masing-masing. kita hanya bisa menuju ke arah yang lebih baik, dengan berusaha untuk melakukan yang terbaik.
September 14 at 9:30pm · Unlike · 1
Ratu Rimba: Iye adikku...tapi kan..kamu bukan adikku kamu adalah cucunda ku selagi kamu berwajah bayi....hehehe harap cucunda jangan marah ye...nenda sayang padamu kerana langkah kita sama tapi cuma berbeda benua...hehehehe kerana kita adalah nusantara miliki bulan bintang matahari yang sama dikongsi...hehehe
September 14 at 9:59pm · Like · 1
Nurfirman Arrufi yayaya.. lain kali, saya ganti foto. hehe.
September 14 at 10:01pm · Unlike · 1
Ratu Rimba heheheh pastikan ya ada titik dong...hehehe
September 14 at 10:05pm · Like · 1
Nurfirman Arrufi oke.
September 14 at 10:07pm · Unlike ·
PUISIMU PENGUBAT RINDU
Kusenyum dalam terbungkus rindu
Terima kasih Norsiah Kandar kau rakan sastra
Memahamiku
Kerana dunia sasteraku adalah dunia sasteramu jua
Sebab itu kita diketemukan-Nya di sini
Maka kita saling menghargai
Saling berbalas puisi
Dalam mesra di hati
Berbunga rindu
Pasti puisi dikarang
Terjelma kasih berpadu di hatiku hatimu
Jika sehari tak ketemu puisimu
Pasti kurindu
Jika kau tak mahu aku merinduimu
Berpuisilah setiap hari
Sebagai pengobat rindu
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
15 Sept 2012
Dalam peti ada hati,
Hatimu hatiku,
Kasih berpadu di hati,
Namamu namaku.
SASTRA SENUSANTARA DI RADIO DjMyFm
'SATU DUNIA SATU SUARA'
Temul Amsal :dialog bernama borneo sastra
berujuk pada bahasa melayu
kedatangan saudara memberi gembira
kreatifitas anda selalu ditunggu
SASTRA SENUSANTARA DI DJMYFM
di sini semuanya pengkarya
sentiasa bersiaran karya
rugi kalau tak berkarya
biarpun sebaris karya
semuanya akan baca karya
dalam bisu semua berkarya
semuanya berdailog karya
sebab itu diberi nama
GRUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
tak berdialog
tak berkarya
rugi ada peluang berkarya
dibiarkan sepi dalam berkarya
dibiarkan sepi dalam berdialog karya
jadilah pepatung karya sepi
makanya berkaryalah
biarpun sebaris karya
biarpun sepatah dialog
tanda dukungan/sokonganmu
dalam dunia
SASTRA SENUSANTARA
Dan ini hadiah kita
UNTUK GENERASI AKAN DATANG!
Dan tunggulah siarannya
di RADIO djmyfm
yang dikelolakan
oleh Dj Ramz
seorang pujangga dan
peminat sastra
kerana azamnya mahu
memartabatkan sastra Senusantara
agar terkenal di pelosok dunia
Terima kasih yang mencetuskan idea
Untuk mempedengarkan
Puisi-puisi kami di alam maya
Sekalung budi
Sekalung tahniah!
Daripada kami
GRUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
untuk DJMYFM
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
17 Sept 2012MENGGAPAI BINTANG DI LANGIT KE TUJUH
Duhai kanda ...
Kita berkenalan negeri antah berantah
Hampir dua tahun dinda di situBerbakti bersiaran karya tanpa henti
Tanpa jemu tanpa lelah
Biarpun di musim tengkujuh dinda
Masih bertahan
Meratah segala penghinaan
Karya dinda yang tak sehebat mereka
Dinda berkarya dalam jiwa terlara
Tapi demi sastra tercinta
Dinda sabar
Walau pun tiada yang sudi datang
Membalas puisi-puisi dinda
Mahupun like
Dinda tak kisah itu semua
Kerana dinda tetap bersangka baik tika berkarya di situ
Tetapi semenjak tiga serindit itu datang
Menyusup masuk ke situ
Bagaikan
Langit seluruh negeri antah berantah
Akan berantakan
Bergaduh sesama sendiri
Semua cerita lama timbul
Kutuk mengutuk
Hina menghina
Malunya dinda Tuhan saja yang tahu
Kiri kanan depan belakang
Dinda dinista dihina
Hingga airmata ini
Membanjiri seluruh
Negeri Antah Berantah
Yang dinda kesalkan
Hingga kini
Yang pernah mengaku dindalah
Sahabat sastra dunia akhirat
Pun bersengkokol dengan 3 serindit
Dan mereka yang lain juga begitu
Semua puisi-puisi mereka yang disiarkan
Mematikan urat saraf
Dinda untuk bersastra di situ
Tahulah dinda mereka
Memang tak suka dinda
Berkarya di situ lagi
Yang lagi dikesalkan
Pemerintah yang dinda percaya
Sepenuh hati bersekongkokol dengan
Rakyat jelata mereka di situ
Amat mengecewakan
Makanya dinda mengambil keputusan
Tidak bersiaran karya di situ lagi
Hanya meratah penghinaan
Mereka ke dinda
Walaupun dinda sudah tidak
Bersiaran karya di situ lagi
3 serindit apa lagi
Berterbangan sambil berkicauan
Mengeilingi jenazah sastra
Yang disahut oleh seluruh
Penghuni negeri antah berantah
"Mampus kau di situ!
Bangkai...bangkai... puisimu
Tak kira berada di mana-mana
Akan kami bangkaikan
Sepertimana kami bangkaikan kamu
Duhai bangkai yang telah dibangkaikan
Haa...hahahaha...
Kami menang.....!!!!!"
Duhai kanda ...
Maafkan dinda jika telah menganggap
Kanda pun begitu juga kepada dinda
Tahukah kanda...
Dari apa yang dinda lalui di situ
Hati dinda bagaikan berkecai..kecai
Hancur lumat selumatnya...
Tiada satu pun yang ada ruang bahagia
Semuanya derita yang merosak jiwa sastra dinda
Sejujurnya dinda amat trauma
Apa yang berlaku di situ
Dan dinda tak akan izinkan
Perkara ini berulang lagi
Jika ada tiga serindit
Mengekori dan suku sakatnya
Di mana ada karya dinda bersiaran
Makanya dinda akan matikan siaran dinda di situ
Kerana dinda tak suka...taka suka...
Tiga serindit itu bermaharaja lela
Membunuh impian dinda untuk
Menggapai bintang di langit ke tujuh
Untuk dinda hadiahkan kepada
Cucunda cucunda SeNusantara Tercinta...
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
27 Sept 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment