Monday, 8 October 2012

RATU RIMBA NIAGARA MARI KITA BANGUNKAN SEBUAH NEGERI PUJANGGA PESONA SASTRA NUSANTARA CAHAYA PERDAMAIAN DUNIA




WARKAH ISTIMEWA UNTUK YANG MULYA ADMIN GROUP

BismillahirRohmanirRohim
Asssalamualaikum wr wb

Kepada Yang Mulya Admin group
Majlis Pangkuan diRaja Kesultanan Melayu Islam Nusantara...

Izinkan hamba bertanya dan memberi beberapa cadangan bagi menaik
tarafkan Kualiti Group Yang Mulia ini kerana hamba percaya 100%
semua ahli group terdiri daripada kerabat diRaja, bangsawan , pahlawan,
cendiakawan,pemikir ...hamba cumalah seorang hamba dari rimba yang tiada mempunyai apa-apa darjat mahu pun harta...tinggal menumpang di rimba niagara atas ehsan penghuni rimba yang menyelamatkan hamba dari mala petaka
yang amat dahsyat daripada dunia manusia.

Di rimba niagara inilah tempat yang hamba dambakan daripada segala kemelut
masalah manusia yang tak habis-habis masalahnya.

Di rimba niagara ini hidup kami saling:

1. Hormat menghormati
2. Menyanjungi
3. Saling berbagi ilmu
4. Berkasih sayang
5. Bergotong royong
6. Saling membantu
7. Saing menghargai bakat kurniaan dari Ilahi
8. Jika ada masalah bermuzakarah
9. Mengambil keputusan hasil dari muzakarah
10. Sentiasa berkomunikasi dengan bahasa santun (tidak menyakitkan hati)

Di rimba niagara ini tidak akan ada:

1. Fitnah menfitnah
2. Berbangga diri dengan darjat
3. Dendam mendendami
4. Cemburu
5. Tiada bahasa kasar yang boleh mengundang kemarahan
6. Tiada wujud perselisihan
7. Tiada mementingkan diri sendiri
8. Berkata ikut suka
9. Hina menghina sesama sendiri
10. Sindir menyindir (kerana rasa diri sempurna)

Hamba bersyukur dapat hidup di Rimba Niagara ini hidup
aman damai tenang dan berkasih sayang pada seluruh penghuni rimba
inilah kehidupan yang hamba dambakan sejak dulu lagi
di rimba ini daunan kasih pengikat kasih yang diutamakan dan amat penting sekali dalam menjalani kehidupan harian tidak seperti di luar sana biru,hijau merah unggu
menjadi buruan, pangkat, darjat, harta kekayaan yang dimatlamatkan sampai mati.

Setiap penghuni rimba semua berebut-rebut ingin berbakti demi keharmonian
dan kesejahteraan seluruh penghuni Rimba Niagara makanya hamba dilantik
menjadi Ratu Rimba Niagara Untuk Memerintah Rimba Niagara.
sudah banyak kali hamba menolak tawaran untuk menjadi ratu ...memadai hamba
berbakti dengan karya-karya hamba pada penghuni rimba itu sudah memadai..
tapi mereka hendak juga...itupun mengikut amanat perwira hamba yang mati lemas ketika mencarikan mahkota di dasar laut ombak rindu di negeri antah berantah.
Si Kunta Si Kunte adalah perwira hamba yang sudah mati. Merekalah selama ini menjadi pendorong menyubur semangat hamba untuk berkarya...mereka jugalah yang melarang hamba untuk menghantar karya di mana-mana grup jika semata untuk disakiti hati katanya,'Tuan Putri Alam Nilam Purnama yang disayangi sepenuh jiwa janganlah sedih jika mereka tak like tak baca karya Tuan Putri...kami di sini sentiasa suka dan teramat teruja membaca karya tuan putri lagi kami baca lagi kami rindu...rindu akan kebaikan....rindu untuk bertemu dengan Tuhan yang mencipta Tuan Putri dan mencipta hamba juga...biarpun hamba sekalian penghuni rimba cumalah haiwan tapi hamba sekalian tetap bersyukur dihidupkan di bumi ini untuk menyempurnakan kehidupan manusia saling lengkap melengkapi. Jiwa kami ini hanya Tuan Putri saja yang faham sebab itu Tuhan izinkan Tuan Putri dihadirkan ke kami sesungguhnya kami bersyukur sebanyak-banyak-Nya atas kurniaan ini. Terima kasih tuan putri kerana sudi hidup susah payah bersama kami di rimba niagara ini."

Jika tuan putri dimasukkan nama ke mana-mana grup tuan putri tanyalah soalan-soalan ini jika mereka menjawab dengan jelas barulah tuan putri terus kekal menyiarkan karya. Jikalah karya tuan putri tidak dibaca tidak di like tak mengapa tuan putri malaikat dan Allah sentiasa bersama Tuan Putri membaca menyemak menghayati meng like karya Tuan Putri selagi karya tuan putri tidak menyimpang dari kehendak Tuhan. Tapi jikalah setiap karya tuan putri sudahlah tidak di like dikeji dihina seolah Tuan Putri ini seperti robot tidak punya hati dan perasaan tapi robot pun cerdik boleh mengatakan pada tuan putri berehatlah tuan putri dari mengarang kerana tuan putri bukan robot. Macam mana itu ye jika robot mengatakan tuan putri bukan robot? sedangkan dia robot. Pening juga mahu dijawab soalan itu...begitulah canggihnya pemikiran robot sekarang .

Tuan putri ingat pesan hamba jangan sesekali tuan putri bazirkan air mata jika mana-mana ahli grup menghina mengeji mengutuk karya tuan putri ....jangan jawab kata-kata mereka itu...tuan putri keluar saja dari grup tersebut tanpa mengucapkan selamat tinggal. Tak guna tuan putri berbalas-balas jawapan kepada manusia seperti itu kerana mereka rasa hidup mereka sempurna dengan kebijaksaan lebih daripada orang lain sebab itu mereka jadi begitu.

Oh ya...lupa hamba suruh tuan putri tanya kepada admin grup pabila tuan putri dimasukkan nama:

1. Siapakah admin grup
2. Berapa admin yang ada
3. Berapa orang ahli jawatankuasa yang ada di grup
4. Apakah misi dan visi grup ditubuhkan
5. Adakah admin selalu memantau setiap yang dipostkan
ahli di wall grup
6. Adakah admin mengadakan syarat-syarat menjadi ahli?
contohnya:
a. ahli mesti mengunakan gambar sebenar
yang terang dan jelas ini bagi mengelakkan
ahli ahli sewenangnya berkata ikut suka hati

b. dilarang menggunakan bahasa kesat hina
menghina kutuk mengutuk kerana ini akan
menimbulkan pergaduhan. Jika berlaku juga
setelah diberi amaran ahli tersebut
hilang kelayakan menjadi ahli

c. admin berhak menanyakan nama sebenar
jika ahli menggunakan nama pena

7. jika mana-mana ahli tidak memberikan apa-apa sumbangan
idea tidak memberi impak kepada grup selama 14 hari berturut-turut
dengan sendirinya kehilangan kelayakkan menjadi ahli...kerana tujuan
ditubuhkan grup ini hanyalah untuk saling berkerjasama kepada admin
untuk menjayakan misi dan visi admin kenapa ditubuhkan grup
semuanya ke arah menjayakan bukan memusnahkan. Biarlah ahli
sikit asalkan aktif semuanya.Kita mahukan kualiti bukan kuantiti.

8. Setiap post ahli yang memberi impak kepada menjayakan misi
dan visi grup hendakah disimpan sebagai rujukan grup lebih senang
di dokumen kan agar terpelihara...mana-mana post tidak selari dengan
kehendak admin grup hendaklah dilupuskan.

9. Semua post ahli boleh diberi komen yang membina bukan
membidas hingga yang hendak meng post tiada keyakinan lagi
untuk post yang lainnya sedangkan idea mereka itu mustahak untuk
disampaikan...manalah tahu jika mati tidaklah idea yang bernas dibawa
mati sama tanpa diketahui apa yang hendak disampaikan...jangan
menyekat idea yang ingin dilontarkan...mungkin idea yang ingin dilontarkan
itu memberi manfaat kepada generasi akan datang sebagai warisan bangsa
SeNusantara

10. Perbezaan pendapat itu biasa ...tapi berdebatlah dengan cara berhikmah
dan bijaksana agar tiada hati-hati disakiti kerana kita semua bukan robot yang
tak punya hati dan perasaan. Kita tetap manusia yang lemah ada kalanya
rasa tercabar dan hilang kewarasan apabila dihina dan dikutuk tanpa
pembelaan diri. Makanya sentiasa hati-hatilah dalam berkata-kata. Lekaslah
minta maaf jika ada mana-mana ahli yang terasa hati atas kata-kata yang kita
lontarkan itu.

Sekian sahaja yang hamba dapat lontarkan idea pada hari ini kepada semua
ahli grup yang mulia ini dan kepada admin grup sudilah menjawab soalan-soalan yang dikemukan hamba jika tidak keberatan.

Akhirkata hamba menyusun sepuluh jari memohon maaf jika sekiranya ada kata-kata hamba yang mengguris hati para ahli di grup yang mulia ini.

"SETIAP YANG BAIK ITU DATANG DARI-NYA
YANG LEMAH ITU ADALAH DARI HAMBA SENDIRI"

Sekian . Wassalam.

Sembah patik harap diampun...
Ampun Tuanku
Daulat Tuanku!

Daripada hamba;

Putri Alam Nilam Purnama
Ratu Rimba Niagara
Istana Rimba Niagara
Malaysia/Indonesia
4 Oktober 2012
Like ·  ·  · October 4 at 9:00am
  • Khai NoorTengku Zubir and Adel Fadel like this.
  • Ratu Rimba Niagara WARKAH UNTUK YM KEDATON KRATON WAHYU UTAMA

    BismillahirRohmanirRohim
    Assalamualaikum Wr Wb

    Yang DiMuliakan Kedaton Kraton Wahyu Utama
    dan seluruh kerabat diRaja Seluruh SeNusantara

    Hamba bukanlah seorang yang berketurunan diRaja...
    tapi hamba ingin sekali untuk menyelami dunia diRaja
    apa yang ada disanubari seseorang Raja itu...
    makanya di setiap karya hamba 
    hamba menggunaka nama pena Ratu Rimba Niagara
    yang memerintah kerajaan rimba di Niagara
    walaupun kerajaan Niagara cumalah ilusi hamba
    tapi ianya adalah dunia realiti yang diinginkan seorang raja 
    kepada seluruh rakyatnya

    Dengan adanya karya-karya diRaja yang dipaparkan 
    kepada rakyat jelata secara tidak langsung
    rakyat jelata dapat memahami kehendak raja
    mengenali hati budi Raja yang sememangnya
    mahu berganding bahu bersama rakyatnya yang tercinta
    bukan darjat yang menghalang untuk rakyat
    mendekati raja...
    tiada maknanya rakyat tanpa raja
    tiada maknanya raja tanpa rakyat
    makanya raja dan rakyat berpisah tiada

    Moga semua karya-karya yang diilhamkan
    Ratu Rimba Niagara 
    dapat diterima di kalangan Raja dan jua rakyat
    kerana ianya ditulis untuk menyatupadukan 
    hati raja dan rakyat SeNusantara
    agar saling menghargai
    kewujudan institusi diRaja 
    yang ada di seluruh Nusantara 
    di bumi yang bertuah ini
    makanya tercapailah hajat
    Ratu Rimba Niagara
    memartabatkan 
    Institusi diRaja SeNusantara
    moga cita-cita ini mendapat sokongan/dukungan
    seluruh Raja dan seluruh rakyat SeNusantara
    DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!

    Ingatan tulus ikhlas daripada:
    Rabeah Mohd Ali
    Ratu Rimba Niagara
    Istana Rimba Niagara
    Malaysia/Indonesia
    23 September 2012
    September 23 at 1:25pm · Like
  • Kedaton Kraton Wahyu Utama Karena kehendakaku Jadilah seorang RATU PUJANGGA DUNIA KEAGUNGAN KARYA SASTRA NUSANTARA CAHAYA PESONA KEDAMAIAN DUNIA PENUH GEMA CINTA KASIH SAYANG DAN KEDAMAIAN DUNIA MENUJU KEINDAHAN KEAGUNGAN KEDAMAIAN DI AHKIRAT ........... dan bersama ku Mari kita Bangunkan Sebuah Negeri Pujangga ...Pesona Sastra Nusantara Cahaya perdamaian dunia ...........
  • Ratu Rimba Niagara Jikalah benarlah wujud sebuah negeri Pujangga Pesona Sastra Nusantara Cahaya Perdamaian Dunia...maka dengan izin-Nya berpijaklah di alam nyata tidak lagi di alam ilusi seperti mana yang dikatakan mereka itu. Makanya syukurlah hamba apa yang diusahakan dan didambakan menjadi realiti. Terima kasih kepada YM Kedaton Kraton Wahyu Utama kerana sudi menjadi alam ilusi menjadi realiti yang boleh dilihat dengan nyata semua-Nya dengan izin-Nya...Insya-Allah Aamiin.
  • Rd Shimah Ratu rimba negara...nama anda tiada dlm data base di kedua negara...and remember the sky is no limits...tq
  • Ratu Rimba Niagara Perlukah ada nama untuk seseorang itu mengarang?
    Perumpamaan ini seperti , perlukah seseorang itu ada nama atau pangkat jika ingin masuk Syurga Allah SWT?
    Aku mengarang kerana mina
    t dan dan duniaku adalah sastra. Salah ke aku jika orang yang membaca karya ku itu menghargai serta menghayati apa yang ingin kusampaikan kepada semua pembaca alam maya tanpa mengenal di benua mana mereka berada.
    Ilmu Allah itu luas dan DIA berhak memberi pada sesiapa yang Diinginkan.
    Setiap apa yang kukaryakan yang terlintas di mindaku ini tiada niat untuk mencipta nama atau mendapat pengiktirafan daripada mana-mana pihak.
    Hanya Allah SWT sahaja yang berhak menempatkan di mana aku berada. Jika Allah inginkan sesesuatu perkara itu terjadi...siapalah kita sebagai hamba Allah untuk menghalang-Nya.
    Aku redho setiap Ketentuan dari-Nya kerana perjalanan dan destinasi yang kutuju ini telah tercatat sejak Azali.
    Sesungguhnya setiap yang baik itu datang-Nya dari Allah SWT dan yang buruk itu adalah dari kelemahan kita sendiri sebagai manusia yang tidak pernah sempurna.
  • Ratu Rimba Niagara TUNTAS
    By:Temul Amsal

    gema suaramu
    sudah ku gaungkan ke langit

    ke rimba rimba
    ke semak belukar
    sampai ke dasar laut
    di lima benua
    kalau kau merasa lega
    akan ku kembalikan lagi padamu
    biar kau simpan
    di lubuk hatimu
    yang paling dalam
    untuk anak anak kita
    lalu kau tuliskan di sana
    dengan tinta merah
    dari luka dukamu
    yang membara
    JANJI KU TUNTAS SUDAH
    Ratu Rimba Niagara......
    sambutlah kepulanganku
    dengan senyuman
    jangan tampakkan lagi
    keberingasanmu
    dengan tatapan
    dua bola matamu
    yang garang
    aku tidak mengharapkan
    apa apa.
    -------------------------------temul amsal---27092012---Caberra.

    Balasan Puisi Ratu Rimba Niagara kepada Temul Amsal

    SASTRA CINTA 5 BENUA
    temul amsal
    tiada kata yang dapat kulafazkan
    melainkan 
    SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
    kau memanglah sahabat dunia akhiratku
    kaulah hamba-Nya kiriman Allah 
    untuk menggaungkan! menggemakan
    suara-suara kalbuku
    yang lama terpendam
    dalam jiwa lara mencengkam jiwa
    yang kuratah
    penghinaan dan air mata
    makanya itulah 
    yang terlahir
    dalam gauman
    yang kau gaungkan
    yang kau gemakan
    ke seluruh lima benua
    yang kutuliskan di gaungan mu itu
    dengan tinta merah
    dari luka dukaku
    yang membara
    agar mereka tahu
    betapa
    aku menulis bukan kerana nama
    aku menulis demi kasih sayangku
    pada semua yang berhidup di muka bumi ini
    dan harus kau tahu
    tanpa izin-Nya aku tak bisa menulis
    biarpun sebaris ayat
    terima kasih Temul Amsal
    atas dayamu 
    menggaungkan
    menggemakan
    suara-suaraku
    di lima benua
    di lima samudra
    kepulangan mu kunantikan
    dalam ucapan sekalung tahniah
    sekalung doa agar Allah membalas
    segala kebaikanmu ke aku
    sepenuh bumi 
    sedalam lautan 
    seluas langit terbentang luas
    biarpun kau tak harapkan apa-apa
    kepulangan mu nanti
    kan kukalungkan
    kalungan gugusan bunga melatih putih
    yang kupetik dari rimba niagara
    dan pasti seluruh penghuni rimba
    bersorakkan
    dengan membawa jambangan-jambangan
    bunga-bungaan dari rimba sebagai 
    penghargaan dari rakyat rimba niagara
    jasa baktimu padaku dan rakyat rimba niagara
    mewangi di kalbu 
    di setiap benua kalbumu kalbuku
    itulah lambang cinta
    kau dan aku
    pada sasteraku sastramu
    sastra SeNusantara
    sastra cinta 5 Benua
    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    27 Sept 2012
    September 27 at 6:55am ·
    (PETIKAN DARIPADA WALL GROUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
    8 Oktober 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;