Wednesday 16 January 2013

BETAPA AKU KASIH DAN SAYANG KAMU KERANA-NYA



Ratu Rimba Niagara shared Lezaihasra Lm's photo.
~~ Maafkan Aku Teman ~~

Dalam kicau puisiku
di celah-celah rimba lautan maya
ada yang tertambat luka
dan ada yang tertambat kaseh.

andai ada derita kuberi
bukan maksudku melukai kalian
aku hanya sekadar melontar ilham
terkadang tersandung di hatimu.

Teman...
walau apa bicaraku
ampunilah aku sekadar yang terkandar
dalam siulan seruling kasehku bermadah berseloka
mungkin ada suara-suara menghiris tercalit
mungkin ada bicara melukai hati suci kalian
kuhadir sekadar untuk berhibur bersamamu teman
kuhadir bukan untuk meragut kaseh kamu
buatmu teman...
aku sekadar bersenda bicara untuk kamu
sedangkan aku, hatiku, pengertianku tiada yang tahu
cukupku katakan ini separuh dari jiwaku

di sini aku mohon kemaafan buat mu teman
cukup sarat dosa-dosaku menyiat hati kamu
titis airmataku sudah cukup menyiksa jiwamu
aku mohon ampunilah aku...
aku tidak berdaya lagi
tidak berdaya.

Teman...berilah aku untuk terus hidup
di celah-celah hati mu
agar kaseh sayang kuterus mewarnai
selagi ada waktu nafasku bersisa
ingin kusiram kalian dengan taburan puisi-puisi
sebelum kupergi bersama jiwaku selama-lamanya
kerana aku milik Allah..


Salam, Lezaihasra Lm
11012013
Unlike · ·
  • You like this.
  • Ratu Rimba Niagara SELAMA AKU MILIK ALLAH

    Teman yang terkasih...
    Selama aku milik Allah
    Aku ingin menjadi hamba-Nya yang baik

    Aku ingin berbuat apa yang DIA suka
    Aku ingin memiliki cinta dalam redhaNya
    Aku ingin hidup dalam redhaNya
    Aku ingin mati dalam redhaNya
    Tapi yang pasti aku mahu hidup dan mati dalam redhaNya
    Moga DIA sentiasa bersama cita dan cintaku
    Sentiasa memakbulkan cita-citaku
    Kerana matlamatku
    Mahu dicintai Allah
    Mahu dikasihi manusia kerana-Nya
    Sebagai mana hujan rahmat membasahi bumi
    Begitulah hidupku sentiasa berada dalam rahmat dan kasehNya
    Aameen Ya Rabbal A'Lamin.

    Ratu Rimba Niagara
    16 Januari 2013

  • Ratu Rimba Niagara shared Mawar Bunga's photo.
    Unlike · ·
    Ratu Rimba Niagara shared Mawar Bunga's photo.
    Unlike · ·
    • You like this.
    • Ratu Rimba Niagara HELAIAN BUNGA-BUNGA MAWAR NAN INDAH INI KUBERIKAN KEPADA SEMUA RAKAN FBKU YANG DIKASIHI MOGA SUDI MENERIMANYA SEBAGAI TANDA KASIHKU PADA KALIAN SEMUA YANG SENTIASA SUDI MENYOKONG DUNIA SASTERAKU.

    • (PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA)
      16 Januari 2013

0 comments:

Post a Comment

 
;