Assalamualaikum buat teman fb yang dikasihi lagi dirindui,
Sudah agak lama kita tidak bersuara di muka buku yang bisu ini.
Biarpun bisu tapi amat bermakna setiap kata-kata teman-teman fbku.
Sesungguhnya kurindu pada rakan-rakan fb semua.
Biarpun hati terluka tapi menghiburkan
Biarpun hati remuk tapi menginsafkan
Biarpun hati sepi disepikan tapi tetap mengharapkan
Biarpun cuma sebuah sapaan tetap terubat segala lara terpendam
Ye kurindu pada teman-teman fb semua
Jika rinduku tak terbalas rindu...
Kuanggap rinduku rindumu telah hilang ditelan mega senja
Maka pergilah sepi pergilan rindu
Izinkan kusimpan rindumu rinduku di hati si pungguk berlagu rindu...
Salam kemaafan dariku
Salam rindu dariku
Salam silaturrahim dariku yang merindumu
Mohon doakan apa yang kuusahakan ketika ini
Dimakbulkan Allah swt. Aameen.
- Prabu Raksa Bumi Kusuma, Khai Noor, Rasid Nodin and 2 others like this.
- Ratu Rimba Niagara Alhamdulillah kabar baik...duhai kumbang....
Bunga sekarang tidak dapat berkarya
Kerana diamanahkan menjalan satu tugas yang amat berat sekali
Tugas mewakili empat generasi
i. Yang telah meninggal dunia
ii. Yang bakal meninggal dunia
iii. Yang menunggu giliran meninggal dunia
iv. Yang meneruskan kehidupan sebelum meninggal dunia
Untuk misi tugas ini telah selautan air mata yang tertumpah
Mujurlah dekat dengan pantai... bila stress bunga pergilah
Berbicara pada ombak ...tapi ombak bilang sabarlah sayang...
Tuhan sentiasa bersamamu selagi kamu ikhlas ke jalan-Nya.
Moga kumbang sudi mendoakan bunga agar berjaya dalam misi ini. - Ratu Rimba Niagara Duhai kumbang jikalah misiku ini berjaya...
Sudikah dikau menyuntikkan dana mendirikan pondok
ala moden pengajian agama untuk warga emas dan kanak-kanak yang sudah lama bunga impikan? Kalau sudi katakan sudi...kalau nggak sudi nggak apa-apa dong...hehehe biarlah bunga fikirkan sendiri gimana mahu merealisasikan impian bunga yang sudah lama terpendam ini duhai kumbang. - HIDUP BERKASIH SAYANG ITULAH KEKUATANKU!
Ya Allah
Berilah aku kekuatan
Aku terlalu lemah tika ini
Di kala aku mengharapkan insan-insan tersayang menyokongku
Mereka sepikan aku
Aku sandarkan kasih yang tidak berbelah bahagi kepada mereka
Tak tahu lagi hendak kubuktikan kasihku pada mereka
Sejuta kasih mewangi kuberikan
Tapi tetap juga dibalas dengan kata-kata yang menghancurkan hati
Hatiku remuk redam
Rasa aku mahu saja melenyap dari situ
Kerana tak tertanggung lagi segala penghinaan mereka yang kukasih
Ku pertaruhkan kasihku dengan nyawaku sebagai meraih kasih yang terkasih
Tapi mereka tetap juga hina dan kutuk aku
Aku bukan menagih harta yang bertimbun
Cuma sebuah kasih sayang sesuci embunan pagi
Dan aku penuh yakin jikalah mereka tahu menilai kasihku
Pasti mereka tidak sanggup berpisah denganku
Dengan kasih itu akan kuikat dengan tali cinta jalan-jalan ke SyurgaNya
Tapi demi sebuah kasih untuk mereka yang terkasih
Kupertahankan juga biarpun sudah tak berdaya...
Tahukah kalian yang terkasih...
Aku ke sini bukanlah memburu harta
Seperti yang kalian sangkakan
Sudah takdirkan aku sudah terikat dengan urusan harta
Yang telah lama pergi ke alam baqa
Mungkin ada hikmah di sebaliknya
Aku akan cuba
Menghadapi segala onak dan duri ini
Di sepanjang aku diamanahkan untuk
Menguruskan harta moyangku yang telah lama pergi meninggalkan dunia ini
Aku yakin mereka pasti gembira jika aku berjaya menyelesaikannya
Titik peluh mereka meninggalkan harta tidak kulupakan untuk bahagian mereka
Dimasukkan ke akaun mereka sebagai harta sedekah jariah..Insya-Allah Aameen.
Sudah selesai tugasku nanti...aku akan pulang ke Istana Rimba semula
Penghuni rimba pasti rindukan aku...
Mereka tak pernah hina aku
Mereka tak pernah kutuk aku
Mereka menghargai kasih sayangku
Biarpun aku tak punya apa untuk disandarkan cinta
Di rimba niagara ini harta tak penting
Yang penting kasih setulus hati
Itu yang lebih penting dari segalanya
Hidup saling berkasih sayang
Itulah kekuatan aku
Untuk lama tinggal di Istana rimba niagara ini...
Jika aku disuruh beri pilihan
Kasih atau harta
Kan kupilih kasih
Kerana kupilih kasih
Makanya aku
Terpaut kasih di Rimba Niagara ini
Di Rimba Niagara inilah duniaku
Dunia yang kudambakan kerana-Nya
Karya Ratu Rimba Niagara
2 Rabiulawwal 1434H
14 Januari 2013- Ahmad Tajuddin, Prabu Raksa Bumi Kusuma, Khai Noor and 3 others like this.
0 comments:
Post a Comment