Monday, 28 January 2013

PERGILAH SEPI!


  • Ratu Rimba Niagara shared PUISI CINTA PELANGI SENJA's photo.
    Klik "SUKA" Jika Kamu Melihat Sesosok Wajah Pada Gambar Ini.
    Klik "SUKA" Jika Kamu Melihat Sesosok Wajah Pada Gambar Ini.
    Like · · · Promote · 22 minutes ago ·


  • PERGILAH SEPI!

    Jika kuterima mawar merah tanda maaf darimu untukku
    Adakah rindu yang sarat disepikan lagi
    Adakah cinta terpendam dibiarkan sepi
    Jika tiada balasan dan akan disepikan lagi
    Lebih membuat hatiku terlara dalam sepi
    Sejujurnya aku tak sudi nak terima ...
    Aku lebih senang sendirian berada dalam dunia sepi tanpamu
    Dan tenang tanpa memikirkanmu yang selalu sepikan aku
    Apalah maknanya arti perkasihan
    Tersisih disisih sengaja dibiarkan sepi
    Sepi dalam tanda tanya
    Jawapan yang tak pasti
    Biarkan aku berlalu pergi dari sepimu
    Moga sepimu membawa bahagia buatmu
    Sepimu telah menenangkan aku di sini
    Di sini aku tak akan sepi lagi
    Kerana karya-karyaku sentiasa
    Membuatkan aku tak sepi di kala aku disepikan
    Pergilah sepi
    Pergilah rindu
    Pergilah cinta
    Aku tenang kini
    Tanpa sepimu lagi...

    Ketahuilah kau selalu menghampakan aku
    Tapi Tuhan tak pernah menghampakan aku
    Jauh sekali menyepikan aku di kala aku terlara dalam sepi

    Karya Ratu Rimba Niagara,
    15 Rabiualawwal 1434H
    27 Januari 2012M


    AKU BAHAGIA DI BELANTARA SEPI

    Hanya sekuntum bunga penghampar kasih
    Kasih tersisih
    rindu disepikan
    cinta dikecewakan

    Kasih rindu cinta kau tepikan
    kau hanyutkan dalam lautan sepi yang tak bertepi

    Teganya dikau sepikan aku
    Setelah hatiku kau curi
    Semudah itu kau buang cintaku dalam lautan sepi bergelora

    Semudah itu kau lupakan aku
    Setelah ada dia yang kau cinta

    Semudah itu kau beraleh cinta
    Kejamnya dikau
    Teganya dikau
    Teganya dikau buatku begini

    Di sana cinta menantimu
    Aku kau biarkan dalam sepi terlara

    Kerana kau ku sepi
    Kerana kau aku bahagia dalam sepi
    Di belantara ini
    Kehijauan telah menenangkan aku
    Bersama deruan aliran air terjun di batu
    Menghiburkan aku
    Sesungguh-Nya DIA Maha
    Merawat duka di kala aku terluka
    Kini aku bahagia tanpa sepi mencengkam jiwa
    Bahagia di belantara ini tanpa sepimu lagi

    Karya Ratu Rimba Niagara
    27 Januari 2013


    Lezaihasra Lm

    Assalamualaikum...

    Hanya sekuntum bunga penghampar kasih
    Biarpun rindunya tiada terubat
    biarpun resah tiada kesudahan
    terimalah....
    — with Ahmad Tajuddin and 93 others.
    Assalamualaikum...

Hanya sekuntum bunga penghampar kasih
Biarpun rindunya tiada terubat
biarpun resah tiada kesudahan
terimalah....
    Like · · · 53 minutes ago ·

0 comments:

Post a Comment

 
;