SITI HAJAR BIDADARI SYURGA
duhai anakanda Siti Hajar ...
pergilah dengan tenang nak
ayah dan bonda meredhai
kau anak yang terlalu baik
sepanjang kau berhidup
bersama ayah dan bonda
tak pernah membuatkan
kami tergugur air mata
biarpun setitik
kau menyenangkan kami
tak pernah menghampakan kami
kau Permata Syurga kami
kau penyejuk jiwa
kau penyejuk kalbu
setiap kata-kata mu
membuat jiwa jadi tenang
setenang air di kali Syurga
kau berkata setiap hari
setiap saat semua-Nya
tentang Allah
Allah Allah Allah
Syukur Syukur Syukur
Redha...redha...redha
Allah... Syukur... Redha..
Allah sentiasa ada di kalbumu
Syukur mendapat nikmat Ilahi
Redha jika itu takdir-Nya
Di saat-saat terakhir
di saat-saat nazakmu
kau tetap redha
biar derita sekalipun
kau tetap sandarkan
harapan pada-Nya
Kau redha apa takdirmu
kau redha kami ayah dan ibumu
kau redha segala-Nya demi-Nya
tiada satu pun yang dapat
memesongkan akidahmu pada-Nya
Kau malu pada Tuhan
jika tak berdakwah
niat hatimu mahu
semua-Nya
percaya akan kewujudan Allah
percaya akan pertolongan Allah
percaya Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
sayang Allah pada hamba-Nya
lebih daripada sayang ayah dan ibu
begitu teguhnya tauhidmu pada Allah nak...
Anakanda Siti Hajar...
Kau anak yang terlalu baik
Rasanya tak sanggup kami berpisah denganmu
Kerana kau adalah pinjaman Allah untuk kami
Kami redha pemergianmu nak
Allah redha
Ayah redha
Bunda redha
Syurgalah tempatmu nak...
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Segala puji hanyalah untuk-Mu Allah
Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
terima kasih tidak terlafaz atas pinjaman hamba-Mu
kepada kami untuk kami merasai nikmat anak soleha
tenang jiwa kami
sepanjang Permata Syurga
yang Kau Kurniakan kepada kami
syukur....syukur....syukur...
syukur sebanyak-banyak-Nya
Ya Allah
Kurniaan Permata Syurga-Mu
SITI HAJAR anak soleha kami
lebih bernilai daripada alam dan seisi-Nya
kami redha pemergiaannya
kerana Syurgalah tempat Siti Hajar ...
Siti Hajar adalah Bidadari Syurga
pinjaman dari-Mu untuk kami
Syukuri sebanyak-banyak-Nya
berkat kami saling redha meredhai
dan berkasih sayang setulus hati kerana-Mu
masukkanlah kami sekeluarga dan semua sahabat akhiratnya
ke Syurga Firdausi.
Aameen Aameen Aameen Ya Rabbal A'Lameen
Karya Ratu Rimba Niagara
16 Rabiulawwal 1434H
29 Januari 2013M
(PUISI ANAKANDA SITI HAJAR BIDADARI SYURGA DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK
ALLAHYARHAMAH SITI HAJAR, AYAHANDA BONDANYA & SEMUA SAHABAT AKHIRAT
YANG MENGENALI SITI HAJAR, MOGA KITA SEMUA DAPAT BERTEMUNYA DI SYURGA
FIRDAUSI AAMEEN YA RABBAL A'LAMEEN)
;
0 comments:
Post a Comment