Tuesday 26 February 2013

ALLAH DI KALBU ALLAH DIJASAD



Tuesday, 26 February 2013 0 comments

TIADA SEORANG PUN YANG DAPAT MEMATAHKAN SEMANGAT SERTA KEYAKINAN KAMI TERHADAP ILMU ALLAH




  • Ayahanda Panglima Pangeran Aduka
  • Ratu Rimba Niagara shared Ayahanda Panglima Pangeran Aduka'sphoto.
    Subhanallah walhamdulillah .. Allahuakbar !!!
    KALIMAH ALLAH selepas tetak guna parang di tangan..
    Segala puji & syukur atas kurniaan Allah SWT berupa Ilmu Tenaga Rohaniah ke atas Guru Utama Persatuan Seni Silat Gayong Ma'arifat Malaysia (PSSGMM) kerana dengan kurniaan-Nya ini, kami dapat menyampaikan misi da'wah iaitu membawa manusia menyaksikan kebesaran Allah SWT melalui ilmu persilatan & perubatan.
    Segala tohmah dan umpat keji dari segenap penjuru baik dari kawan atau lawan dihadapi dengan tenang dengan izin Allah. Pelbagai label & gelaran yang diberikan samada "sesat", pengamal "ajaran syiah", bersahabat dengan "jin untuk tujuan kekebalan" datang silih berganti namun tiada satu pun dapat buktikan@ mematahkan semangat serta keyakinan kami terhadap ilmu Allah ini.

    SUBHANALLAH ALLAH DI KALBU ALLAH DI JASAD

    SUBHANALLAH ALLAH DI KALBU ALLAH DI JASAD. SEMUANYA HIDUP BERGANTUNG HARAP PADA ALLAH. PABILA SEMUA SUDAH TERPANA DENGAN DZAT CINTA-NYA...PESONA DUNIA BUKAN MATLAMAT SEBENAR. HANYA YANG MEMAHAMI MENGERTI.

    WAHAI JIWA YANG TENANG KEMBALILAH KEPADA TUHANMU

    ALHAMDULILLAH

    Alhamdulillah
    Jika kita tergolong hamba-Nya
    Yang bersujud kerana-Nya

    Alhamdulillah
    Jika kita
    Bila sampai waktu
    Bertemu dengan-Nya
    Dalam redho lagi diredhai

    Alhamdullilah
    Moga doa kita
    Dimakbulkan Allah
    Aamin Ya Rabbal A'Lamin

    RATU RIMBA NIAGARA
    131212

    surat Ar-Rad : 28:

    “Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”

    (wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diridhoi, masukah kedalam golongan HambaKu yang beramal soleh keranaKu..dan masuklah ke dalam SyurgaKu).

    17 Rabiulakhir 1434H
    27 Febuari 2013

    PANTUN NUR HIDAYAH KASIH

    Allah Allah Allah Kau yang kuPuja,
    Allah Allah Allah Kau yang kuAgungkan;
    Di mana saja Kau tak kulupa,
    CintaMu Maha Agung sentiasa dizikirkan.

    Allah Maha Besar Sebesar BesarNya,
    KuasaMu mengatasi segala yang ada;
    Rugi dunia akhirat jika melupakanNya,
    Yang diburu saham akhirat sebagai membalas cintaNya.

    Maha Suci Allah,
    Kau wujudkan daripada tiada kepada ada;
    Tiada yang mustahil bagiMu Ya Allah,
    Aku pasrah atas segala ketentuanNya.

    Allah dan Muhammad nama yang kupuja,
    Dari lubuk hati bawa ke mati;
    Moga Kalimah Laa ilaaha illallah setiasa dijaga,
    Kerana kalimah itu membawamu ke Syurga nanti.

    Laa ilaaha illallah kumohon keredhaanMu,
    Ya Allah lancarkan lidah mengucapkan di hari nazakku;
    Agar dapat kutinggalkan jasadku dalam redhoMu,
    Rohku tenang bertemuMu Ya Allah Perkenankan doaku.

    Segala ada di langit di bumi kepunyaan Allah,
    Janji Allah semuanya benar;
    Tetapi manusia melupakan Allah,
    Sampai di negeri akhirat baru tahu benar.

    Ya Rasullullah Ya Kekasih Allah,
    Kurindumu terbawa dalam mimpi;
    Perjuanganmu tidak pernah mengalah,
    Terimalah aku mendapat syafaatmu nanti.

    Wangian cintamu pada umatmu seharum kasturi,
    Cintamu pada kami tidak akan dilupai;
    Kasihmu pada kami akan terpatri,
    Dunia dan akhirat menjadi saksi.

    Kelihatan bebayang masjid di tapak tanganku,
    Air wuduk disapukan ke wajahku:
    Moga Nur Hidayah KasihMu terpancar diwajahku,
    Aku bersyukur dalam sujudku.

    Di bumi ini aku bersujud padaNya,
    Dengan penuh keinsafan terimalah taubatku;
    Segala Kerajaan Bumi dan Langit Kau yang punya,
    Di bumi ini juga aku kembali kepadaMu.

    Tika aku bersujud padaMu,
    Serasa Kau hampir denganku;
    Kubersujud penuh kusyuk,
    Moga Kau terima solatku.

    Takbir rukuk dan sujudku keranaMu,
    Kusahut panggillanMu pabila sampai waktu;
    Berkata-kata denganMu roh dan jasadku,
    Moga Kau terimaku menjadi kekasihMu.

    Berzikir memujiMu mengundang rindu,
    Semakin kulafaz ZatMu meresap di qalbu;
    Rohku syahdu dalam sendu,
    Jasadku bersyukur dalam qalbu.

    Membaca KalamMu hatiku pilu,
    Mengalunkan KalamMU penuh syahdu;
    Seolah berada di Taman SyurgaMU,
    Berkata-kata denganMu rasa tak jemu.

    Setelah solat kuberdoa padaMu,
    Mohon Kau perkenankan doaku;
    Kuterus merayu dalam doaku,
    Agar Kau terimaku menjadi kekasihMu.

    Di pagi yang hening ini,
    Munajatku dengan linangan air mata;
    Kutahu Kau mendengar rintihanku ini,
    Kupohon hidayah KasihMu selagi hayatku ada.

    Al-Quran sentiasa di sampingnya,
    Dibaca berulang kali tanpa jemu,
    Setiap surah dihafal dalam mindanya,
    Menjadi peguam bela di kuburmu.

    Tunas pepohon iman dewasa dalam iman,
    Hidup dan mati dipasrahkan kepadaNya;
    Tiada apa yang berharga melainkan kemanisan iman,
    Apabila cinta padaNya mengatasi segalaNya.

    Wajah berseri bak penghuni Syurga,
    Senyuman ikhlas menawan iman;
    Hidupmu ke dunia seperti ahli Syurga,
    Mengundang Hidayah Kasih dalam keimanan.

    Ceriakan hidupmu setiap hari,
    Jadikan sahabat terbaik untuk sahabatmu;
    Setiap hari saling ingat mengingati,
    Hingga ke mati dikenang jasamu.

    Duhai yang dihormati sahabatku,
    Kau menyampaikan ilmu tanpa jemu;
    Moga ilmumu mengusik qalbu,
    Qalbu jasad dan roh rakan-rakanmu.

    Ya Allah Kau Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,
    Kasih sayangMu tidak terbatas;
    Suburkan hati kami saling sayang menyayang,
    Hanya semata keranaMu kasih yang Teratas.

    Karya: Ratu Rimba Niagara
    17 Rabiulakhir 1434H
    27 Febuari 2013M

    KALBUKU HANYA TERPANA DZAT CINTANYA

    Kalbu hanya terpana Dzat CintaNya,
    Segala yang didengar dipandang hanyalah Dia;
    Beruntunglah para pencintaNya,
    MencintaiNya abadi tanpa hentiNya.

    MencintaiNya abadi tanpa hentiNya,
    Degupan jantung seiring zikir padaNya;
    Bicara seiring kalbu moga dikabulkanNya,
    Hidup dan mati hanyalah untukNya.

    Hidup dan mati hanyalah untukNya,
    Tiada yang berharga melainkan cintaNya;
    Siang dan malam pagi dan petang memikirNya,
    Bertahta di hati hanya cintaNya.

    Bertahta di hati hanya cintaNya,
    MelupakanNya seakan terhenti degupan jantung;
    Jasad dan roh tenang bila mengingatiNya,
    Balaslah cintaku duhai Yang Maha Penyayang.

    Balaslah cintaku duhai Yang Maha Penyayang,
    Tangisanku ini takkan berhenti selagi Kau tidak membalasNya;
    Saat ini dan tika ini jiwaku melayang,
    Bersama rindukanku padamu tanpa hentinya.

    Bersama rinduku padamu tanpa hentinya,
    Apalah erti hidup ini,
    Jika Kau menolak cinta sedihnya,
    Sedihnya aku muhasabahlah diri sendiri.

    Sedihnya aku muhasabah diri sendiri,
    Aku hambamu yang banyak kelalaian;
    Duhai Yang Maha Pengampun ampuni aku ini,
    Pengampunanmu sentiasa kuharapkan.

    Pengapunanmu sentiasa kuharapkan,
    Kan kuperbaiki segala yang kurang;
    Kulakukan demimu Ya Tuhan,
    Agar Kau Balas Cintaku Duhai Yang Maha Penyayang.

    Agar Kau Balas Cintaku Duhai Yang Maha Penyayang,
    Dengan KekuasaanMu bukakan Khashaf CintaMu;
    Agar seluruh hidupku tertumpu hanyalah Kau Yang Maha Penyayang,
    Tiada apa yang lebih bermakna jika kumiliki Khashaf CintaMu.

    Tiada apa yang lebih bermakna jika kumiliki Khashaf CintaMu,
    Biarpun sepenuh bumi emas kau berikan padaku;
    Kalbuku tetap terpana dalam Dzat CintakanMu,
    Cinta sepenuh bumi sepenuh kalbu hanyalahMu.

    Dengan RahmatMu Yang Maha Agong Ya Allah ,
    Mulianya kalimah SyurgaMu:
    LaaillaahaillaAllah MuhammadaurRasulullah,
    Kau balaslah cintaku cinta para pecintaMu.
    Amin Ya Rabbal A'Lamin

    Karya: Ratu Rimba Niagara
    17 Rabiulakhir 1434H
    27 Febuari 2013M

    (PETIKAN DARIPADA NOVEL PUISI CINTA ILAHI)
    27 Febuari 2013
    1Like ·  ·  ·  · Promote
    • Braja Azzena likes this.
    • Braja Azzena ._|\____________________, , __ 
      ../ `--||||||||-----------------------------] =====> ALLAH
      Tuhan'q, Muhammad Rasul'q, Islam Agama'q 
      ./_==o ____________________| 
      ...), ---.(_(__) / 

      ..// (\) ), ----".' 
      .//___// 
      /`----' / 
      ____
      16 minutes ago via mobile · Unlike · 


    (PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA)
    17 Rabiulakhir 1434H
    27 Febuari 2013

    0 comments:

    Post a Comment

     
    ;