Ratu Rimba Niagara shared Tengku Shawal Tengku Aziz's photo.
- REVOLUSI BERTANJAK
Revolusi bertanjak
Raja bertanjak
Pemimpin bertanjak
Tak akan berlaku revolusi
jika cuma Raja dan pemimpin bertanjak
Suka tak suka
akan berlaku revolusi
jika sekiranya
seluruh rakyat bertanjak
dan memahkotakan
tanjak yang terbaik
bertahtakan
kekuasaan rakyat memilih
siapakah pemimpin yang terbaik untuk mereka
dan memartabatkan Raja
untuk mengukuhkan lagi
sesebuah negara
yang sentiasa mengutamakan rakyat
daripada kepentingan sendiri
kerana kekuasaan rakyat
sentiasa dijunjung pada
tanjak anugerah rakyat
untuk pemimpin dan Raja
itulah revolusi yang sebenarnya!
jika itu terealiti
makanya
antara rakyat pemerintah dan Raja
berpisah tiada
kerana senada seirama
memajukan negara
dalam suasana
aman harmoni
tanpa
mengundang
ketidakadilan
dalam memegang tampuk kekuasaan
kekuasaan adalah milik semua
dan semua berhak
untuk hidup dalam
negara sendiri yang merdeka!
Revolusilah rakyat
Revolusilah pemerintah
Revolusilah Raja
Revolusilah negara
Barulah negaraku akan terus merdeka
Dalam ertikata yang sebenarnya
Negaraku yang merdeka dan berdaulat!
Merdeka!Merdeka!Merdeka!
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
31 Ogos 2012
PUISI PAHLAWANKU
Pahlawanku…
Kau gagah perkasa
mempertahankan negaramu
tanpa jemu…
Rela bermandikan darah…! Dihujani peluru!
Pertaruhkan nyawamu di setiap penjuru
demi keamanan negara dan generasimu.
Kau juga menyumbang kepada
keamanan dunia!
Jasamu sentiasa di hatiku
di pusaramu nanti kukalungkan
bunga-bunga cinta perjuangan
kubertafakur mendoakan
rohmu mendapat ganjaran Syurga!
Amin Ya Rabbal A’ Lamin.
Karya: Ratu Rimba Niagara
1 Mac 2013
PUISI PERWIRAKU
Duhai perwiraku…
Perjuanganmu aku kagumi,
moga semangat dan perjuanganmu
takkan pernah luntur…
Biarpun tsunami datang membadai!
Biarpun nyawa jadi taruhan!
Kerana dirimu adalah penyambung WARISAN,
namamu akan terpahat di hati WARISAN,
generasi kini dan akan datang.
Selagi ada bulan dan matahari
namamu tetap gah!
Perjuanganmu tetap megah!
Karya: Ratu Rimba Niagara
1 Mac 2013AKU BERJUANG DI LUAR GELANGGANG
Tika aku terlantar parah begini...
Mana pergi anak-anak muridku...
Yang mengaku akan menuntut bela
Darahku yang jatuh ke bumi
Walaupun setetes!
Ini bukan setetes...
Tubuhku dipenuhi darah....
Sesuka hati mereka
Menetak ...menghentak
Memukul ...menyepak terajangku
Bukan aku tidak boleh melawan mereka
Mereka terlalu ramai
Kalau benar mereka anak jantan
Kenapa tidak satu lawan satu?
Biarpun begitu pantang
Anak jantan lari di medan juang
Biarpun mereka ramai
Aku seorang
Aku kerahkan segala tenaga kejantananku
Hingga tak kuhiraukan
Darahku merecik sana sini
Lagi kuat hayunan parangnya
Lagi kuat hayunan
Sepak terajangku
Karena mereka bersenjatakan parang tukul dan besi
Aku tidak bersenjata
Karena
Aku bukan dicabar di tengah gelanggang
Aku diserang hendap tika di luar gelanggang
Karena aku percaya
Tuhan Mahu Mengujiku
Karena adalah suratan takdirku
Aku terima dengan redho
Cuma jika dipanggil Ilahi
Adakah anak-anak jantan melayu
Di luar sana masih membisu dan kaku
Aku tidak minta ditebus kematianku
Tapi jagalah bangsa melayuku
Agar tidak menerima nasib sepertiku
Diserang hendap tanpa dugaku
Dan pantang aku
Bangsa aku ditindas dan tertindas
Tanpa sebab musabab....
Apa hina sangat ke jadi bangsa melayu?
Makanya bangsaku
Kalau melayu tak sokong melayu
Siapa lagi?
Pahlawanku yang teraniaya...
Sabarlah...
Tuhan bersamamu tika ini
Andai kau sembuh ...sembuhmu pasti merawat duka...
Andai kau dijemput Ilahi...
Syurga menantimu
Insya-Allah Aamin
Karya :Ratu Rimba Niagara
1 Mac 2013
PENDEKAR MELAYU TAK MUDAH MENGAKU KALAH
Melayu hina melayu,
Takkan kubiarkan;
Kerana aku jiwa melayu,
Kusahut segala cabaran.
Melayu sentiasa hidup,
Takkan kubiarkan diinjak-injak;
Kerana kumahu bangsa ku terus hidup,
Makanya bangsaku mestinya bijak.
Pendekar melayu pantang dicabar,
Turun ke gelanggang berbekalkan ilmu;
Di gelanggang ini setapak pun takkan kuundur,
Biar kepahlawanan melayu satu dunia tahu.
Sedikit ilmu badan binasa,
Akan kusahut cabaranmu itu;
Bertulangkan besi beruratkan suasa,
Satu lawan satu aku sedang menunggu.
Satu lawan satu itulah anak jantan,
Pukulan maut takkan ku gentar;
Ayuh! Maju cepat kita berlawan,
Biar apa terjadi jangan undur.
Pendekar melayu tak mudah mengaku kalah,
Ayuh yakin pada dirimu sendiri;
Ingat pesanan guru jangan mengalah,
Kerana pendekar melayu tak takut mati.
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
1 Mac 2013- RAKYAT DI LUAR SANA MENANTIKAN KEJAYAANMU!
Duhai...pahlawanku...
Jangan mudah berputus asa dalam perjuanganmu
Aku di sini sentiasa menyokongmu
Ayuh teruskan perjuanganmu
Rakyat di luar sana menantikan kejayaanmu
Terus.....!!!Terus....!!! Teruskan langkah kepahlawananmu
Kerana kejayaan sedang menantimu...
Kejayaanmu adalah untuk Rakyat, Raja & Negara Mu Tercinta!
Karya Ratu Rimba Niagara
13 Ogos 2012
24 Ramadan 1433H
SEABADI KASIH SAYANGMU PADA KAMI
BismillahirRahmanirRahim
Assalamualaikum wr wb
Selamat Hari Pahlawan
Kepada Semua Pahlawan
Yang sentiasa disanjungi sepenuh hati sepenuh jiwa
Kumengagumimu dari dulu hingga kini
Kau sentiasa di hatiku
Jasamu pada ibu pertiwi
Kusanjung tinggi
Tanpamu siapalah kami
Kau rela mempertaruhkan nyawamu
Demi ibu pertiwi
Demi anak bangsa
Jasa baktimu tak akan kami lupakan
Kau sentiasa bersiap siaga
Bila-bila masa
Tak kira masa
Tak kira di mana
Apabila semboyan ibu pertiwi berbunyi
Kau terus mara ke medan juang
Tanpa menghiraukan
Nyawamu di ambang maut
Itu tak akan kau hiraukan
Dan tak akan kau undur biarpun setapak
Kau dihujani peluru
Bermandikan darah
Darah...darah...darah...
Pekat...pekat...pekat...
Kau masih bersemangat
Sebelum nafas terakhir
Kau masih sempat
Melepaskan das tembakan
Kena tepat ke jantung musuh durjana
Dan kau tersenyum dalam
Pelukan senjata yang berjasa padamu
Dan kau sempat tersenyum
Sambil melafazkan
Kucinta-Mu Tuhan
Kusayangmu ibu pertiwi
Kusayangmu anak bangsa
Kematianku ini adalah tanda kusayang semua kerana-Nya
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Pahlawanku...
Mengenangkan jasamu itu
Kami seluruh rakyat Malaysia
Tidak akan melupakan
Jasa bakti semua pahlawan di Malaysia
Samada yang telah tiada atau masih ada
Kepada yang tiada
Kami kirimkan sejambak doa
Agar kau tenang di Syurga
Dikelilingi bidadari Syurga
Rezeki tak putus-putus dari-Nya
Kerana kau mati dikira
Pejuang fisabilillah Insya-Allah Aamiin
Kepada pahlawan yang masih ada
Teruskanlah perjuangan sucimu
Kami sentiasa memberi sokongan
Yang tidak berbelah bahagi
Kerana tanpamu pahlawanku
Siapalah kami
Tak mungkin kami akan merasa
Nikmat kedamaian Malaysia
Yang kini pesat membangun
Dalam pembangunan era abad ke-21
Yang Cemerlang Gemilang Terbilang
Dalam keadaan
Aman damai tenteram
Semuanya kerana jasa baktimu
Semua pahlawan di Malaysia
Malaysiaku maju
Malaysiaku aman
Semuanya keranamu pahlawanku
Semuanya dengan izin-Nya jua
Makanya kami bersyukur kepada-Nya
Kami ucapkan sekalung terima kasih
Kepada semua pahlawan di Malaysia
Sebagaimana kamu sayang kami
Begitulah kami sayang kamu
Abadi seabadi kasih dan sayangmu pada kami
JASA DAN BAKTIMU SENTIASA MEWANGI DI HATI KAMI
'SELAMAT HARI PAHLAWAN'
Ingatan Tulus Ikhlas Daripada:
RATU RIMBA NIAGARA
ISTANA RIMBA NIAGARA
MALAYSIA/INDONESIA
31 Julai 2012 M
11 Ramadan 1433 H
Unlike · · 23 hours ago ·
You, Sri Prabu Bumi Kusuma, Adel Fadel and Ahmad Tajuddin like this.
(PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA )
1 Mac 2013
DATUK MOHD FAIZ ABDULLAH BOKHARI
Sekalung tahniah diucapkan kepada
Datuk Mohd Faiz Abdullah Bokhari rakan seperjuanganku
Tanda penghargaan dariku di rimba niagara
Kukirimkan sekuntum mawar merah bertahtakan berlian
Dipetik di taman rimba niagara
Sebagaimana harumnya bauan mawar merah bertahtakan berlian
Begitu jugalah jasa baktimu kepada rakyat, raja & negara
MALAYSIA TERCINTA
Bagimu tidak pernah terfikirpun
Dalam berbakti kepada nusa dan bangsa
Mahu meraih sebarang gelaran atau pangkat
Kau berbakti bukan kerana itu
Kau berbakti kerana Allah SWT
Bukan untuk dipuji
Bukan untuk disanjung
Kau panjatkan syukur kepada Tuhan
Jasa baktimu dihargai juga oleh kerabat di Raja Melaka
Moga dengan penganugerahan , "DATUK"
Kau terus berbakti sehingga ke titisan darah terakhir
Demi Agama Bangsa & Negara.
"KAU PAHLAWAN ALLAH KAU PENDEKAR RAJA & RAKYAT MALAYSIA
MOGA SYAHIDLAH KAMU DI SYURGALAH TEMPATMU AAMEEN'
Karya Ratu Rimba Niagara
16 Rabiulakhir 1434H
26 Febuari 2013M
(PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK DATUK MOHD FAIZ ABDULLAH BOKHARI)
(PETIKAN DARIPADA WALL DATUK MOHD FAIZ ABULLAH BOKHARI &
RATU RIMBA NIAGARA )
1 Mac 2013
0 comments:
Post a Comment