Ratu Rimba Niagara shared a status.
ENGKAULAH KAWAN DUNIA AKHIRATKU!
"Duhai kawan...engkau ni pemurahlah...terima kasih ye..kerana kamu aku syukur"
"Setahu aku ...aku tak beri apa-apa pun pada engkau...kenapa engkau kata aku pemurah."
"Mana tidaknya engkau ni memang pemurah...pemurah...pemurah sangat-sangat..."
"Hei ...engkau sendiri tahu aku ini jenis yang berkira...dengan diri aku sendiri pun aku berkira...sepanjang engkau menjadi kawan aku ada pernah aku belanja engkau...
walaupun aku ada duit yang banyak engkau yang belanja aku...duit aku tak luak pun..dalam bank aku...setiap hari bertambah-tambah...mana tidak nya berniaga untung...untung...untung....duit masuk aje setiap hari...engkau tak tahu ke aku ni jutawan Malaysia tapi paling kedekut mak datuk...ramai juga yang suka berkawan dengan aku dan hormat sama aku...setakat pompuan he...petik jari je 10 datang merayu kasih dengan aku...nak tak nak je...tapi aku pastikan pompuan yang nak kat aku bukan kerana aku jutawan ok..."
"Wah-wah...berlagak engkau ye...aku kira kalau beginilah sikap engkau seorang pompuan pun tak nak kat engkau...."
"Kenapa? Aku ada segala-galanya...nak duit...nak istana...semuanay aku boleh beri... bodohlah kalau pompun tak nak kan aku....."
"Pompuan tak nak kan engkau sebab apa....engkau tu kedekut mak datok...engkau ingat pompuan suka ke lelaki kedekut macam engkau ni...apa guna duit banyak tapi nak belanja air dan roti canai pun kedekut tahi masin. Ada ke nak belanja mak we sudahlah roti canai kosong air kosong...itu pun mak we yang bayarkan. Manalah maruah engkau sebagai lelaki. Buat malu lelaki aje. Kalau semualah lelaki macam engkau ni...alamatnya ramailah cinta lelaki ditolak 100%. Tak boleh ke engkau berubah menjadi seperti Adam mencintai Hawa. Foyuu aku tabiklah sesiapa yang macam cinta Adam ...cinta sampai Syurga tu..."
"Mulai sekarang aku akan berubah menjadi seorang lelaki jutawan akhirat ...mana tahu setelah aku menjadi jutawan akhirat...aku dapat cinta seperti Adam memiliki cinta Hawa...seperti Nabi Muhammad saw dengan Siti Khadijah."
"Alhamdulillah kau sudah sedar lelaki jutawan akhirat."
"Berbalik yang kau cakap tadi aku pemurah sedangkan aku tak pemurah..kenapa ye...
aku nak tahu jugak tu...."
"Aku dapat tahu kau ni suka mengumpat aku...apa yang kau umpatkan mengenai diri aku , sepanjang kau beramal soleh pahala ibadat engkau itu dapat percuma pada aku...lagi banyak engkau beramal semua pahala itu masuk ke akaun aku. Engkau menjadi muflis di akhirat dan bukan pahala engkau saja yang aku dapat...jika pahala engkau sudah habis ...dosa-dosa yang aku buat...engkau yang tanggung...ini bukan muflis akhirat tapi tahu aku nak cakap lagi dah...yang aku tahu jika kita sudah muflis akhirat...nerakalah tempat kita. Nauzubillah..."
"Allahu Akbar...takutnya aku dengar cerita engkau ini...aku nak taubatlah...aku tak naklah jadi Muflis Akhirat...Muflis Akhirat masuk neraka...mulai saat ini aku tak mahu mengumpat sesiapa lagi...dan aku minta maaf ye..pada engkau aku tak mahu jadi pemurah lagi pada engkau beri pahala aku senang-senang pada engkau...banyak cantik muka engkau...aku susah payah beribadat pagi petang siang malam ..berzikir...mengaji...bertahajud..menunaikan haji dan umrah di mekah senang-senag je engkau dapat....tidak sama sekali...mulai hari ini aku akan bisukan mulut aku daripada mengumpat mengata mengeji memfitnah menyakitkan hati orang...siapa yang mengumpat aku, aku bersyukur kerana telah memberi pahalanya padaku...
syukur Alhamdulillah Allah kurniakan kawan sebaik engkau mengingatkan aku yang alpa. Engkaulah kawan dunia akhiratku."
Karya Ratu Rimba Niagara
27 Febuari 2013
Orang berbudi kita berbahasa .... kalau orang dah langsi ?.
(sila sambung)
Orang-orang lama di Utara selalu mengingatkan : " KALAU TAK TAU SATU SATU PERKARA TU..TOLONGLAH BERTANYA!!!...JANGAN DOK BUAT PALA TAU!!!..JANGAN SERBU TEMBOK TAK PAKAI HELMET..TU TAK CERDIK NAMANYA ATAU DENGAN PANGGILAN MANJA..BANGANG NAMANYA!!!"
Really busy with to many work to .. I'm a busy man
Orang yang ingin berjaya di dalam hidup sama sekali tidak akan lemah bila dikritik dan diejek tetapi semakin lebih bersemangat melangkah ke hadapan untuk membuktikan dirinya ingin berjaya.
By: Harimau Perang
"Suami" yang diidam idamkan kaum hawa
Bangunlah di tengah malam..tunaikanlah Solat Sunat Tahajjud,Solat Sunat Taubat,Solat Hajat dan Solat Witir..merataplah..merayulah serta bermunajatlah kepada Yang Maha Pengampun lagi Penyayang..sesungguhnya kita telah semakin jauh dengan Allah..dekatlah kembali diri kita dengan pencipta kita yang hanya padaNya tempat kita memohon pertolongan.
PETIKAN DARIPADA WALL HARIMAU PERANG & RATU RIMBA NIAGARA)
27 Febuari 2013
0 comments:
Post a Comment