Monday 3 June 2013

ISTIADAT MENGADAP PUCUK PIMPINAN TERTINGGI POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) KE BAWAH SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AING X1V




ALLAH BISA MENAIKKAN DARJAT DI KALANGAN HAMBA-NYA ...JIKA KITA TERPILIH UNTUK BERDARJAT DIRAJA MEMERINTAH RAKYAT...ITU ADALAH AMANAH YANG MESTI DIJALANKAN DENGAN ADIL DAN SAKSAMA DAN AKAN DIPERTANGGUNGJAWABKAN DI AKHIRAT NANTI.
Like · · · Promote · about an hour ago ·
Kuala Lumpur, 3 Jun 2013 - Istiadat Mengadap oleh pucuk pimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM), ke bawah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah, telah berlangsung di Istana Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur pada pagi ini.

Majlis yang bermula pukul 10 pagi itu turut disertai pegawai-pegawai tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.

Majlis menghadap itu adalah yang pertama oleh Khalid selepas dilantik sebagai Ketua Polis Negara berkuat kuasa 17 Mei lepas bagi menggantikan Tan Sri Ismail Omar yang bersara wajib.

Mohd Bakri dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara baharu menggantikan Khalid, berkuat kuasa hari yang sama.

Inspektor Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara bersama isteri Puan Sri Datin Sri Imran Ibrahim mengetuai delegasi yang hadir bersama isteri terdiri daripada Deputi Inspektor Jeneral Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara, CP Dato’Seri Mohamad Fuzi Harun, Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism), CP Datuk Seri Akhil Bulat, Pengarah Cawangan Khas, CP Dato’ Wira Syed Ismail Syed Azizan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato’ Sri Salleh Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA, CP Dato’ Pahlawan Zulkifli Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik, CP Datuk Mortadza Nazarene, Pengarah Pengurusan, Dato’ Wira Ayub Hj. Yaakob, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah, DCP Dato’ Hadi Ho Abdullah, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah dan DCP Dato’ Wan Ahmad Najmuddin Mohd, Setiausaha Polis Malaysia (SUPM).

Istiadat dimulakan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Maminah, berkenan diperkenalkan barisan tertinggi pucuk pimpinan PDRM oleh Tan Sri Dato Sri Khalid Abu Bakar.

Seterusnya sesi bergambar kenangan bersama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah.

Diakhir Istiadat Mengadap, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah berkenan menerima cenderamata yang dipersembahkan oleh Tan Sri Dato Sri Khalid Abu Bakar dan Puan Sri Datin Imran Ibrahim.
PUCUK PIMPINAN PDRM MENGADAP AGONG (23 photos)
Unlike · · · about an hour ago ·

  • You and 397 others like this.
  • ALam MaYa Nuris's Tanpa Seorg Isteri dicc Siapalh LELAKI Wlpn tggi mana sekali pun Pangkat peace yorr..
  • Muhammad Amin bersedia tok himpunan jumpa allah plak no...buat kerja biar adil dari segi agama.
  • Norman Ing Selamat Pagi Tuan..
  • Yuan Kassim Tahniah Dato-Dato....... sila ambil tindakan kadar segera kepada mereka yang menghina Sultan-Sultan dan Agong................. DAULAT TUANKU
  • Shahid Amirul Mcm orng lain xingt pd allah,cma xda lh nk heboh kn stu dunia lk..pyah klu rsa dri pnuh iman ni..
  • Badrul Hisham Mohd Ridza "Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar" (Al-Baqarah 2:153)..=-)..
  • Zor Aziz Mohon pencerahan dan siasatan dari PDRM, D7 serta KPN yang baru, siapakah tangan dan arahan siapakah yang mengarahkan penutupan seluruh negara terhadap premis-premis judi berkomputer haram milik syndicate2 cina dan kebanyakannya didalangi DAP 2 bulan sebelum pilihanraya PRU13 yang lalu dan tiba tiba bulan Mei 2013 tangan ajaib ni mengarahkan semua permis ni dibuka semula untuk mula mengaut semula untung judi haram ni dan hampir 70% peratus pelanggannya adalah rakyat bangsa Melayu. Pelik arahan kelihatan diseragamkan diseluruh negara!!!! Siapakah tangan ajaib ni n PDRM (D7) tak perasankah?



  • Ratu Rimba Niagara PEMASYURAN SEBAGAI SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG X1V AL-MU'TASIM BILLAHI TUANKU AL-HAJ ABDUL HALIM MU'AZZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH

    Wangsa Mahkota Selangor added a photo from June 2, 2013 to his timeline.
    Daulat Tuanku...Daulat Tuanku... Daulat Tuanku...

    Merafak Sembah Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Mu'tasim Billahi Tuanku al-Haj Abdul Halim Mu'azzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah atas pemasyuran Sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV – 2 Jun 2013 Bersamaan 12 Rejab 1433 Hijrah.

    Patek sekalian Editor Wangsa Mahkota Selangor Merafakkan sembah penuh taat penuh setia, bertekad memelihara kemuliaan pemerintahan Beraja, memperkukuhkan tradisi negeri bersultan rakyat beraja; tradisi diwarisi turun temurun, agar terus subur dan segar kekal sepanjang zaman, merentas peredaran waktu merentas peralihan masa.

    Semoga Tuanku dan Raja Permaisuri dilanjutkan usia dalam keafiatan dan senantiasa berada dalam lindungan ILAHI, Hidup dengan penuh kebahagiaan dan kerukunan serta dianugerahkan segala taufik dan hidayah, kewibawaan dan kebesaran, kehormatan dan kemuliaan, darjat dan daulat, bersemayam di atas takhta singgahsana sebagai Amirulmukminin dengan penuh keberkatan fid-dunia wal-akhirat. Aamiin....

    Sembah Takzim daripada:
    Wangsa Mahkota Selangor
    2 Jun 2013
  • Ratu Rimba Niagara Biar apa pun sistem Raja itu dilandaskan peranan Raja bukanlah semata-mata sekadar menjadi simbol untuk melaksanakan tugas-tugas keraian dan istiadat. Raja bukanlah monumen hiasan yang kaku - tanpa nyawa - tanpa jiwa.
    Raja mampu menyatukan warga, membina sebuah negara bangsa berdaulat. Persepakatan Raja dan rakyat perlu dimartabatkan kerana Payung yang dipayungkan oleh rakyat bagi memastikan payung itu menjadi Penyuluh Seri di dalam Negeri dan Negara agar permuafakatan yang telah lama terpahat di antara Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun di julang untuk melestarikan kesinambungan tamadun, malah meletakkan identiti negara bangsa, lambang Kedaulatan Negara..
    Daulat Tuanku...Daulat Tuanku... Daulat Tuanku... Merafak Sembah Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Mu'tasim Billahi Tuanku al-Haj Abdul Halim Mu'azzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah atas pemasyuran Sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV – 2 Jun 2013 Bersamaan 12 Rejab 1433 Hijrah. Patek sekalian Editor Wangsa Mahkota Selangor Merafakkan sembah penuh taat penuh setia, bertekad memelihara kemuliaan pemerintahan Beraja, memperkukuhkan tradisi negeri bersultan rakyat beraja; tradisi diwarisi turun temurun, agar terus subur dan segar kekal sepanjang zaman, merentas peredaran waktu merentas peralihan masa. Semoga Tuanku dan Raja Permaisuri dilanjutkan usia dalam keafiatan dan senantiasa berada dalam lindungan ILAHI, Hidup dengan penuh kebahagiaan dan kerukunan serta dianugerahkan segala taufik dan hidayah, kewibawaan dan kebesaran, kehormatan dan kemuliaan, darjat dan daulat, bersemayam di atas takhta singgahsana sebagai Amirulmukminin dengan penuh keberkatan fid-dunia wal-akhirat. Aamiin.... Sembah Takzim daripada: Wangsa Mahkota Selangor 2 Jun 2013 Biar apa pun sistem Raja itu dilandaskan peranan Raja bukanlah semata-mata sekadar menjadi simbol untuk melaksanakan tugas-tugas keraian dan istiadat. Raja bukanlah monumen hiasan yang kaku - tanpa nyawa - tanpa jiwa. Raja mampu menyatukan warga, membina sebuah negara bangsa berdaulat. Persepakatan Raja dan rakyat perlu dimartabatkan kerana Payung yang dipayungkan oleh rakyat bagi memastikan payung itu menjadi Penyuluh Seri di dalam Negeri dan Negara agar permuafakatan yang telah lama terpahat di antara Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun di julang untuk melestarikan kesinambungan tamadun, malah meletakkan identiti negara bangsa, lambang Kedaulatan Negara..
    Unlike · · Share · 1822 · 53 minutes ago ·
    You and 17 others like this.
    2 shares
    Idham Mustafa Daulat Tuanku
  • Ratu Rimba Niagara SELAMAT MENYAMBUT HARI KEPUTERAAN DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG KE-14 SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH

    Ampun Tuanku sembah patik harap diampun...
    Tuanku Yang DiSanjungi Lagi Dihormati,
    patik dari Rimba Niagara
    dan wakil dari seluruh Rakyat Rimba Niagara
    mengucapkan selamat menyambut
    Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Peruan Agong Ke- 14
    Sultan Abdul Halim Mu'Adzam Shah
    moga Tuanku dan seluruh rakyat Malaysia...
    DiRahmati Allah Azzawajallah Aamiin

    Ampun Tuanku sembah patik harap diampun...
    Tuanku Yang Di Sanjungi Lagi Dihormati,
    patik mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kerana
    di sepanjang Tuanku Memerintah Malaysia...
    rakyat Malaysia hidup dalam aman dan damai
    dan bersyukur dengan nikmat rezeki Kurniaan Allah Azzawajallah
    di bumi bertuah Malaysia dapat dinikmati oleh semua rakyat tanpa
    terkecuali, pemerintahan Tuanku yang adil lagi saksama kepada
    rakyat Malaysia membuatkan setiap rakyat Malaysia rasa dihargai dalam penuh kesyukuran kerana diKurniakan Allah SWT seorang Raja yang taat kepada Allah SWT dan amat utamakan kepentingan rakyat baginda.

    Ampun Tuanku sembah patik harap diampun...
    Tuanku Yang DiSanjungi Lagi Dihormati...
    Pemerintahan Tuanku yang penuh kasih dan sayang
    kepada rakyat Malaysia menjadi idola kepada semua Raja-Raja Melayu
    yang ada di Seluruh Rumpun Melayu Nusantara.
    Moga Rahmat dan Kasih Allah Robbul Idzati
    DiLimpahi ke atas Tuanku sekeluarga dan seluruh rakyat Malaysia.
    Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

    DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!

    Dengan Ingatan tulus ikhlas daripada patik:
    Ratu Rimba Niagara @ Puteri Nilam Purnama
    Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
    MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
    1 Jun 2013
  • Ratu Rimba Niagara PANTUN PERTABALAN DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG KE-14 SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH

    Sekalung tahniah di atas pertabalan,
    Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Yang di-Pertuan Agong;
    Rakyat 1Malaysia meraikan penuh kesyukuran,
    Ke bawah Duli Yang di-Pertuan Agong.

    Yang di-Pertuan Agong ke-14 berjiwa rakyat,
    Sayangkan rakyat melebihi diri sendiri;
    Budi baik baginda sentiasa di hati rakyat,
    Moga Tuanku dilanjutkan usia dan diRedhai.

    Masalah rakyat masalah baginda juga,
    Baginda fikirkan hingga tak lena beradu;
    Pertahankan negara dan rakyat hingga ke akhirnya,
    Rakyat hargai segala budi baik Tuanku.

    Rakyat sentiasa menjunjung kasih,
    Ke bawah Duli Yang di-Pertuan Agong,
    Rakyat sentiasa berterima kasih,
    Bersyukur kepada Allah Yang Maha Agong.

    Agong kami Raja yang penyayang,
    Sayangkan rakyat sayangkan negara;
    Mahukan rakyat bersatupadu dalam kasih sayang,
    Saling bantu membantu demi negara tercinta.

    Raja dan rakyat berpisah tiada,
    Sehati sejiwa mempertahankan negara;
    Rakyat 1Malaysia mempertahankan institusi di-Raja,
    Raja-Raja sentiasa di hati rakyat Malaysia tercinta.

    Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

    Karya Ratu Rimba Niagara
    13 Disember 2011
    (Bersempena Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-14 Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah)

    PANTUN SULTAN & TYT KESAYANGAN RAKYAT 1MALAYSIA

    Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Agong berwibawa,
    Memerintah negara adil saksama;
    Rela berkorban demi rakyat tercinta,
    Ke mana pergi disayangi rakyat jelata.

    Sultan Kelantan berhemah tinggi,
    Memerintah Kelantan adil saksama;
    Rakyat Kelantan takkan rugi,
    Raja dan rakyat berkerjasama.

    Negeri Sembilan Raja Berdaulat,
    Kepentingan rakyat amat dirasai;
    Raja Negeri Sembilan kesayangan rakyat,
    Sejak generasi dahulu hingga kini.

    DYM Sultan Selangor Raja dihormati,
    Disanjungi rakyat kerana banyak berbudi;
    Budi disemai Allah berkati,
    Moga amalan dibalas di akhirat nanti.

    Sultan Ahmad Shah Sultan Pahang,
    Kebajikan rakyat amat diutamakan;
    Bertuah sungguh rakyat Pahang,
    Mempunyai Raja sentiasa membuat kebajikan.

    Sultan Azlan Shah berjiwa rakyat,
    Galakkan rakyat berjiwa patriotik;
    Berbudi pekerti tinggi mensyukuri nikmat,
    Tuanku disanjungi dan disayangi rakyat Perak.

    Pemangku Sultan Kedah amat dihormati,
    Menabur budi tidak terhingga;
    Ke mana pergi rakyat mentaati,
    Rakyat Kedah amat berbangga.

    Tuanku Syed Sirajuddin Raja prihatin,
    Kepentingan rakyat amat dijaga;
    Masalah rakyat diberi perhatian,
    Bersyukurnya rakyat Perlis tidak terhingga.

    Sultan Kelantan berhemah tinggi,
    Memerintah Kelantan adil saksama;
    Rakyat Kelantan takkan rugi,
    Raja dan rakyat berkerjasama.

    Intitusi di-Raja dekat di hatiku,
    Rakyat Malaysia amat menyanjungi;
    Program bersama rakyat dekat di hati Tuanku,
    Rakyat Johor terharu lagi menyayangi.

    Negeri Terengganu pesat membangun,
    Di bawah pemerintahan Raja penuh kebijaksanaan;
    Tuanku Mizan suka beramal kebajikan,
    Kepada rakyat Terengganu tidak pernah dilupakan.

    Bertuah sungguh rakyat Sabah,
    Punyai TYT yang amat memahami;
    Denyut nadi rakyat Sabah,
    Maju Sabah dan dihormati.

    TYT Negeri Sarawak baik budi,
    Semua rakyat Sarawak menyayangi;
    Tutur kata sebaik budi,
    Akan dikenang hingga ke mati.

    Melaka negeri penuh bersejarah,
    Diperintah oleh TYT yang berkarisma;
    Ramai pelancong datang berhijrah,
    Menjadi Pusat Perlancongan Sejarah yang ternama.

    Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Abdul Rahman Abbas,
    Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang;
    Berjiwa patriotik dan berhati ikhlas,
    Memerintah Pulau Pinang penuh kasih dan sayang.

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    1 Jun 2013
    (KARYA DISIARKAN SEMPENA MENYAMBUT HARI KEPUTERAAN DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG KE-14 SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH PADA 1 JUN 2013 UNTUK TATAPAN SEMUA RAJA & RAKYAT SENUSANTARA TERCINTA)

    KARYA DISIARKAN DI WALL PERDANA MENTERI SEMPENA HARI KEPUTERAAN DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG KE-14 SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH PADA 1 JUN 2013
    1 Jun 2013

    KARYA DISIARKAN DI WALL DYMM SULTAN HASANAL BOLKIAH SEBAGAI TANDA PERSAHABATAN ANTARA DUA BENUA MALAYSIA & BRUNEI DARUSSALAM
    1 Jun 2013
    Like · · Promote
    SULTAN HASANAL BOLKIAH
    April 19
    Aamiin-kan doa ini:
    Ya Allah,
    baguskan agamaku karena ia menjadi peganganku.
    Baguskan duniaku karena disitulah kehidupanku dan baguskan akhiratku karena ia itu tempat aku kembali.
    Jadikan kehidupanku ini sebagai kesempatan untuk memperbanyak amal soleh dan jadikanlah kematianku sebagai tempat istirahat dari semua keburukan.
    (HR. Muslim)
    968240115Unlike · · Share
    SULTAN HASANAL BOLKIAH
    December 18, 2012 via mobile
    Rabbi najjinii minal qaumazhzhaalimiin.( QS:28/21)

    ARTINYA;
    Wahai Tuhanku,selamatkanlah aku dari orang2 yg zhalim

    Rabbi innii limaa anzalta ilayya min khairin faqiir. (QS: 28/24)

    ARTINYA :
    Ya Tuhanku ,sesungguhnya ǎku sangat memerlukan sesuatu kebaikan yg Engkau turunkan kepadaku.
    58110676Unlike · · Share
    SULTAN HASANAL BOLKIAH
    December 15, 2012 via mobile
    Allaahumma innii auudzu bika min ‘ilmin laa yanfa’,
    wa min qalbin laa yakhsya’, wa min nafsin laa tasya’,
    wa min da’watin laa yustajaabulahaa”

    artinya:
    “Ya Allah,
    aku berlindung kepada-MU dari ilmu yang tidak bermanfaat,
    hati yang tidak khusyu,
    jiwa yang tidak pernah puas, dan doa yang tidak terkabulkan”

    ♠̇Aamiin
    Yaa Rabbal 'alamiin
    5178356Unlike · · Share
    SULTAN HASANAL BOLKIAH
    December 5, 2012 via mobile
    Allahumma innii as a'luka 'ilman naa fi'aa ,wa rizqon thayyibaa,wa 'amalaam mutaqabbalaa.

    ARTINYA
    Ya Allah ,sesungguhnya saya memohon kepada Mu ilmu yg bermanfaat,rezeki yg baik , dn amal yg diterima.
    ( HR.Ibnu Majah )

    (PETIKAN DARIPADA WALL WANGSA MAHKOTA SELANGOR , DYMM SULTAN HASANAL BOLKIAH & RATU RIMBA NIAGARA)

    (DISIARKAN DI WALL PERDANA MENTERI, PRINCE ABDUL MALIK,KDYMM SULTAN KELANTAN, KESULTANAN JOHOR & POLIS DIRAJA MALAYSIA & ANGKATAN TENTERA DIRAJA MALAYSIA)
    3 Jun 2013
  • DISIARKAN DI WALL PERDANA MENTERI, PRINCE ABDUL MALIK,KDYMM SULTAN KELANTAN, KESULTANAN JOHOR & POLIS DIRAJA MALAYSIA & ANGKATAN TENTERA DIRAJA MALAYSIA)
    3 Jun 2013
  • Ratu Rimba Niagara PANTUN SATRIA

    Hajat hati nak jadi perwira,
    Tiada kudrat apalah dayaku;
    Namun begitu bersemangat satria,
    Relaku mati demi negaraku.

    Kata ibu datukku seorang pahlawan,
    Keturunan hulubalang Raja Bugis;
    Aku bersyukur berdarah pahlawan,
    Kutiupkan roh patriotik di jiwa pewaris.

    Rupanya aku tidak keseorangan,
    Di luar sana menyokong perjuanganku;
    Sokong menyokong atas dasar perjuangan,
    Di perjuangkan habis-habisan demi negaraku.

    Takkan hilang melayu di dunia,
    Ini sumpah pahlawan Hang Tuah;
    Melayu bersatu bermuafakat bersama,
    Itulah matlamat pewaris Hang Tuah.

    Berjuang tetaplah berjuang jua,
    Pantang undur sebelum berjuang;
    Kepahlawanan melayu terkenal di serata dunia,
    Gagahnya pahlawan terus gilang-gemilang.

    Jasa perajurit memang tidak dilupakan,
    Jasamu mewangi hingga ke mati;
    Siap siaga demi agama dan negara dipertahankan,
    Kaulah perwira rakyat dan negara sejati.

    Pasukan Polis bersedia berkhidmat,
    Bersiap siaga setiap masa;
    Menangani jenayah begitu cermat,
    Agar negara dan rakyat aman sentiasa.

    Tentera Udara Malaysia segak bergaya,
    Berkhidmat sepenuh jiwa dan raga;
    Pertaruhkan nyawa di angkasa raya,
    Keamanan Malaysia di puncak jaya.

    TLDM tidak kurang hebatnya,
    Berada di laut bersiap siaga;
    Musuh yang datang akan ditentangnya,
    Demi keamanan negara sentiasa dijaga.

    Pasukan RELA rela berkorban,
    Berkorban masa dan juga tenaga;
    Berkhidmat dengan RELA atas dasar keikhlasan,
    Demi rakyat dan negara tercinta.

    Jasa PEKIDA tidak dilupakan,
    Matlamatnya jelas pertahankan agama dan negara;
    Kesatria di jiwa dipertaruhkan,
    Semangat perjuangan terus membara.

    PERKASA kusanjung jasamu,
    Berjuang habis-habisan demi agama dan negaramu,
    Tidak pernah berputus asa di hatimu,
    Perjuangan dipertaruhkan tiada jemu.

    PEWARIS Malaysia mempertabatkan melayu tanpa jemu,
    Roh perjuangan tepat dan jelas;
    Semangat membara-bara hidup di hatimu,
    Moga murni perjuanganmu Allah membalas.

    Seni persilatan melayu amat dikagumi,
    Kepahlawananmu tiada tandingannya;
    Generasi muda minat mempelajari,
    Ilmu persilatan melayu dekat di hatinya.

    Kebangkitan rakyat Mesir kekejaman Hosni Mubarak,
    Pemerintahan diterajui menzalimi rakyat;
    Jutaan rakyat bangkit memberontak,
    Akhirnya kemenangan menyebelahi rakyat.

    Kekejaman pemerintahan Libya terus dipertahankan,
    Jutaan rakyat bermandikan peluru dan darah;
    Pemimpinnya rakus gilakan kekuasaan,
    Kemusnahan negara dan rakyat tinggal sejarah.

    Rakyat Malaysia cintakan keamanan,
    Pemimpin Malaysia cintakan negara;
    Rakyat dan pemimpin saling sefahaman,
    Saling berkorban demi negara.

    Peristiwa Mesir dan Libya jadikan pedoman,
    Jangan dengki-mendengki rakyat dan pemimpin;
    Negara sentiasa terus aman,
    Kedaulatan negara sejak berzaman.

    Pahlawan melayu pantang berundur,
    Rela bermandikan darah dihujani peluru;
    Demi pewaris takkan berudur.
    Nyawa dipertaruhkan di setiap penjuru.

    Berkibarlah benderaku terus berkibar,
    Rakyat dan pemimpin terus pertahankan;
    Rakyat Malaysia jangan dicabar,
    Roh perjuangan meniti zaman.

    Karya: Ratu Rimba Niagara
    25 Mac 2011
    (Bersempena Memperingati Hari Polis Malaysia Ke-204 Tahun)
    (PETIKAN DARIPADA GROUP PAGUYUBAN KELUARGA PAHLAWAN INDONESIA)
    3 Jun 2013
(PETIKAN DARIPADA WALL POLIS DIRAJA MALAYSIA & RATU RIMBA NIAGARA)
3 Jun 2013

0 comments:

Post a Comment

 
;