Tuesday, 4 June 2013 0 comments
TEATER BANGSAWAN DIRAJA , 'TAKDIR PARA KSATRIA' Part (7)
Ratu Rimba Niagara shared a status update.
TEATER BANGSAWAN DIRAJA,'TAKDIR PARA KSATRIA'
Bhg (7) Gurindam Rintihan Raja-Raja Melayu
Gurindam Rintihan Raja-Raja Melayu
●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬●
11/13 = Dari Anak Raja (Darah Naga) Kepada Rakyat Jelata
disusun oleh:
(pewaris Bani Jawi)
Assalamualaikum pemula bicara,
Kepada semua rakyat beta,
Hamba rakyat raja di jelata,
Moga selamat aman sentosa.
Pujaan langit Allah yang Esa,
Salawat junjungan Nabi sentiasa,
Ahlul-bait dirahmati semesta,
Juga kepada sahabat berjasa baginda.
Raja-Bendahara satu zuriat,
Iskandar Zulkarnain asal hakikat,
Memutus bicara bersatu wa’ad,
Daulat... Bertambah daulat !!!
Wahai cucunda Raja-Raja Melayu,
Hibanya hati nenda nan sayu,
Payungi kembali agama wahyu,
Jangan biarkan bangsa ku melayu.
Istilah Melayu hakikatnya terang,
Ciri tasawuff bukan sembarang,
Tawadhu’ diri sifat cemerlang,
Ujub takabbur semuanya hilang.
Bangsa Melayu tinggi ruhaniyyat,
Dengan Allah diri diikat,
Alam akhirat selalu diingat,
Membuat kebajikan itulah tekad.
Wahai cucunda Raja Melayu sekelian,
Rintihan nenda sila dengarkan,
Tampil kembali sila ke depan,
Bangsa Melayu perlu ketuanan.
Bicara kita bukan sembarang,
Terbit dari kalbu nan bimbang,
Ingin berkongsi sejarah gemilang,
Buat ibarah pedoman yang terang.
Bangsa Melayu pernah berdaulat,
Tulus budi tinggi martabat,
Memegang adat menjunjung syariat,
Pernah menempa zaman nan hebat.
Dimana raja di situ kerajaan,
Sudah tertakdir kurniaan Tuhan,
Raja Melayu nobat kedaulatan,
Hamba Melayu menjunjung sultan.
Demang Lebar Daun bangsawan gahara,
Asal leluhur keluarga bendahara,
Sang Nila Utama dijadikan putera,
Ijabkabulkan dengan si dara.
Sang Nila Utama bangsawan bertuah,
Demang Lebar Daun mengurnia daulah,
Negeri Palembang kerajaan diserah,
Raja Melayu ditabal sudah.
Demikian adanya sumpah setia,
Asal Melayu Bendahara tuannya,
Hamba Melayu amanah pundaknya,
Nila Utama diserah tonggaknya.
Wa’ad Melayu sudahlah terang,
Bangsa Melayu adatnya terbilang,
Raja Melayu manikam benderang,
Bendahara Melayu permata gemilang.
Tersebut kisah negeri Melaka,
Rakyat jelata berkapal belaka,
Ramai pedagang membuat harta,
Pesat dan masyur seisi kota.
Raja Melaka mendapat firasat,
Bermimpi Nabi (SAW) memberi amanat,
Allah hendak memberi mandat,
Supaya baginda menyebar syariat.
Raja Melaka gelisah nan amat,
Terkenang mimpi dapat hidayat,
Sekonyong baginda jadi terperanjat,
Anu baginda telah disunat.
Sayyid Abdul Aziz seorang ulama,
Dari Jeddah membawa amanat,
Mengajar raja syahadah azimat,
Maka zahirlah segala alamat.
Ulama keturunan Rasulullah (S.AW.),
Jolokan AHLUL-BAIT dalam risalah,
Sama mendokong tugas dakwah,
Diberi kemuliaan duli Khalifah.
Sultan Muhammad nama diberi,
Menggerak dakwah tak kira hari,
Syariat Islam sudah terdiri,
Wajah bercahaya penuh berseri.
Maka masyurlah titah Sultan,
Agama Islam menjadi anutan,
Amal hakikat mencetus kesan,
Melaka menempa zaman keemasan,
Ulama syariat ulama tariqat,
Membimbing Raja amalan muafakat,
Gotong royong amalan rakyat,
Seisi negeri mendapat berkat.
Kesultanan Melayu rantaian khilafah,
Ajaran Tauhid menjadi falsafah,
Mengikut amalan sunnah Rasulullah (SAW),
Sejahtera dunia serta akhirah.
Raja Melaka mencurah jasa,
Pencetus tamadun budaya bangsa,
Agama dan adat diadun mesra,
Bangsa Melayu jadi perkasa.
Bukanlah maksum Raja Melaka,
‘Aib peribadi ada belaka,
Namun rakyat tetap dijaga,
Lindungi bangsa dari celaka.
Sultan Muhammad jasa tak hilang,
Sultan Muzaffar da’iee cemerlang,
Sultan Alauddin taqwa terbilang,
Sultan Mansur menempa gemilang.
Sultan Mahmud sejarahnya malang,
Mengikut kata fitnah petualang,
Bala turun Portugis menyerang,
Namun raja tetap berjuang.
Raja Melaka bermacam sejarah,
Suka dan duka dibuat ibarah,
Jasa dan bakti tetap dicurah,
Tonggak Melayu sedikit tak goyah.
Dalam sejarah Melayu nan panjang,
Banyak penjajah telah mendatang,
Penuh takabbur ajak berperang,
Raja dan rakyat mahu diganyang.
Orang Melayu penuh budiman,
Akhlak dan budi penuh santunan,
Namun agama jangan perlekehkan,
Badan dan nyawa galang gantikan.
Orang Melayu bertasawuff belaka,
Hubungan Allah sentiasa dijaga,
Bila si kafir nak buat celaka,
Jihad sabil isytihar senegara.
Bila penjajah isytihar perang,
Ulama ke depan beri perangsang,
Bersama rakyat jadi hulubalang,
Raja Melayu turut berjuang.
Pesanan cerdik pandai terbilang,
Jikalau daulah hendak cemerlang,
Nawaitu agama perlu dipegang,
Nescaya terbit kerajaan gemilang.
Jika dibuat kerana Allah,
Umat Islam tak akan mengalah,
Nyawa dan badan sanggup diserah,
Bersama Tuanku duli Khalifah.
Umat mengharap syurga menunggu,
Di medan jihad saling membantu,
Walau maut muncul di pintu,
Wajah berseri sedikit tak buntu.
Zaman berzaman begitu keadaan,
Ulama umara satu fahaman,
Raja dan rakyat seperti sebadan,
Bangsa Melayu Allah daulatkan.
Apa nak buat dah takdir zaman,
Umat ditimpa penyakit Al-Wahan,
Cinta dunia takutkan kematian,
Fitnah rempuh berasak-asakan.
Sampai waktunya sudah tersurat,
Petualang Melayu mendapat kudrat,
Dengan Inggeris ambil muafakat,
Dari Illahi putuslah rahmat.
Petualang bangsa buat mudarat,
Pedoman baru berganti tempat,
Siapa kuat dia kudrat,
Tanah Melayu jangkitnya melarat.
Ditolak ketepi benar dan salah,
Dinilai kira, menang dan alah,
Sesuka hati adat diubah,
Akhirnya Melayu mendapat tulah.
Aturan lama tiadalah tempat,
Pusaka bangsa kini merempat,
Inggeris durjana masihlah sempat,
Agama dan adat sering diumpat.
Aturan Melayu Inggeris membenci,
Ke sana-sini mencaci-caci,
Aturan bangsanya sering dipuji,
Konon sempurna tiada yang keji.
Bangsa Melayu binasa adat,
Raja Melayu luput hakikat,
Tanah Melayu hilanglah daulat,
Bumi bertuah Inggeris mendapat.
Sudah suratan apalah malang,
Petaka bangsa tak dapat dihalang,
Warisan murni runtuhlah tiang,
Permata Melayu sudahlah hilang.
1957 Malaysia merdeka,
Sorak sorailah semua belaka,
Apalah malang musibah tak leka,
Bangsa Melayu masih celaka.
Mengapa daulah tidak dipulangkan,
Kepada yang berhak institusi kesultanan,
Sebagaimana dahulu resmi kerajaan,
Sebagai mengikut aturan Tuhan.
Mengapa sekular negara diserah,
Kepada bangsa menjadi barah,
Kemelut Melayu tak sudah-sudah,
Semakin lama semakin parah.
Perintah negeri amanat Tuhan,
Telah sedia adat dan aturan,
Pelihara rukun zaman berzaman,
Bangsa Melayu tetaplah aman.
Demi Allah demi RasulNya (SAW),
Cunda semua peganglah daulahnya,
Jadi payungan Melayu semula,
Jadi pelindung adat agama.
Pulihkan semangat, maruah bangsa,
Hakikat Melayu kembalikan bisa,
Walau kuasa yang tinggal sisa,
Jangan sekali berputus asa.
Ketuanan Islam harap kembalikan,
Keluhuran adat tolong pulihkan,
Adat dan agama jangan pisahkan,
Ia umpama nyawa dan badan.
Raja Melayu menjaga negeri,
Umat Melayu kembali berdiri,
Bersama meredah onak dan duri,
Naungan Allah pasti kembali.
Kita berjumpa di akhirat kelak,
Berkumpul sama jemaah umara,
Dengan Allah kita menghadap,
Moga diterima amal mujarab.
Sekian bicara kita adanya,
Raja Melayu dari makamnya,
Kepada semua raja rakyatnya,
Moga mendapat faedah darinya.
●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬●
Ratu Rimba Niagara shared Ym Nikmohdkamal Tydpmqtk's photo.
Khai Noor shared Ym Nikmohdkamal Tydpmqtk's photo.
Redzuan Bengkeng
Salam penyatuan salam satu kalimah buat smua karyawan serta sahabat
Ratu Rimba Niagara SALAM SATU KALIMAH SEHATI SEMURNI KALIMAH SYURGA-NYA SALING SOKONG MENYOKONG DALAM PERJUANGAN FISABILILLAH .
IN SHAA ALLAH AAMIIN.
RENUNGKAN BETAPA RAKYAT KASIHKAN INSTITUSI BERAJA:-
By: Wangsa Mahkota Selangor
Dalam Sejarah Melayu, Puteri Gunung Ledang dikatakan amat cantik hingga diingini oleh Sultan Mahmud dari Kesultanan Melaka. Puteri Gunung Ledang dikatakan menolak pinangan Sultan Mahmud dengan mengenakan tujuh syarat yang tak mampu ditunaikan,
Ialah :-
1. 1 jambatan emas dari Melaka ke Gunung Ledang [Di tunaikan]
2. 1 jambatan perak dari Melaka ke Gunung Ledang [Di tunaikan]
3. 7 dulang hati nyamuk [Di tunaikan]
4. 7 dulang hati hama [Di tunaikan]
5. 7 tempayan air mata anak dara [Di tunaikan]
6. 7 tempayan air pinang muda [Di tunaikan]
7. 1 mangkuk darah Raja Ahmad [Tidak dapat Di tunaikan]
Semua syarat itu sanggup ditunaikan oleh Sultan Melaka kecuali darah puteranya.
Pada saat Sultan ingin mengambil darah puteranya muncul Puteri Gunung Ledang.
Lantas berkata - " HEII SULTAN YANG ZALIM, PATIK TAK SUDI MENJADI PERMAISURI TUANKU. TUANKU TERLALU KEJAM INI BERERTI KELEMAHAN TUANKU, SELAMAT TINGGAL".
Saat rakyat menentang Istana :-
Sultan Mahmud ingin turun dan berhadapan dengan sekalian rakyat yang MENUNTUT KEADILAN atas KEZALIMAN yang dilakukan.
Kata-kata Bendahara :
Tuanku adalah TUAN PATIK, Selagi hidup pacal tua ini. Patik tidak izin kan sesiapa pun menjetik tuanku, patik pohonkan jangan lah Yam Tuan keluar. AMPUN TUANKU...
Kata-Kata Sultan :
Bendahara, nyawa beta bukan di tangan mereka, kalau sudah sampai ajal. Di dalam istana mati di luar istana pun mati juga.
Setiba Sultan di Perkarangan Istana di Hadapan Rakyat yang memberontak menuntut keadilan.
Kata-Kata Sultan :
Rakyat Ku Yang Taat Setia, Beta Berasa Megah Kerna Adanya Perpaduan Yang Erat Rakyat Seluruhnya. UNTUK MENUNTUT KEADILAN, Sekarang Beta Telah Insaf.
Rosaknya Budi Pekerti Sultan Adalah MERUPAKAN SENDI KERUNTUHAN YANG MAHA HEBAT, Sebaliknya Sultan Yang Adil ADALAH MERUPAKAN KUNCI KESEJAHTERAAN DAN KEMAKMURAN RAKYAT DAN NEGERINYA.
Sekarang Beta Mengaku Di Atas Kesalahan-Kesalahan Beta Yang Telah Lampau. Sebaliknya Jika kamu Ingin Bunuh Beta, Silakan. Beta Rela...
Beta Serahkan Nayawa Beta Kepada Kamu Sekalian. Dan Seseorang Yang Hampir Menemui Maut Berhak Memohon Maaf Di Atas Kesalahannya....
Maka sekalian rakyat pun berseru DAULAT TUANKU... DAULAT TUANKU... DAULAT TUANKU...
Seruan DAULAT TUANKU di LAUNGKAN kerna RAKYAT Amat KASIHKAN RAJA YANG SANGGUY MENGAKUI KESILAPANNYA YANG LAMPAU.
Ratu Rimba Niagara
RAJA YANG MENGUTAMAKAN RAKYAT DARIPADA KEPENTINGAN SENDIRI.
Tersebutlah kisah si Puteri Gunung Ledang
Pada abad ini
Cantik jelita bijak bistari
Hingga ingin dilamar pewaris Sultan Mahmud
Si Puteri Gunung Ledang meletakkan 7 syarat
Jika ingin memiliki cintanya
1. Cincin permata Syurga
2. Hati berbunga cinta Syurga
3. Harta diinfakkan ke jalan Allah
4. Jiwa cintakan rakyat kerana-Nya
5. Berbahasa ahli Syurga
6. Pejuang fisabilillah
7. Menyediakan jambatan ke Syurga Firdausi
Kesemua syarat itu sanggup sultan laksanakan
tapi tak tahu apa yang tersirat di sebalik syarat itu
lalu baginda bertanya kepada bendehara
"Tuanku...jika tuanku ingin memenuhi semua syarat-syarat
Si Puteri Gunung Ledang itu
Bertanyalah kepada ulama istana
Pasti akan dapat memberi jawapan yang tepat
Setelah bertanya ulama fahamlah Sultan Mahmud apa
syarat yang dikenakan oleh Puteri Gunung Ledang
kerana cintanya yang mendalam kepada Puteri Gunung Ledang
Sultan Mahmud, berlakulah perubahan kepada seluruh rakyat jelata
rakyat jelata tiada yang susah lagi menderita.....
semuanya saling bekerjasama bantu membantu
dalam bahasa yang selalu dijaga setiap masa
segala masalah rakyat dapat diselesaikan
rakyat hidup rukun aman dan damai....
Tiba masanya Sultan Mahmud berjumpa dengan
Si Puteri Gunung Ledang
Untuk melamar si Puteri yang dicintainya
Sultan Mahmud dukacita setelah lamaran ditolak
oleh si Puteri Gunung Ledang...
"Patik sudi menjadi permaisuri tuanku jika pilih patik tidak rakyat tuanku"
"Pastilah beta pilih rakyat daripada cinta beta...bagi beta rakyat adalah lebih utama daripada cinta...."
"Subhanallah sebab itu patik sudi menjadi permaisuri tuanku kerana-Nya. Patik suka jiwa tuanku yang lebih utamakan rakyat daripada kepentingan sendiri"
Seluruh rakyat yang mendengar lafaz cinta Sultan Mahmud dengan Puteri Gunung Ledang melaungkan Allahu Akbar ...
"ALLAHU AKBAR SYUKUR KAMI PADA-MU YA ALLAH MENGURNIAKAN SULTAN YANG LEBIH MENGUTAMAKAN KAMI DARIPADA KEPENTINGAN SENDIRI....
"DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAUALAT TUANKU!"
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
9 April 2013
Mohd Sani Parmon makam sultan melaka yg terakhir telah saya pergi...melaka yg di kenali kerana kesultananya tapi akhirnya tidak bersultan...dan...hanya beberapa sultan yg masih berdaulat di tanah melayu ini...
Ratu Rimba Niagara akan wujudkah sultan melaka? warisnya di mana menghilang dan adakah sultan melaka berjiwa pahlawan juga ye...jika tahu sudilah ceritakan pada hamba...sekadar ingin tahu .....
Mohd Sani Parmon saya bukanlah ahli sufi mahupun pengkaji sejarah...cuma salah seoarang peminat sejarah dan keilmuan melayu...saya rasa tiada akan wujud lg sultan melaka..yg tinggal hanyalah fakta sejarah...seringkali kita kaitkan sultan berjiwa rakyat...tapi pada dasarnya,zaman lampau jika kita berkuasa dan berpengaruh,maka kita adalah penakluk...contohnya spt yang Ratu Rimba Niagara nyatakan...sultan melaka berjiwa rakyat,pada saya di sebalik fakta yg Ratu Rimba Niagara nyatakan ada benar n ada yg bercanggah...misalnya...sultanmelaka membatalkan perkahwinan di saat akhir persiapan,bertapa aibnya pihak perempuan di mana perkahwinan yg di agung2 kan di batalkan..kerana kuasa penakluk,sultan membatalkan dgn sewenag2 nya..tampa memikirkan pihak yg lain..dan yg paling menduka citakan sultan pergunakan rakyat jelata untuk kepentingan sendiri..korbankan rakyat jelata untuk memenuhi syarat yg di tetapkan..sehingakan ramai rakyat jelata yg terkorban dan berpecah belah...sedangkan syarat puteri gunung ledang itu sedia maklum adalah untuk menguji sultan melaka..dan akhirnya sultan melaka x dapat memenuhi syarat yg di tetapkan.."sanggup mahu membunuh anaknda nya sendiri "untuk setempurung darah ! kerana nafsu serakah dan kuasa penaklukan sultan menjadi angkuh...sultan menyesali setelah ramai rakyat terkorban dan berpecah belah..adakah nyawa dan keamanan rakyat itu tidak bernilai ? tentang pewaris...saya belum pernah dengar ttg pewaris sultan melaka...walaupun banyak tempat2 yg boleh di katakan sangat rapat ttg sejarah keperlawahnan melayu saya lingkari...sultan melaka tidak berjiwa pahlawan..hanya bersandarkan hang tuah,sultan bermegah..walau bagai manapun saya lebih menyokong hang jebat..kerana dia berjiwa pahlawan sejati..menegakan keadilan...berjuang kerana khabarnya tuah di bunuh..tampa usul periksa yg waras oleh sultan melaka..saya yakin jebat x bersalah dgn amukan yg di lakukan..kerana sahabatnya di bunuh tampa usul periksa yg sahih...tapi sayangnya dia di bunuh oleh tuah sendiri...sedangkan dia mahukan keadilan yg khabarnya tuah di bunuh dgn arah sultan yg kejam dan gila kuasa umpama melepaskan "anjing tersepit,diri sendiri di gigit"
Mohd Sani Parmon saya pula bertanya pd Ratu Rimba Niagara..adakah hang tuah itu pahlawan sejati ?
Ratu Rimba Niagara kalau nak tahu Hang Tuah Pahlawan Sejati...kerana hamba ini adalah pewaris Pahlawan Hang Tuah....sebab apa...hamba menyahut cabarannya iaitu .'TAK AKAN HILANG MELAYU DI DUNIA....!!' sejujurnya hamba bukanlah seorang sri kandi berjiwa pahlawan...tapi kerana setiap kali hamba mendengar kata-kata Laksamana Hang Tuah tak akan hilang melayu di dunia....hamba mengarang...mengarang...mengarang...puluhan tahun hamba mengarang hingga sekarang....pelbagai tema yang hamba karangkan semua tema ada...tapi tiada seorang pun yang mahu menyokong perjuangan hamba....hamba berjuang kesendiriaan...biarpun hamba cuba membuka ruang kepada raja, pahlawan, perwira,laksamana, tentera, pemimpin, dengan menlantik mereka sebagai rakan fb hamba...tapi mereka terus membisukan ide mereka dan dilantik sebagai rakan fb mahu pun grup sekadar pepatung bisu yang tak mahu menyokong atau memberi apa pun ide yang bernas pada dunia sastra nusantara hamba....yang sedihnya mereka sudahlah tak menyokong tapi mengutuk menghina hamba seperti hamba ini tak punya perasaan seperti robot...makanya hamba terus removekan mereka sebagai rakan fb hamba....kerana tak memberi apa-apa impak dalam dunia sastra nusantara hamba. Setiap rakan fb hamba adalah pejuang karya sastra nusantara hamba...jika mereka tidak sudi makanya hamba tiada masa untuk menanti lagi. Begitu tegasnya hamba dalam memartabatkan karya nusantara hamba sendiri.
Berkat hamba sabar mendapatkan bahan-bahan sastra nusantara biarpun terluka hati dan dihina ...hamba relakan kerana ini jalan yang hamba pilih....di sini hamba petik daripada kisah-kisah benar Hang Tuah yang setia kepada raja tapi tetap dihalau oleh raja seperti anjing kurap...saksikan dan hayati setiap baris ayat yang ingin dikisahkan ini...agar kamu tahu akulah pewaris Laksamana Hang Tuah...kerana aku mahu menyahut cabarannya, "TAK AKAN HILANG MELAYU DI DUNIA'
Mohd Sani Parmon dalam keilmuan kebatinan,jurusan,buah pukul dan lain2..sampailah ke zaman kiai salleh atau nama lainya guru salleh yg memartabatkan "selendang merah" sesuatu yg sering di ingatkan dalam keilmuan melayu..JANGAN SESEKALI KITA MENGAMBIL APAPUN DARI PIHAK LAWAN ATAU PIHAK MUSUH TERUTAMA SEJATANYA ! itu klue dari saya...*pada saya hang tuah bukanlah pahlawan sejati..kenapa ? hang tuah bukanlah hebat seperti yg di gembarkan...pertama,dia telah mengambil keris PANGLIMA TAMING SARI dari MAJAPAHIT..yg ketika itu mereka sedang beradu tenaga..tindakan itu boleh di anggap BACUL ! kerana mengambil senjata pihak lawan...sedangkan pada masa itu hang tuah sedang di awangan kekalahan..lantas akan memalukan tanah MELAKA..kerana hang tuah yg pada masa itu sering di perkatakan hebat,handal..padahal ramai lagi pahlawan yg handal2...kehebatan hang tuah hanya ketika keris TAMING SARI di tanganya...buktinya ketika dia berdebat dgn hang jebat...betapa lemahnya dia...dan tindakan jebat yg mulia dan pendekar sejati menyerahkan TAMING SARI pd hang tuah semula...kerana hang jebat sedar TAMING SARI bukanlah miliknya...walaupun dia tahu dia akan kalah seandainya dia menyerahkan TAMING SARI pd hang tuah..tapi..itulah yg di namakan PENDEKAR SEJATI..kalau hang tuah setia pd sultan,apakah yg dia lakukan terhadap DANG ANUM sebelum dia menyerahkan DANG ANUM pada sultan MELAKA ?apakah itu yg di namakan setia atau setia kerana nama sahaja?agar di agung2kan ?..dalam riwayat,KERIS TAMING SARI telah tuah buang ke sungai..dan bersumpah takan hilang melayu di bumi..akan wujud hang tuah bila timbulnya KERIS TAMING SARI..tapi kenapa KERIS TAMING SARI di gunakan setiap kali PERTABALAN YG DI PERTUAN AGONG ?termasuk agong yg terbaru yg sebagai sultan KEDAH ? dan setahu saya KERIS TAMING SARI di simpan di istana NEGERI PERAK !pada saya fakta sejarah yg di tokok tambah..mengarut...sedahgkan pakara yg berlaku tidaklah sehebat mana...*saya bukanlah keturunan para pendekar,ataupun pahlawan..tapi sama keturunan dgn WALI SONGO yg telah mengislamkan JAWA..harap Ratu Rimba Niagara..kaji semula dan mendalami semula fakta sejarah,mana yg benar,mana yg di tokok tambah dan mana yg mengarut..SEBENARNYA YG MEMBANTU DAN MENYELAMATKAN TANAH MELAYU DARI PENJAJAH ADALAH "ACEH DAN MAJAPAHIT"
Ratu Rimba Niagara saya mahu tanya mohd Sani Parmon....adakah Hang Tuah itu kisah benar atau kisah dongengan melayu zaman purba?
Mohd Sani Parmon Ratu Rimba Niagara..hang tuah adalah kisah benar dan sahabat2nya juga juga benar..penuh misteri dan konspirasi...tapi sebenar yg berlaku banyak yg telah di tokok tambah..walaupun yg di tokok tambah itu ada yg benar dan terlalu banyak yg hanya cerita dusta..
Ratu Rimba Niagara kerna ada yang kata dongengan kalau benar pastilah Raja melaka ada sampai sekarang...tapi hingga kini tiada....
tapi apapun kisah ini samada benar atau pun tidak....
kita sebagai hamba-Nya kena percaya qada & qadar
takdir setiap hamba-Nya....
telah ditakdirkan Malaysia ini punyai Raja-Raja
dan telah ditakdirkan melaka tidak beraja walaupun awalnya beraja...
itulah takdir yang setiap daripada kita harus yakin
jika kita pertikaikan takdir Allah
lho boleh jadi kita ini tergolong dari hamba-Nya yang kufur...nauzubillah....
Ratu Rimba Niagara TELAH DITAKDIRKAN SAYA DAN KAMU UNTUK MEMBAHASKAN ISU TAMING SARI & HANG TUAH....
KERANA SETIAP KEPUTUSAN YANG KITA AMBIL ITULAH TAKDIR KITA
SESUNGGUH-NYA ALLAH MAHA PENGATUR TAKDIR YANG SEMPURNA UNTUK SETIAP HAMBA-NYA CUMA-NYA KITA SEMUA JANGAN SEKALI PERTIKAIKAN TAKDIR YANG TELAH DITAKDIRKAN...JIKA KITA PERTIKAIKAN BERARTI KITA TIDAK REDHA AKAN TAKDIR YANG TELAH DITAKDIRKAN.
Mohd Sani Parmon antara Sultan melaka dan Hang tuah tiada hubung kait kecuali hubungan antara sultan dan panglima..maksudnya tuah bukanlah berdarah sultam melaka...makam sultan melaka yg terakhir berada Di KAMPUNG RAJA PAGOH JOHOR..cuba2 lah lawati kalau ada kesempatan dan andai berminat mencari bukti..seperti saya mendalami keilmuan melayu satu masa dulu..sultan melarikan diri ke pagoh ketika patugis menyerang melaka dan beliau mangakt di pagoh lantas di kebumikan di tepi satu surau di kampung raja tersebut..tapi kenapa seoarang sultan di kebumikan hanya di tepi surau ? jawapanya dia mangkat bukan di negeri melaka tapi di tanah johor..
Mohd Sani Parmon JANGAN HANYA BERSERAH PADA TAKDIR..KERNA TAKDIR ITU SUNGGUH KEJAM !SEBABNYA TAKDIR TIADA PUNYA DAYA RASA..TIADA PUNYA RASA SEDIH,GEMBIRA ATAUPUN MARAH..YANG MENGHADAPI KITA SENDIRI..SUKA MAHUPUN TIDAK KITA AKAN MENERIMANYA...KECUALI KITA BERUSAHA TIADAAKAN TADIR YG MALANG PERGI KE KITA..DAN ALLAH ITU TELAH BERKATA 'TIADA AKAN BERUBAH NASIB SESEUMAT KECUALI UMAT ITU BERUSAHA UNTUK MENGUBAH NASIBNYA SENDIRI..DAN ITULAH TAKDIRNYA UNTUK UMAT ITU "
Ratu Rimba Niagara ITULAH TAKDIRNYA MEMBUKTIKAN SULTAN SUDAH MUHASABAH DIRI MANGKAT DALAM HATI SUCI TANPA MEMIKIRKAN DARJAT DAN KUASA LAGI...SUBHANALLAH INDAH-NYA TAKDIR...BIARPUN TIDAK BERGELAR RAJA TAPI BERGELAR HAMBA ALLAH YANG MAHU PULANG KE PANGKUAN-NYA DALAM HATI YANG SUCI BERSIH DAN TENANG MOGA SYURGALAH TEMPATNYA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN.
Ratu Rimba Niagara
AKU PILIH BERNAFAS DALAM FISABILILLAH
Hakikatnya kita cumalah hamba-Nya walau siapa pun kita...
Biarlah kita hina pada pandangan manusia
Asalkan mulia di Sisi Allah Taala
In Shaa Allah AAmiin.
Jika kita tahu hakikat hidup
Apa artinya hidup ini
Kita akan sentiasa muhasabah diiri
Adakah aku masih bernafas esok hari?
Jika aku tahu esok aku tidak bernafas lagi
Maka hari ini aku pilih bernafas dalam fisabilillah....
RATU RIMBA NIAGARA|
13 April 2013
(PETIKAN DARIPADA TEATER BANGSAWAN DIRAJA, 'TAKDIR PARA KSATRIA')
4 Jun 2013
Ratu Rimba Niagara shared Ratu Legenda Legenda's photo.
Ratu Rimba Niagara shared Ratu Legenda Legenda's photo.
Khai Noor shared Ym Nikmohdkamal Tydpmqtk's photo.
Ratu Rimba Niagara shared Ym Nikmohdkamal Tydpmqtk's photo.
Khai Noor shared Ym Nikmohdkamal Tydpmqtk's photo.
Khai Noor shared a status update.
Rinaldi Rizal added a new photo.
Ratu Legenda Legenda changed her profile picture.
WWW
0 comments:
Post a Comment