Tuesday 4 June 2013

TEATER BANGSAWAN DIRAJA,'TAKDIR PARA KSATRIA' Bhg (5) PAHLAWAN DIRAJA NUSANTARA

 Tuesday, 4 June 2013 0 comments

TEATER BANGSAWAN DIRAJA , 'TAKDIR PARA KSATRIA' Part (5)



 
TEATER BANGSAWAN DIRAJA ,'TAKDIR PARA KSATRIA' Part (5)

PAHLAWAN DIRAJA NUSANTARA

Pahlawan diRaja ke ni...
Nampak segak bergaya
Wajah ceria
Berhati gembira
Walaupun perkasa
Dalam hati ada taman
Taman hati bertahtakan iman...
Moga pahlawan diRaja melayu
Terus memartabatkan institusi diRaja
Mempertahan rakyat dan negara
Hingga ke titisan darah terakhir

Ratu Rimba Niagara
4 Jun 2013

Badar Al-ahmadi Trima kasih sahabatku Dewa Naga....ingin ku malihat biskita berpencak lgi...buat Ratu Rimba Niagara , patik ucapkan trima kasih..dgn nukilan puisi diatas...

Ratu Rimba Niagara Titah dijunjung tuanku...
Di hari pertabalan hamba menjadi Ratu Rimba Niagara..
Sudilah dapat mempersembahkan pencak silat diRaja Nusantara..
Agar terkagum undangan diRaja & Para ksatria yang hadir..
Betapa Tuanku DiRaja berjiwa rakyat yang gagah perkasa.

Dewa Naga Badar Al-ahmadi InsyaAllah sahabat ku...

Ratu Rimba Niagara

Daulat Tuanku...
Ampun Tuanku beribu ampun,
Mohon patik masuk mengadap
Mohon patik merangkai khilaf
Mohon patik persembah rasa
Tuanku pelindung keluhuran
Tuanku Payung kesejahteraan

'Semoga bumi Melayu bertambah jaya...'

MARILAH KITA SAMA-SAMA MENGHORMATI INSTITUSI DIRAJA

Sakit Raja sakitlah rakyat
Raja sanggup utamakan rakyat daripada kepentingan sendiri
Rakyat yang derhaka adalah rakyat yang tak tahu mengenang budi
Dan seharusnya dibuang negeri tidak diakui kerakyatannya
Makanya marilah kita sama-sama menghormati Institusi DiRaja!
Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

RATU RIMBA NIAGARA
4 Jun 2013

HARI PERTABALAN PUTRI RIMBA MENJADI RATU RIMBA NIAGARA

Istana Rimba dihias indah kerana seluruh penghuni rimba akan meraikan hari paling bersejarah di Rimba Niagara iaitu
Pertabalan Putri Rimba Niagara sebagai Ratu Rimba Niagara. Dengan pertabalan itu nanti maka termetrilah sudah Ratu Rimba sebagai Ratu yang memerintah seluruh Rimba Niagara.

Seluruh Penghuni Rimba menyambut berita ini dengan gembira dan berita gembira inilah yang ditunggu-tunggu sejak berkurun lamanya.

Mereka semua bergotong royong unuk meraikan majlis paling bersejarah itu.

Di hari tersebut Putri Rimba didandan indah oleh jurusolek yang terkenal dan pakaian Tuan Putri ditaja oleh seorang hamba Allah yang meminati ukiran daunan kasih Tuan Putri dan sentiasa menyokong Tuan Putri dari mula mengenali hingga ke akhirnya.

Hari Pertabalan tersebut di adakan pada Tanggal 13 hb Ogos 2012.
Semua mata tertumpu kepada Tuan Putri Rimba Niagara tika itu.
Ketika mahkota di letakkan di atas kepala Tuan Putri Rimba Niagara
bergema...ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR

Putri Rimba yang sudah bergelar Ratu Rimba Niagara tertunduk
sambil menitiskan airmata. Ratu Rimba Niagara bertitah ...

BismillahirRahmanirRahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Kepada seluruh penghuni rimba yang beta kasihi dunia akhirat.
Beta bersyukur ke hadrat Ilahi dengan pengurniaan ini kepada
beta.

Biarpun sudah ditabalkan menjadi Ratu untuk
memerintah seluruh Rimba Niagara ini...beta tetaplah seorang
hamba-Nya yang kerdil di Sisi-Nya.

Beta ditabalkan menjadi Ratu di Rimba Niagara ini adalah atas Ketentuan Ilahi makanya beta terima dengan redha dengan harapan semoga beta dapat menjalankan tanggungjawab beta sebagai seorang Ratu yang bertanggungjawab kepada semua rakya di Rimba Niagara ini. Jika beta mengabaikan tanggungjawab beta sebagai seorang Ratu pasti di akhirat nanti beta akan ditanya oleh Allah Azzawajallah maka dengan ini beta merayu kepada seluruh penghuni Rimba Niagara memberi kerjasama kepada beta untuk melestarikan keamanan dan kemakmuran Rimba Niagara ini demi seluruh rakyat Rimba Niagara agar dapat hidup aman damai tenteram bahagia dalam Redho Ilahi berkekalan selama-Nya selagi ada bulan dan matahari. Aammin Ya Rabbal A'Lamin.

Setelah Ratu Rimba Niagara habis bertitah bergemalah suara seluruh rakyat Rimba Niagara.

DAULAT TUANKU RATU! DAULAT TUANKU RATU!
DAULAT TUANKU RATU!

KARYA: PUTRI RIMBA NIAGARA
11 Julai 2012

GURINDAM PUISI KASIH SEPENUH JIWA
UNTUK PUTRI RIMBA NIAGARA

"Tuan Putri Rimba...kami berdua ada mengarangkan
gurindam istimewa untuk Tuan Putri."
"Iye ke ...sejak bila ni pandai bergurindam , bersyair,
berpuisi ni kunta kunte..."
"Setiap hari membaca dan menghayati karya tuan putri dari pagi ke petang...petang ke malam setiap hari...ilmu bergurindam berpuisi berpantun dapatlah ke kami Tuan Putri. Tuan Putri asyik mengarang puisi untuk kami...kami juga hendak mengarangkan puisi untuk Tuan Putri..jom kita pergi ke pantai ombak rindu.... di sana nanti banyak ilham dan penuh penghayatan..."
"Waw hebat kalian berdua ye..."

Mereka bertiga pergi ke pantai ombak rindu rimba niagara.
Si Kunta Si Kunte membaca bergilir-gilir. Puisi gurindam kunta kinte
Diringi muzik deruan ombak yang menderu-deru..amat syahdu dialun-alun oleh ombak rindu...

GURINDAM PUISI SAYANG SEPENUH JIWA UNTUK PUTRI RIMBA NIAGARA

Terima kasih Tuhan
Hadirkan kami hamba-Mu
Tuan Putri tuk kami
Kami syukuri dalam iman

Kami dapat menumpang kasih
Kami sayang Tuan Putri kami Tuhan
Kami bahagia hidup bersamanya Tuhan
Hari-hari hidup kami bahagia
Dibajai dengan kasih sepenuh kasih
Hari-hari semakin kasih
Hari-hari semakin sayang

Jika berjauahan kami rindukannya Tuhan
Kami rindukan candanya
Kami rindukan puisinya
Maka kami tak sanggup berjauhan
Darinya Tuhan

Melalui tinta yang dicurahkan
di kanvas daunan ukiran kasih
kami baca kami hayati
Lagi kami baca
Lagi kami teruja
Untuk merindui dan mencintai-Mu Tuhan
Syukur kami Tuhan
Kau kurniakan kami
Tuan Putri yang
Tak lelah tuk
Berbahasa indah
Mengajak kami
Mencintai-Mu Merindui-Mu Tuhan
Syukur Syukur Syukur
Pada-Mu Tuhan
Kurniakan kami Tuan Putri
Yang sayangkan kami demi-Mu Tuhan

Syukur kami Tuhan
Karya yang ditulis oleh tuan putri rimba
Membuatkan manusia di luar sana
Menghargai kami dan menyayangi kami
Tiada siapa yang menzalimi kami Tuhan
Kami hidup aman damai di rimba ini
Tanpa ada rasa takut dan bimbang Tuhan
Syukur kami Tuhan
Tuan Putri sanggup pertaruhkan nyawanya
Tuk melindungi kami Tuhan
Makanya kami juga begitu juga Tuhan
Akan pertahankannya
Kami saling sayang menyayangi karena-Mu Tuhan
Makanya berkatilah hidup kami sehingga akhir hayat kami
Dan kami ingin hidup bersamanya di Syurga-Mu juga Tuhan
Makanya makbulkanlah doa kami ini Tuhan

Duhai Maha Pengurnia Cinta
Duhai Maha Pengurnia Rindu
Cinta dan rindu kami kerana-Mu Tuhan
Kurniakanlah kebahagiaan milik kami selamanya
Di dunia jua di akhirat
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

Putri Rimba yang dari tadi menangis mendengar Si Kunte
Si kunte membaca gurindam puisi yang ditujukan kepadanya
Si kunta si kunte pun membaca dengan esakan tangis syahdu
Dan mereka sama-sama menangis hingga tak sedar ombak
Rindu menerjang mereka bertiga...dan mereka bertiga
terperanjat...

"Terjangan sayang Tuan Putri" kata si kunta.
Mereka bertiga ketawa.

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
11 Julai 2012

DAENG BADAR AL-AHMADI WARIS DAENG AHMAD (ANAK RAJA BUGIS CHEMPA)

Ratu Rimba Niagara PEWARIS LAKSAMANA HANG TUAH & HANG JEBAT KE TU?
April 16 at 12:24pm · Like · 1

Zuffary Hj Ahmad hensem dar.....
April 16 at 2:34pm · Like

Badar Al-ahmadi Ratu Rimba Niagara...Patik waris daripada Daeng Ahmad(anak raja BUGIS CHEMPA) Penghulu Bukit Mor & Datu Pabitah (Penghulu Padang, Muar) sebelah Bonda patik..
6 hours ago · Unlike · 1

Ratu Rimba Niagara Masya-Allah pastinya kita saling berkenalan sejak zaman nenek moyang kita...kerana ratu rimba adalah cucu cicit kepada hulubalang Raja Bugis sebelah bonda.Itulah kebesaran Tuhan.
6 hours ago · Like · 1

Badar Al-ahmadi Ya..Walaupun patik berdarah anak raja dari bonda..patik tetap manusia biasa yang akan kembali kepadaNYA...
6 hours ago · Unlike · 1

Ratu Rimba Niagara sebenarnya tuankulah raja yang sejati yang didambakan oleh rakyat jelata...dan tuanku berhak dimartabatkan sebagai raja untuk memerintah negara tuanku ...patik doakan...cumanya patik saja yang bukan berdarah diraja tapi menyamar sebagai ratu di alam fantasi sebuah kerajaan yang diingin oleh patik...patik wujudkan kerajaan rimba niagara...penghuni rimba adalah rakyat patik yang setia sentiasa prihatin dengan patik menyokong perjuangan patik ...mengajar patik apa itu arti nilai kasih sayang sejati karna Allah Taala...sebab itu patik mencari kawan-kawan sejati walaupun sekadar rakan alammaya. Tapi jika rakan alammaya yang diahrapkan tidak memperdulikan cita-cita patik dalam dunia sastra patik...patik akan kecewa dan patik dengan berat hati meninggalkan mereka...bukan patik sombong...tapi itulah patik...andainya Allah izinkan cita-cita patik berjaya...patik akan menetap sehingga akhir hayat di rimba niagara kehidupannya seperti alam kayangan penuh dengan bahasa-bahasa Syurga tidak akan ada lagi kecewa dikecewakan semuanya berkasih sayang demi-Nya seolah berada di Syurga Firdausi...manalah tahu semua rakyat Rimba Niagara di alam realiti semua nya ditulis Allah sebagai penghuni Syurga Firdausi. In Syaa Allah . AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin.
5 hours ago · Like · 1

Badar Al-ahmadi Patik x layak sebenarnya menjadi Pemerintah Negara, sekadar rakyat biasa yang tak gilakan Pangkat @ Darjat..Patik sayang dengan wilayah Nusantara, tanah tumpah nenek moyang kita turun-menurun..Teruskan usaha murni itu...patik menyukai sastera-sastera yang didendangkan oleh tuanku Ratu Rimba Niagara...Patik akan menyokong Sastera Ratu..Allah SWT amat sayang pada orang yang perjuangkan Niat kerana-NYA.Jika diizinkan oleh-Nya, satu hari kita berdua akan bertemu di alam realiti..Amiin Ya Rabbal A'Lamiin.....
4 hours ago · Unlike · 1

Ratu Rimba Niagara Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin. Terharu rasa patik mendengarnya tuanku. Moga Allah sahaja yang dapat membalas-Nya. AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin.
3 hours ago · Like · 1

(PETIKAN DARIPADA WALL DAENG BADAR AL-AHMADI & RATU RIMBA NIAGARA)
7 Rejab 1434H
17 Mei 2013M
May 17 at 9:38am · Like

Kdymm Raja Melaka Beta keturunan Raja Sulaiman itu,,,,Raja Bugis Selangor,,,,
May 28 at 3:55am · Unlike · 2

Ratu Rimba Niagara Subhanallah...Kdymm Tuanku Raja Melaka...ada hikmahnya di sebalik takdir pertemuan di alam maya ini. Bersangkut paut sejarah nenek moyang kita dahulu.Hanya Allah sahaja yang tahu.
May 28 at 7:31am · Like · 1

(PETIKAN DARIPADA TEATER BANGSAWAN DIRAJA,'TAKDIR PARA KSATRIA)
4 Jun 2013





(PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA & BADAR AL-AHMADI )
4 Jun 2013

0 comments:

Post a Comment

 
;