Tuesday, 4 June 2013

'TAKDIR PARA KSATRIA ' (10) KERIS LAMBANG KEKUASAAN RAJA & PAHLAWAN


Tuesday, 4 June 2013 0 comments

TAKDIR PARA KSATRIA (10) PAHLAWAN MELAYU SENTIASA BERSIAP SIAGA

  



  • Rinaldi Rizal shared a status update.
    Setiap manusia itu memiliki perasaan, hanya saja tidak semua manusia itu dominan menggunakan perasaannya dalam melihat sebuah permasalahan"....
    Like · · · 53 minutes ago ·
  • Ratu Rimba Niagara shared a status update.
    TEATER BANGSAWAN DIRAJA 'TAKDIR PARA KSATRIA'
    Karya Ratu Rimba Niagara

    KERIS LAMBANG KEKUASAAN RAJA & SULTAN'

    Keluarga Keraton Blambangan Peristiwa Mas Ronggo setoto-Daeng Ruyung
    keris ini menjadi saksi bisu hebatnya pertempuran..
    Semoga dikenang zaman...

    KERIS MENJADI SAKSI BISU HEBATNYA PERTEMPURAN!

    Keris menjadi saksi bisu
    hebatnya pertempuran mu duhai keris
    kehebatan mu di gelanggang pertempuran di akui sejak berzaman
    kau sentiasa dikenang sepanjang zaman
    kau sentiasa di hatiku
    kan ku perjuangkan kepahlawananmu
    hingga ke tetesan darah terakhir
    biarpun nyawaku jadi taruhan
    agar kau mengerti
    yang aku cintakanmu
    selagi nafas ku ada
    lambang cinta
    lambang setiaku
    padamu keris....
    yang tak pernah jemu
    mencintaimu
    untuk mempertabatkanmu
    agar dicintai juga anak bangsa
    sejak zaman berzaman

    Karya Ratu Rimba Niagara
    28 Febuari 2012

    Keluarga Keraton Blambangan Terimakasih Paduka semuga kita semua dapat menjaga warisan leluhur kita bersama sekuat mereka mengemban tugasnya..Hingga akhir..

    Ratu Rimba Niagara Sama-sama saling menghargai keris peninggalan moyang kita.

    Keluarga Keraton Blambangan Yang mulia sangat elok bersyair,
    kami semua sangat kagum pada puisi Yang mulia
    semoga dapat menjadi pengingat kita bersama...

    Ratu Rimba Niagara Terima kasih kerana sudi mendukung syair , pantun dan puisi bertambah semangat untuk berkarya...moga terhibur dalam semangat perjuangan yang tak pernah padam!

    (PETIKAN DARIPADA SKRIP TEATER BANGSAWAN DIRAJA ,"KERIS LAMBANG KEKUASAAN RAJA & SULTAN)
    30 Mei 2013

    Ratu Rimba Niagaraposted toNajib Razak

    MALAYSIA & LAKSAMANA HANG TUAH! BUKAN SEJARAH MITOS!

    PENDEKAR MELAYU PANTANG DICABAR!

    Melayu hina melayu,
    Takkan kubiarkan;
    Kerana aku jiwa melayu,
    Kusahut segala cabaran.

    Melayu sentiasa hidup,
    Takkan kubiarkan diinjak-injak;
    Kerana kumahu bangsa ku terus hidup,
    Makanya bangsaku mestinya bijak.

    Pendekar melayu pantang dicabar,
    Turun ke gelanggang berbekalkan ilmu;
    Di gelanggang ini setapak pun takkan kuundur,
    Biar kepahlawanan melayu satu dunia tahu.

    Sedikit ilmu badan binasa,
    Akan kusahut cabaranmu itu;
    Bertulangkan besi beruratkan suasa,
    Satu lawan satu aku sedang menunggu.

    Satu lawan satu itulah anak jantan,
    Pukulan maut takkan ku gentar;
    Ayuh! Maju cepat kita berlawan,
    Biar apa terjadi jangan undur.

    Pendekar melayu tak mudah mengaku kalah,
    Ayuh yakin pada dirimu sendiri;
    Ingat pesanan guru jangan mengalah,
    Kerana pendekar melayu tak takut mati.

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    29 Mac 2013

    KERIS MENJADI SAKSI BISU HEBATNYA PERTEMPURAN!

    Keris menjadi saksi bisu
    hebatnya pertempuran mu duhai keris
    kehebatan mu di gelanggang pertempuran di akui sejak berzaman
    kau sentiasa dikenang sepanjang zaman
    kau sentiasa di hatiku
    kan ku perjuangkan kepahlawananmu
    hingga ke titisan darah terakhir
    biarpun nyawaku jadi taruhan
    agar kau mengerti
    yang aku cintakan mu
    selagi nafas ku ada
    lambang cinta
    lambang setiaku
    padamu keris....
    yang tak pernah jemu
    mencintaimu
    untuk mempertabatkanmu
    agar dicintai juga anak bangsa
    sejak zaman berzaman

    Karya Ratu Rimba Niagara
    29 Mac 2013

    KERIS LAMBANG KEPAHLAWANAN MELAYU

    Keris lambang kepahlawanan melayu,
    Keris juga lambang kekuasaan Kesultanan Melayu;
    Kepahlawan dan kedaulatan sultan tak pernah layu,
    Akan di pertahankan hingga ke titisan darah terakhir generasi melayu.

    Tak akan hilang melayu di dunia,
    Itulah sumpah Laksamana Hang Tuah;
    Kepahlawanan melayu terkenal di serata dunia,
    Berbangga menjadi bangsa melayu di bumi bertuah.

    Ilmu persilatan diminati sejak dahulu,
    Diperturunkan hingga ke generasi baru;
    Bersama mempertahankan kedaulatan kesultanan melayu,
    Akan dibanggai sehingga ke anak cucu.

    Pahlawan melayu sudah terbilang,
    Kepahlawanannya demi agama bangsa dan negara;
    Ilmu persilatan tak akan hilang,
    Akan diperturunkan dengan semangat yang membara.

    Salam silaturrahim salam kepahlawanan,
    Kepada semua pejuang bangsa yang tersanjung di hati;
    Kukagumi kalian kerana semangat perjuangan,
    Yang tak jemu berbakti dan menabur budi.

    Karya Ratu Rimba Niagara
    28 Mac 2013

    AKU BERSYUKUR KERANA AKU MELAYU

    Aku bersyukur karena aku MELAYU
    Aku redho karena aku MELAYU
    Aku gembira karena aku MELAYU
    Aku bangga karena aku MELAYU
    Kerana aku cuma mendengar satu saja bangsa yang
    tak akan hilang di dunia yaitu BANGSA MELAYU ( Kata Wakil Anak Melayu Seluruh Dunia)

    Takkan hilang melayu di dunia,
    Ini sumpah pahlawan Hang Tuah;
    Melayu bersatu bermuafakat bersama,
    Itulah matlamat pewaris Hang Tuah.

    Berjuang tetaplah berjuang jua,
    Pantang undur sebelum berjuang;
    Kepahlawanan melayu terkenal di serata dunia,
    Gagahnya pahlawan terus gilang-gemilang.

    KARYA: RATU RIMBA NIAGARA
    29 Mac 2013

    SKRIP HANG JEBAT & HANG TUAH ERA MODEN

    HANG JEBAT :

    Apa salahnya kita bermaaf-maafan...
    kalau kubunuh kau sia-sialah perjuanganku selama ini membela kau.

    HANG TUAH :

    Ya...betul katamu Jebat...
    kita bermaaf-maafan demi rakyat dan Raja kita.
    Aku tak mahu menjadi rakyat yang derhaka!
    Aku tak mahu menjadi sahabat yang tak mengenang budi!
    Nanti kukabarkan kepada Raja bahawa kau dan aku adalah rakyat yang setia ...
    Apa yang terjadi selama ini adalah cuma salah faham saja angkara fitnah.
    Raja pasti boleh terima apa yang kukatakan.

    HANG JEBAT:

    Betul ke Tuah.

    HANG TUAH :

    Raja sekarang Raja berjiwa rakyat. Sayangkan rakyat dan negara melebihi kepentingan sendiri.
    Begitu juga rakyat sayangkan Raja dan negara melebihi kepentingan sendiri.

    HANG JEBAT:

    Kalau begitu ayuh kita pergi mengadap Sultan.

    HANG TUAH :

    Sultan pasti gembira mendengar kabar berita ini.
    Barulah kita tidak rasa bersalah hingga ke mati.
    Tiadalah sesal di hati baik Raja, rakyat dan generasi akan
    datang pastinya semua gembira kerana tidak akan hilang melayu di dunia!

    HANG TUAH/HANG JEBAT:

    DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!

    RAJA:

    SAYANG RAKYAT!

    Karya: Ratu Rimba Niagara
    29 Mac 2013

    AKU TAK MAHU MENJADI PENDERHAKA RAJA

    "Raja adil raja disembah...Penderhaka Raja mesti kubunuh!"
    "Engkau pengampu Raja...apa yang engkau dapat? Kurniaan diRaja!"
    "Bukan itu yang aku mahukan...cuma aku mahu menjadi rakyat yang setia...setia kepada Raja."
    "Setia...sebelum berkuasa bolehlah! Dah berkuasa tengok...rakyat ditindas?"
    "Bedebah! Bukan Raja yang menindas rakyat tapi pemerintah !Engkau tahu tak? Tak akan rakyat hendak menindas rakyat..."
    "Kalau pemerintah menindas rakyat mana buktinya?"
    "Buktinya engkaulah yang menafikan kedaulatan diRaja!!!"
    "Kedaulatan diRaja? Macam mana tu?"
    "Pemerintah mengiktirafkan institusi diRaja...rakyat pun aman ."
    "Kenapa engkau kata macam tu?"
    "Sebab tiada Raja tiada negara tiada negara tiada rakyat ...ada rakyat ada pemerintah kerana rakyat adalah pemerintah...."
    "Engkau ini cakap berbelit-belit bikin aku nggak faham!Cakap bikin aku faham bisa nggak?"
    "Senang cerita lah...sebab apa aku kata rakyat itu pemerintah...siapa yang memilih pemerintah?
    "Rakyatlah!"
    "Pandaipun engkau....makanya pemerintah itu rakyat...rakyat itu pemerintah...makanya rakyat perlukan Raja yang adil barulah negara jadi sempurna...ada negara ada rakyat ada rakyat ada Raja..."
    "Itu macam kah...baru aku faham....betul kata engkau .....kalau macam ini tak jadi gaduhlah...kita bisa jadi kawan boleh nggak?"
    "Tentulah boleh...sebab engkau tidak jadi penderhaka...aku suka."
    "Hehehehehe"
    "Sukalah tu!"
    "Pastilah suka...."
    "Kenapa suka?"
    "Perjuangan kau sudah tercapai"
    "Maksud engkau?"
    "Engkau sudah berjaya menyedarkan aku makanya aku tak mahu lagi jadi rakyat penderhaka kepada Raja."
    "DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!"

    Karya RATU RIMBA NIAGARA
    29 Mac 2013
    Like · Reply · 24 minutes ago
    Ratu Rimba Niagara KEPAHLAWANAN MELAYU BAGAIKAN LAKSAMANA HANG TUAH

    PULAU RUPAT INDAH PERMAI
    SANGKAR BESI SIBURUNG ELANG
    KALAU MAKRIFAT SUDAHLAH SAMPAI
    PENDEKAR TAK MATI DITENGAH GELANGGANG
    By: Zairi Erie

    Ratu Rimba Niagara:

    MARILAH KITA BERPADU AGAR BANGSAKU MEGAH!

    Aku anak melayu...
    Engkau anak melayu
    Tapi aku pantang melayu hina bangsa melayuku sendiri
    Makanya marilah kita ke tengah gelanggang
    Beradu kepahlawanan melayu
    Kerna pendekar melayu tak akan mati di tengah gelanggang...

    Engkau janganlah bersandiwara...
    Engkau kata engkau anak melayu
    Apa bukti engkau sokong melayu?
    Ada anak bangsa engkau
    Yang engkau bela?
    Bilang sama aku?
    Mana buktinya?
    Aku pantang orang pandai berkata-kata
    Tapi tak mahu buktikan!!!!

    Apa kuasa aku mahu aku buktikan?
    Engkau yang patut buktikan...
    Engkau yang ada kuasa
    Kenapa engkau tak gunakan kuasa engkau itu
    Engkau leka dengan pujian pangkat engkau
    Dengan kuasa yang engkau ada
    Engkau kumpul sebanyak mana harta yang engkau mahu
    Engkau hendak bawa harta engkau ke kubur ke?
    Hingga lupa tanggungjawab engkau kepada anak bangsa!!!

    Ciss bedebah engkau...!!!
    Aku kumpul harta kerna itulah matlamat aku...
    Engkau yang dengki khianat dengan aku....!!!!

    Yang engkau ambil itu bukan kepunyaan engkau!
    Harta rakyat...hak rakyat....!!!!
    Apa engkau tak rasa bersalah?
    Kerna engkau tak rasa bersalah ....
    Marilah kita bertarung tenaga....
    Baru tahu engkau berkuasa atau aku yang berkuasa...

    Ciss anak melayu pantang dicabar!!

    Ciss! Bedebah engkau masih lagi mengaku anak melayu!!!
    Tapi pengkhianat bangsa sendiri....!!!!

    PULAU RUPAT INDAH PERMAI,
    SANGKAR BESI SI BURUNG ELANG;
    KALAU MAKRIFAT SUDAHLAH SAMPAI,
    PENDEKAR TAK MATI DI TENGAH GELANGGANG.

    KEPERKASAAN MU PAHLAWAN AKU MENGALAH,
    KEKUATAN MU BAGAIKAN LAKSAMANA HANG TUAH;
    ENGKAU MEMBUATKAN AKU MENGAKU KALAH,
    MARILAH KITA BERPADU AGAR BANGSAKU MEGAH.

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    31 Ogos 2012

    JADILAH RAJA YANG UTAMAKAN RAKYAT
    MELEBIHI KEPENTINGAN SENDIRI

    Teungku Sayyid Deqy

    Ibu...
    Maafkan putramu...
    Aku sedang berada di titik nadir hidupku,
    Aku sedang terbuang dan terhina oleh dunia ini,
    Namun...mengapa aku pun tersisihkan dari hatimu?
    Semua ini sungguh membuatku lemah,

    Ibu kusayang...
    Putramu hanya ingin istirahat sejenak di rumahmu...
    Izinkanlah dihari-hari terakhirku ini,
    Dan ketika kuberpulang pada NYA, aku dalam hangat pelukanmu.

    By: Teungku Sayyid Deqy

    Ratu Rimba Niagara:

    Duhai nanda putra kesayanganku...
    Napa nanda berkata demikian rupa
    Hancur lulur hati bunda
    Sebak hati bunda ...
    Adakah selama ini bunda abaikan kasih sayang bunda...
    Katakan putra kesayangan bunda...
    Puluhan tahun bunda mendidik dan membesarkan nanda
    Tidak cukupkah kasih sayang bunda pada nanda selama ini....
    Bukan kasih sayang saja yang bunda berikan pada nanda
    Malah nyawa bunda pun sanggup jadi taruhan demi nanda tercinta...
    Jika pelukan bunda ini boleh menenangkan jiwa nanda
    Marilah ke mari bunda dodoikan gurindam dan syair
    Yang selalu bunda dendangkan semasa nanda bayi lagi...

    "Duhai putra bunda tersayang...
    Buah hati bunda pengarang jantung bunda
    Bunda kasih ...bunda sayang sangat-sangat...
    Tidurlah lena...jangan nakal-nakal...
    Besar nanti jadilah anak yang soleh lagi beriman
    Jadi Raja yang utamakan rakyatnya daripada kepentingan sendiri...
    Jadilah Raja yang adil Raja yang pemurah
    Raja yang ingin hidup mencari jalan-jalan redhoNya
    Nanda diberi darjat yang tinggi bukan untuk membangga diri
    Tapi adalah amanah yang akan dipertanggungjawabkan...
    Makanya jadilah Raja yang disayangi rakyat bukan dibenci rakyat
    Ingatlah pesanan bunda ini nanda...
    Bunda sangat-sangat sayang pada nanda
    Nandalah saham dunia akhirat bunda
    Tiada bunda nanti di dunia ini
    Kirimkan doa untuk bunda jangan dilupakan
    Itulah tanda kasih sayang nanda pada bunda...
    Di pintu Syurga bunda menantimu penuh kerinduan..."

    Masihkah nanda ingat dengan gurindam yang bunda dendangkan
    padamu ? Inilah gurindam yang ditiup suburkan dijiwamu agar
    terpasak dalam sanubarimu nanda...

    Makanya jangan nanda berkata seolah ingin pergi dulu daripada bunda....
    Memanglah kita tidak tahu siapa yang pergi dulu....
    Tapi biarlah bunda yang pergi dulu...
    Nanda muda lagi dan tenaga nanda masih segagah pahlawan perkasa...
    Bunda dalam usia begini sudah terlalu uzur dan lemah ....
    Cumanya semangat saja yang menguatkan bunda meneruskan
    Pengembaraan di dunia ini....
    Makanya bunda berharap sangat Tuhan panjangkan usia nanda...
    Bunda doakan Allah SWT sentiasa memberi kekuatan pada nanda
    Untuk meneruskan perjuangan bunda dan nanda bahagia ....
    Justeru jangan ragui cinta dan kasih sayang bunda pada nanda lagi...
    bunda kasih dan sayangkan nanda dari dunia ini di bawa hingga ke SyurgaNya....
    Aaamin Ya Rabbal A'Lamin

    Ikhlas daripada:

    Bunda Permaisuri Rimba Niagara
    Malaysia
    1 April 2012

    (KARYA TEUNGKU SAYYID DEQY & RATU RIMBA NIAGARA)
    5 April 2013
    (KARYA DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA PENDEKAR MELAYU NUSANTARA, RAJA NUSANTARA & PEMIMPIN NUSANTARA YANG CINTAKAKAN BANGSA MELAYU
    YANG TAK MAHU MELAYU HILANG DI DUNIA)
    Like · Reply · 22 minutes ago
    Ratu Rimba Niagara Like ·
    2 people like this.

    Liew Leyu ramai yg tk fhm kesimpulan sejarah hang tuah yg ditulis org putih.kesimpulannya yg aku tahu ialah :melayu yg pandai mengampu (berbuat baik wlu menyakiti hati raja yg lain-kes tun teja) wlu berbuat salah sebesar mana pun pasti dikasihi raja dn terlepas dari hukuman.manakala melayu yg bertindak menentang ketidakadilan walau benar sekalipun tetap akan dibunuh atas kesalahan menderhaka bukan sbb kesalahan lain yg dilakukan kerana hang jebat tidak pernah dibicarakan dgn adil..kan?kan?.begitulah yg berlaku sekarang....sejarah hang tuah hanya ciptaan..mitos!!..guru sejarah ckp mcm tu..tp ini hya pendapt aku sorg..##klu komen ni menyakitkan hati sape2 nnt aku delete..

    Ratu Rimba Niagara KAMU BUKAN MELAYU SEBAB ITU KAMU KATA MACAM INI OK!

    Ratu Rimba Niagara JIKA KAMU MELAYU MESTI KAMU TAK KATA MACAM INI...
    MELAYU SEKARANG BUKAN MACAM DULU LAGI
    BOLEH DIPERKOTAK KATIKKAN OLEH BANGSA LAIN...
    YANG TAK TAHU BERSYUKUR MENUMPANG DI TANAH MELAYU
    TAPI NAK LAWAN TOKEY PULAK...
    JANGAN BUAT JIWA MELAYUKU MELEDAK OK!

    Ratu Rimba Niagara HANG TUAH & MALAYSIA BUKAN SEJARAH MITOS!

    JIKA SEJARAH HANG TUAH HANYA CIPTAAN ...MITOS!
    MAKNANYA SEJARAH KAUM INDIA DAN CINA YANG BERDAGANG DI TANAH MELAYU UNTUK MENCARI KEKAYAAN CUMA MITOS AJELAH KAN3 PELEK TAPI BENAR KAUM CINA DAN INDIA MENJADI WARGA RAKYAT MALAYSIA?
    DAN DIANGKAT MENJADI PEMIMPIM PULAK TUU...
    ADAKAH INI MITOS!
    KETIKA MALAYSIA DISERANG MUSUH
    ADAKAH KAUM CINA DAN INDIA MAHU PERTARUHKAN NYAWA DEMI NEGARA?
    SEDANGKAN KAUM CINA DAN INDIA SUDAH MENJADI RAKYAT MALAYSIA KAD PENGENALAN BIRU PULAK TU...BUKAN KAD PENGENALAN MITOS???

    SAYA MAHU TANYA KAMU DUHAI KAUM INDIA DAN CINA
    ADAKAH KAMU SANGGUP BERJUANG MEMPERTAHANKAN NEGARA INI JIKA MALAYSIA DISERANG ANDAINYA KAMU ANGGAP MALAYSIA INI NEGARA KAMU?
    TAPI TAK TAHULAH JIKA KAMU ANGGAP MALAYSIA INI MITOS WUJUDNYA KAMU MESTI TIDAK AKAN MEMPERTAHANKANNYA KERANA WUJUDMU DI MALAYSIA JUGA SEJARAH MITOS?

    MAKA DUHAI KAUM INDIA DAN CINA JANGAN KAMU PERLEKEHKAN KEWUJUDAN MELAYU DI TANAH MELAYU KERANA LAKSAMANA HANG TUAH SUDAH BERSUMPAH, 'TAK AKAN HILANG MELAYU DI DUNIA?' INI BUKAN SEJARAH MITOS!

    DUHAI KAUM INDIA DAN CINA
    JIKA KAMU MENGAKU KAMU RAKYAT MALAYSIA
    YANG HIDUP BERSATU PADU
    SENTIASA MEMAHAMI AGAMA , ADAT DAN BUDAYA MELAYU
    YANG SENTIASA MENJAGA ADAP BILA BERKATA

    RAKYAT MALAYSIA SENTIASA SALING MEMAHAMI
    DEMI KESEJAHTERAAN MALAYSIA TERCINTA
    KERANA MALAYSIA WUJUD ATAS SEJARAH KEMERDEKAAN
    YANG PERJUANGKAN OLEH PEJUANG-PEJUANG NEGARA
    YANG TERDIRI DARIPADA MELAYU CINA DAN INDIA
    KERANA PERPADUAN TIGA KAUM INILAH
    MEMBUATKAN MALAYSIA INI KEKAL DAN AMAN SEJAHTERA
    RAKYAT HIDUP SALING BERSATU PADU , MEMAHAMI DAN SALING MENGHORMATI
    AGAMA ,ADAT DAN BUDAYA MASING-MASING....
    SEMUA HARUS INGAT DAN SENTIASA SEDAR MALAYSIA MERDEKA BUKAN DARI SEJARAH MITOS
    JIKA DARI SEJARAH MITOS MALAYSIA TAK AKAN WUJUD!!!
    MAKANYA SAMA-SAMALAH KITA MENCINTAI MALAYSIA TERCINTA!
    AGAR MALAYSIA TERCINTA INI DAPAT DIHADIAHKAN KEPADA GENERASI YANG AKAN DATANG DALAM SUASANA AMAN DAN SEJAHTERA!BERKAT PERPADUAN TIGA KAUM MELAYU CINA DAN INDIA....

    RATU RIMBA NIAGARA
    4 Jun 2013
    (KARYA DISIARKAN UNTUK SEMUA PEMIMPIN & RAKYAT MALAYSIA TERCINTA)

    KARYA DISIARKAN DI WALL PM, FB DAN GROUP YANG DISERTAI OLEH RATU RIMBA NIAGARA SEBAGAI SUMBANGAN DANA KARYA UNTUK RAJA & RAKYAT SENUNSANTARA YANG TERCINTA SEPENUH JIWA DUNIA AKHIRAT MOGA KASIH KITA SENTIASA MEWANGI SAMPAI SYURGA IN SHAA ALLAH AAMIIN)
    4 Jun 2013



www

0 comments:

Post a Comment

 
;