Ratu Rimba Niagara shared a status update.
WARKAH UNTUK GROUP MAJLIS PENERUS KESULTANAN SIAK SRI INDRAPURA MALAYSIA
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Kepada Yang DiMuliakan Tengku Kamaruddin Haji Sani...
yang sudi menjemput patik ke Group Majlis Penerus Kesultanan Siak Sri Indrapura Malaysia seterusnya melantik sebagai Ahli Kehormat Majlis Penerus Kesultanan Siak Sri Indrapura Malaysia.
Syukur Alhamdulillah dengan izin-Nya hamba dijemput ke Majlis Kerabat diRaja Kesultanan Siak Sri Indrapura , Malaysia. In Shaa Allah selagi terdaya dan mampu menyumbangkan karya dan idea kepada ahli para Majlis yang dihormati dan disanjungi sepenuh hati sepenuh iman...In Shaa Allah AAmiin.
Sudah hampir tiga tahun hamba menjadi sahabat Tengku Kamaruddin...ketika di awal perkenalan...Tengku banyak membantu hamba berkarya bertemakan kisah diRaja. Hamba katakan pada Tengku ..hamba suka mengarang kisah-kisah diRaja dan berharap Tengku sudi memberi sokongan/dukungan. Tengku dengan senang hati sedia memberi kerjasama dengan menyiarkan sejarah-sejarah diRaja Kesultanan Siak Sri Indrapura di wall baginda . Hamba benar teruja. Dan hamba rasakan bagaikan mimpi mendapat bahan-bahan penulisan bertemakan diRaja. Sebelum ini hamba mengarang kisah dongengan tentang diRaja. Berkat persahabatan di alammaya ini...hamba berjaya menulis kisah-kisah diRaja pelbagai tema dengan begitu banyak sekali. Hampir ratusan teater bangsawan diRaja hamba karangkan berbentuk puisi, pantun , syair dan gurindam. Hamba teruja dengan karya-karya hamba sendiri kerana hamba minat sangat dengan dunia diRaja ...hingga hamba wujudkan kerajaan hamba sendiri iaitu kerajaan Rimba Niagara.
Seluruh rakyat hamba adalah penghuni rimba niagara dan hamba dilantik oleh rakyat hamba sebagai Ratu Rimba Niagara yang menjadi Raja memerintah Rimba Niagara. Bukanlah hamba ini taksub sangat atau perasan hendak menjadi Raja atau Ratu...tapi demi penghayatan yang mendalam pada watak Raja & Ratu. dengan memegang watak Ratu menjadi sumber kekuatan hamba terus berkarya bertemakan Kisah diRaja. Maka lahirlah teater bangsawan diRaja ,'PUTRI RIMBA NIAGARA & TUAN PUTRI RIMBA NIAGARA'. Nama pena hamba RATU RIMBA NIAGARA @ PUTRI NILAM PURNAMA.
Nama hamba Putri Nilam Purnama diberi oleh rakan yang setia memberi sokongan/dukungan kepada karya-karya hamba dari kerabat diRaja Jembal Kelantan Khai Noor yang tidak mahu memakai gelaran Tengku. Yang lucunya yang benar raja tak mahu gunakan gelaran tengku yang hamba bukan raja gunakan gelaran ratu....hinggakan ada yang mengatakan hamba ini taksub ingin menjadi raja@ratu. Rasa malu memang lah ada sebab tiada terlintas sedikit pun di hati ini untuk menjadi raja atau ratu. Ini cumalah nama pena untuk penghayatan mengarangkan kisah-kisah diRaja . Kerana dunia hamba adalah karang mengarang sejak dari kanak-kanak lagi hamba minat menulis.
Begitulah terujanya hamba dalam dunia sastera yang hamba minati. Semua tema hamba minati. Sejujurnya hamba ini bukanlah seorang yang bijak pandai boleh menulis pelbagai tema.... tanpa izin Allah swt hamba tak bisa menulis biarpun satu ayat . Bakat menulis hamba ini adalah Kurniaan dari Allah swt dan hamba amat bersyukur tanda rasa bersyukur hamba menulis selagi mampu dan daya hamba.
Karya-karya yang hamba karangkan...In Shaa Allah andainya diizinkan Allah dibukukan , dipentaskan, difilemkan dijadikan filem animasi...diterjemahkan dalam pelbagai bahasa...punyai sebuah kota buku. Karya-karya hamba semuanya ada di kota buku tersebut ...jika kota buku itu menjadi realiti...itulah dunia fantasi jadi realiti...mereka bila masuk ke kota buku itu akan merasa sesuatu kelainan yang luar biasa...bagi kanak-kanak pastinya tidak mahu beranjak bila masuk ke kota buku yang hamba beri nama, "KOTA SASTERA NUSANTARA RATU RIMBA NIAGARA" di kota itu segala karya sastra yang selama ini fantasi ceritanya di pentaskan untuk dipertontonkan kepada pengunjung yang datang....di kota itu ada taman permainan kanak-kanak, galeri, perpustakaan, pementasan teater bangsawan diRaja, Universiti Kreatif Sastera Ratu Rimba Nigara dan banyak lagi ." Itulah impian hamba dalam dunia sastera yang hamba minati ini. Jika Allah izinkan inilah harta warisan yang hendak hamba tinggalkan kepada anak cucu Nusantara tersayang. Samada berjaya atau tidak berjaya hamba serahkan kepada Tuhan. Hamba sudah usaha sedaya mampu kepada Allah lah hamba bertawakal. Harap rakan-rakan grup sudi mendoakan ya.
"Ya Allah Kau Kurniakan aku bakat menulis aku syukur Ya Allah...
Janganlah bakatku ini membuatkan aku taksub dalam pakaian kesombongan
Yang menjuruskan aku dalam kemurkaan-Mu...
Aku menulis tanda aku syukur
Aku menulis apa jua tema matlamatnya cuma satu mahu mengajak diriku dan
semua yang membaca karya-karyaku Meng-Agungkan-MU Meng-Esakan-MU
di sebilang masa dan ketika. Mahu mengukir nama-Mu di hatiku di hati semua dan
membawa kalimah Syurga-Mu, hingga ke nafas terakhir kami...itulah matlamat
sebenarnya aku bersastera Ya Allah. Untuk menjaya misi dan visiku ini aku tidak
terdaya melakukan sendiriaan Ya Allah....aku amat perlukan para hamba-MU
berjiwa akhirat untuk bersamaku merealisasikan impianku ini.
Makanya sebelum mataku terpejam buat selamanya Kau Kurniakan para hamba-Mu
bagi merealitikan cita-citaku. Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
Moga rakan-rakan grup, fb dan alammaya sudi mendoakan cita-cita hamba
dimakbulkan Allah Azzawajallah. In Shaa Allah AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin.
Kepada semua rakan group Majlis Penerus Kesultanan Siak Sri Indrapura, Malaysia
sudi memberi sokongan/dukungan setiap kali karya hamba bersiaran. Sudilah memberi komen yang bernas lagi mantap seiring dengan tema. Boleh memberi idea dan cadangan pada karya tersebut. Segala komen dari para ahli group amat penting bagi hamba untuk dibingkaikan di Galeri Sastera Nusantara RATU RIMBA NIAGARA.
Sekian. Salam hormat . Salam santun untuk semua yang dikasihi dunia akhirat. Wassalam.
Rakan Group Majlis Penerus Kesultanan Siak Sri Indrapura, Malaysia,
RATU RIMBA NIAGARA
4 Syaaban 1434H
13 Jun 2013M
Rinaldi Rizal shared Rinaldi Rizal's photo.
Ratu Rimba Niagara shared Rinaldi Rizal's photo.
Rinaldi Rizal shared a photo.
www
0 comments:
Post a Comment