azkirah Jumaat - Fenomena Tidur Singkat dan Keajaiban Al-Quran
FENOMENA TIDUR SINGKAT DAN KEAJAIBAN AL QURAN “Dan di antara tanda-tanda (kebesaran) Nya ialah tidurmu
pada waktu malam dan siang hari dan usahamu mencari sebahagian dari
kurnia-Nya. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat
tanda-tanda bagi kaum yang mendengar.” (Surah Ar-Rum: 23)
Tidur singkat dapat menyegarkan otak, ketika otak berasa lelah di siang hari akibat
pengumpulan maklumat sehingga prestasi menjadi kurang berkesan dan
seseorang itu sebenarnya memerlukan rehat sejenak iaitu dengan tidur.
Rehat cara ini bagi otak merupakan penyusunan semula maklumat dan
menyusun gelombang-gelombang sel dan memantapkan maklumat yang
diperolehi di siang hari. Oleh sebab itu, para pengkaji menegaskan
bahawa pentingnya tidur malam hari atau tidur sebentar pada siang hari
kerana boleh menguatkan ingatan. Mereka juga mendapati bahawa orang yang
biasa tidur sebentar di siang hari, prestasi mereka lebih baik dan
kemampuan mengingat akan lebih cepat.
Pasukan penyelidik dari
Universiti Lubeck di Jerman melakukan ujian diagnostik terhadap 52
sukarelawan. Para sukarelawan diminta untuk tidur dalam tempoh masa
tertentu tanpa membezakan waktu siang atau malam dan hasilnya, keadaan
mereka sama dan tidak berbeza. Hasil kajian selanjutnya mendapati bahawa
ternyata tidur singkat di siang hari sama pentingnya dengan tidur di
malam hari. Para penyelidik mengatakan tidur sebentar di siang hari yang
disebut dalam Islam dengan istilah Qailullah itu sangat berguna sama
seperti tidur di malam hari. Mereka menjelaskan bahawa dari perspektif
pembaikan sikap dan perilaku, tidur siang adalah sama seperti tidur
malam yang berkaitan dengan fungsi kognitif seseorang.
Ingat
semula tentang ayat yang disampaikan Al-Quranul Karim supaya kita tidur
di malam dan siang hari. Ini adalah tanda keajaiban Al-Quran sebagai
kitab yang diturunkan dari Allah Yang Maha Mengetahui. Maklumat ini baru
bagi para ilmuwan, bahkan mereka tidak tahu tentang kepentingan tidur
siang kecuali di abad ke 21 sedangkan Al-Quran telah menegaskan
pentingnya tidur malam dan siang sebagai suatu keajaiban dan tanda
kekuasaan Allah sejak empat belas abad lalu!
Memori Otak Ketika
Seseorang Baru Saja Bangun Tidur Para saintis dari Universiti Harvard
melakukan kajian berkaitan hubungan antara memori ingatan dan tidur.
Mereka menggunakan alat pengimejan resonans magnetik (MRI) sehingga
mereka mengesan adanya aktiviti otak di kawasan yang tertentu. Kemudian,
aktiviti dalam otak ‘bergerak’ ke wilayah kedua dan begitulah
seterusnya. Hal ini menunjukkan bahawa otak melakukan penyusunan
maklumat, menyelaras, dan menyimpan maklumat sehingga mudah diambil
kembali selepas seseorang bangun dari tidur. Namun kajian selanjutnya
menunjukkan bahawa fokus otak seseorang berada pada tahap minimum ketika
ia baru saja bangun tidur. 15-30 minit diperlukan seseorang untuk
mengembalikan kemampuan fikiran. Oleh sebab itu, penyelidik menyarankan
agar seseorang melakukan beberapa latihan ringan setelah bangun tidur
untuk memulihkan aktiviti otak.
Di sini, kita juga boleh
memahami sebab Rasulullah S.A.W. banyak mengingati Allah S.W.T. selepas
bangun dari tidur. Beliau kemudian berwuduk, berdoa dan solat. Jadi
Baginda menggunakan bahagian waktunya setelah bangun tidur untuk berdoa
dan berzikir sebelum melakukan aktiviti lain atau menentukan keputusan.
Jika kita kaji pandangan para pengkaji sekarang ini, mereka menegaskan
bahawa memori manusia berada pada kedudukan terendah selepas baru sahaja
bangun dari tidur.
Para penyelidik memberi amaran kepada
doktor yang berjaga malam dan pekerja pada malam hari yang perlu membuat
keputusan penting selepas bangun tidur. Mereka disyorkan untuk tidak
mengambil keputusan atau tidak mengambil apa-apa tindakan hingga selepas
satu perempat jam selepas bangun tidur. Inilah Sebabnya Allah swt
berfirman: “Allah memegang jiwa (seseorang) pada saat kematiannya dan
jiwa (seseorang) yang belum mati ketika dia tidur, maka Dia tahan jiwa
(orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia lepaskan jiwa yang
lain sampai waktu yang ditentukan. Sungguh, pada yang demikian itu
terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi kaum yang berfikir.” (Surah
Az-Zumar: 42).
Apa Pelajaran yang kita perolehi daripada kajian ini?
1. Jangan terlalu banyak tidur, dan bangunlah disaat solat Subuh.
Gantilah sebahagian kekurangan tidur kita diwaktu malam dengan tidur
sejenak diwaktu siang.
2. Manfaatkan waktu tidur kita dengan
mendengar bacaan Al-Quran. Otak akan berfungsi menyimpan ayat-ayat yang
dibacakan itu apabila kita tidur. Ini adalah salah satu cara untuk
membantu kita menghafal Kitabullah.
3. Hal pertama yang harus dilakukan setelah bangun tidur adalah berdo’a sebagaimana
Rasulullah S.A.W. :
“Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami, dan kepada-Nyalah kami dikumpulkan”.
Lalu berwuduklah, solat dan bacalah Al Qur’an selama kira-kira 15 minit
sekurang-kurangnya. Aktiviti aktiviti seperti ini akan menambah
keupayaan kita untuk membuat keputusan penting dalam hidup.
0 comments:
Post a Comment