Wednesday, 12 June 2013

NEGERI LANCANG KUNING



  • MAWAR KUNING DIRAJA MEKARLAH DIKAU
    DI TAMAN HATI PUISI SYURGAWI

    Lezaihasra Lm was tagged in Lia Luna's photo. —

    mawar
    mekarmu indah menawan hati yang keresahan
    kuncup kudupmu mempesona jiwa yang ketandusan
    wangimu mendebarkan hati yang kegersangan
    warnamu menghayalkan set
    tiap mata yang memandang
    bungamu melambangkan cinta pada kekasih hati
    setiap warnamu mempunyai rahsia tersendiri
    hadirmu di taman mengindahkan lagi suasananya
    harum baumu bertebaran dipelusuknya tanpa batasan
    adakah kan kekalmu di sana
    kekeringan bersama pohon kasihmu
    atau dipisahkan sebelum berkembang sepenuhnya
    atau bagaimana........

    sekadar coretan di tengahari...

    Lia Luna
    Penang,
    1302hrs - 19.11.2012
    ·

    Ratu Rimba Niagara

    MENZIKIRKAN-NYA DI TAMAN
    FIRDAUSI PUISI CINTA-NYA

    duhai sobatku mawar kuning...
    mekarlah kau di sini
    biar wangianmu
    dapat memenuhi sepenuh bumi

    mawarku kini
    tak bermaya
    ku coba sedaya upaya
    untuk berseri
    menyebarkan
    wangian sepertimu
    tapi setiap kali
    aku coba menyebarkan
    haruman bauanku...
    mawar-mawar yang lain
    menghalangnya
    baru saja hendak bertunas
    baru saja hendak berkudup
    sudah dicantas habis

    itu belum lagi
    aku hendak
    menyebarkan
    wangian mawarku
    yang indah
    lagi di tarik setiap kelopak
    mawarku agar musnah
    wangian mawarku
    sesudah itu diinjak-injak
    sepuas hati...

    ketahuilah sobatku mawar kuning
    yang baik hati
    yang hatimu sewangi kasturi Syurga
    berkembang biaklah kau
    bertunas-tunaslah kau
    karna kau adalah penyeri taman-taman
    hati nan tandus
    kehadiranmu untuk
    mewangikan taman hati tandus iman
    amat di nanti-nantikan
    oleh seluruh penghuni bumi

    duhai mawar kuning diRaja sobatku
    aku bersyukur kepada Tuhan...
    diKurniakan-Nya sobat sebaikmu
    yang tak lelah dan tak jemu
    untuk sudi bersahabat denganku
    di kala siapapun tak sudi
    berkawan denganku
    dan kau sudi menjadi sobat
    terbaik untukku...
    terima kasih sobatku
    mawar kuning diRaja

    mekarlah kau di sana
    mekar di taman hati
    untuk mereka yang sama
    mencari jalan-jalan pulang kepada-Nya

    aku mengangumimu bukan kerana
    kau hebat berpujangga indah
    tapi jika aku mengagumimu
    sebenarnya aku
    Meng-Agungkan Tuhanku
    kerana mengurnia
    seorang pujangga sepertimu
    menulis mengajak para
    hamba-Nya untuk
    sama-sama menyiapkan
    bekalan untuk dibawa pulang
    ke negeri abadi
    yang mana masing-masing sibuk
    dengan urusan akhirat masing-masing
    tika itu sebesar zarah pahala dihitung-hitung
    dengan harapan bermakna dihitung
    dengan harapan selamat dari api neraka
    ALLAHU AKBAR
    gimana kalau pahala itu ditolak
    kerana menjadi rebutan
    mereka-mereka tika di dunia
    kita menyakitkan hatinya
    mengumpat kejinya
    mengatakan kitalah yang sempurna iman
    karya kita sajalah yang terhebat...
    nauzubillah moga dijauhkan
    daripada sifat dengki khianat hingga mati...

    duhai sobatku mawar diRaja
    ketiadaanku nanti
    mekar berserilah
    dikau di taman-taman puisi
    cintakan Pencipta Syurga
    mengajak mereka
    berpuisi nan indah-indah
    saling memuji Allah Azzawajallah
    bersahut-sahutan tanpa jemu
    hingga terhenti nafas
    memujiNya
    dengan puisi-puisi nan indah
    bak bidadri Syurga
    menzikirkanNya
    di Taman Firdausi
    bergema puisi
    cintakanNya
    tanpa nokhtah

    Karya Ratu Rimba Niagara
    5 Muharram 1434H
    19 November 2012
    Like · · · 22 minutes ago near Kuala Lumpur
    Like · · · Promote · 7 minutes ago ·
  • KU INGIN KARANGKAN PUISI LAGU GURINDAM DIRAJA

    Dalam syairku aku merindu,
    Rindu sama kanda pujaan hati,
    Pada siapa hendak ku mengadu,
    Apa nak buat kanda tak sudi.

    YB bakal gubernur riau siarkan lagu Daulat Tuanku...bisa nggak...
    ini sedang mahu cari ilham untuk mengarang puisi dan gurindam tema diRaja.

    RATU RIMBA NIAGARA
    12 Jun 2013
    Like · · · Promote · 20 minutes ago ·
  • Ratu Rimba Niagara shared Khairuddin Al-Young Riau II's photo.
    @ Dalam Sya'irku Berdendang,, Rentak Zafin Seakan Riang,,
    @ Sungguh Indah dinda kupandang sayang,, Elok Budi Dikenang Orang,,,
    @ Riau Jati Negeri,, Bak Syurgawi Dialam Mimpi,,
    @ Santun Budi Kasih dan Cinta Sejati,, Nanti Bumi amanlah Negeri, , ,
    By. Khairuddin Al-Young Riau

    Ada yang hafal, , , Teruskan ya
    Dapatkan VCD Album "Negeri Lancang Kuning"
    Selamat Menikmati 4 u, all (Pencipta, Pelaku, dan Penikmati Seni) . . .
    Unlike · · · Promote · 29 minutes ago ·
  • membawa perubahan untuk rakyat
    dengan semangat dan tekad ,,,
    Unlike · · · 13 hours ago ·

  1. MOGA ALLAH SWT SAHAJA YANG DAPAT MEMBALAS SEGALA KEBAIKKAN RAKAN-RAKAN FB & GROUP YANG SUDI MEMBERI SOKONGAN/DUKUNGAN TANPA JEMU. AMATLAH DIHARGAI SEHINGGA KE AKHIR HAYATKU.

    Sent Today
    Khai Noor likes your post in KOMUNITAS ADAT KERATON NUSANTARA. 6:36pm
    Khai Noor and Husin Ansharullah like your post in KOMUNITAS ADAT KERATON NUSANTARA. 6:36pm
    Tengku Wadinsyah, For...
    See More
    Like · · Promote ·
  2. @ Dalam Sya'irku Berdendang,, Rentak Zafin Seakan Riang,,
    @ Sungguh Indah dinda kupandang sayang,, Elok Budi Dikenang Orang,,,
    @ Riau Jati Negeri,, Bak Syurgawi Dialam Mimpi,,
    @ Santun Budi Kasih dan Cinta Sejati,, Nanti Bumi amanlah Negeri...See More
    1Like · ·
  3. KAWAN SEJATI KAWAN SAMPAI MATI KAWAN SAMPAI SYURGA

    Datuk Mohd Faiz Abdullah Bokhari
    Orang yang hatinya baik suka cari kawan & sayangkan hubungan silaturrahim berbeza dengan orang yang hatinya dah busuk dan berulat di dalam suka bermusuh & gemar rosakkan hubungan silaturrahim.

    Ratu Rimba Niagara Moga datuk faiz bisa jadi kawan yang terbaik kepada semua kawan-kawan datuk faiz ya...kawan sampai mati...kawan sampai Syurga. Itulah kawan dunia akhirat. Kawan sejati.Aamiin.

    KAWAN SEJATI

    Apa yang kamu paham dengan kawan sejati ratu?

    Berkawan atas dasar karena Allah Taala...

    Maksudnya?

    Apa matlamat dia berkawan dengan aku
    Kenapa dia hendak menjadi kawan aku
    Kenapa aku terima dia sebagai kawan aku

    Jawapannya?

    Aku tak suka berkawan tanpa matlamat
    Saja suka-suka...nak berkawan...
    Sepi menyepi tanpa kabar berita...

    Maksudnya?

    Sejujurnya aku terima dia menjadi kawan aku
    Matlamatnya dia dukung/sokong perjuanganku
    Aku sokong/dukung perjuangan dia

    Kamu ini serius sangat fb ini sekadar laman sosial tempat canda-canda ..berbangga diri, hilangkan kesunyian , luahkan isi hati dan apa saja kamu nak ceritakan mengenai kamu...begitulah yang aku paham ratu...

    Itu kamu tapi tidak dengan aku...
    Sejujurnya mana yang sekadar wujud tapi tak wujud di fb aku...aku terpaksa undurkan diri...

    Tidak kah itu namanya memutuskan talisiraturrahim ratu? tega kamu gitu...
    ahh...jangan gitu dong....jangan putuskan talisiraturrahim Allah tak suka orang yang memutuskan talisiraturrahim...insaflah ratu ...muhasabah dirimu...sebelum kamu muhasabah diri orang lain....

    Allahu Akbar...tiada niat ratu mahu putuskan hubungan talisiraturrahim...ratu cuma mahu rakan fb ratu sentiasa sudi memahami dunia ratu...jika dia seorang kawan yang baik semestinya dia paham kenapa dia mahu menjadi kawan fb ratu...bukankah kita sebelum membuat keputusan mahu berkawan dengan seseorang rakan fb kita bergantung kepada nawaitu kita. Allah lembutkan hati kita saling terima persahabatan dengan tulus ikhlas. Kenapa setelah berjaya Allah izinkan bertalisiraturrahim atas nawaitu karena-Nya...kita saling merusakkan talisiraturrahim itu. Siapa yang salah dalam hal ini.

    Dua-dua salah. Yang mahu berkawan salah karena tak tepati janji. Yang menerima salah kerana tak sabar dengan kawannya yang tak memahami.

    Jika kamu dalam kedudukan aku gimana? Aku terima kau sebagai kawan untuk menberi dukungan minatku bersastra ..lepas itu kamu sengaja sakitkan hati ...sepikan berhari-hari berminggu-minggu ...berbulan-bulan...? Adakah itu namanya kawan sejati?

    Oo...jadinya kamu mencari kawan sejatilah ni ya gitu maksudmu?

    Mestilah...itu nawaitu aku terima kamu sebagai rakan fbku. Engkau ingat aku terima kau sekadar suka-suka sebagai kawan sebab kau golongan bangsawan lagi hartawan...tolong sikit kalau kamu berpikir begitu...aku bukan jenis kawan yang begitu...yang aku pentingkan hati engkau semurni hati Syurga. Paham....

    Ooo...engkau nak cari kawan hati semurnia Syurga. Engkau tu hati semurni Syurga ke?

    Sebab hati aku tak semurnia Syurgalah aku mencari kawan hatinya semurni Syurga...biar wangian hatinya semurni Syurga itu melekat di hatiku ...itu yang aku mahukan...mana tahu berkawan seikhlas hati atas dasar karena Allah sama-sama dapat menjadi Kekasih Allah...sama-sama dapat menyambung persahabatan sampai Syurga.

    Engkau agak-agak (pikir) hati aku ini semurni Syurga tak?

    Itu aku tak tahu...engkau sendiri yang tahu hati engkau dah sampai tahap mana murninya...

    Engkau rasa dah sampai tahap mana hati aku ni...

    Entah aku tak tahu...yang aku tahu engkau baca karya aku tapi tak like dan komentarpun karya aku...kamu ini tiada calun untuk menjadi rakan sejati aku. Jika karya-karyaku merajuk atas pelit idemu itu kamu jangan marah ya...jangan kamu tuduh aku pemutus talisiraturrahim dengan mu...

    Tak semestinya aku tak like dan komentar karya-karya kamu...aku tak suka karya-karya kamu...

    Ahhh...katakan saja tak suka...jika suka mesti buktikan apa nawaitu sebenar kamu pengen jadi kawan fbku...sejujurnya aku berkawan fb atau ber group semuanya ada matlamatku...bukan sengaja sebagai canda-canda kosong....harap kau boleh memahami aku ya...dan sudi memaafkan aku jika aku berlalu pergi...izinkan aku mencari kawan sejati yang lain yang sentiasa sudi memberi dukungan kepada dunia sastra ayng aku dambakan....

    Makanya kau doakan aku agar dapat menjadi rakan sejatimu yang setia ya...berapa yang kau cari rakan sejati mu duhai ratu pujangga nusantara...

    Buat masa ini aku menghadkan cuma 50 orang sahaja...yang 50 orang ini aku pastikan semuanya memberi impak yang besar dalam dunia sastraku ...begitu juga group... jika group itu tidak memberi impak apa-apa...malah sepikan aku ...aku terpaksa berlalu pergi....hidup ini terlalu singkat...jadinya aku suka pada prinsip atas dasar suka sama suka...kalau sudah tak suka....bawalah haluan masing-masing...jika itu boleh membahagiakan hati kita. Prinsip hidup aku senang...berbudi pada yang sudi yang tak sudi ...tak suka...tak apalah ...siapalah aku di hatimu.....

    Jangan gitu dong...kau tetap di hatiku...di hati semua...

    Bener...bener nich....

    Syukur Alhamdulillah moga Allah merahmat persahabatan kita ya....Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.

    Rakan fb , group & alammayamu,
    Pujangga alammayamu yang pengen setia sampai mati jika kau sudi,
    RATU RIMBA NIAGARA
    11 Jun 2013
    Like · · Promote ·
  4. "Sunyi sepi mulai menghilang bak ombak menerjang kapal tersandar, , ,
    "Mungkin saja cara pandang berbeda,, tapi belum tentu sama, , ,
    Alah haaiii broo
    Like · ·
MOGA RAKAN FB & GRUP MEMAHAMI SASTRAKU DUNIAKU

Rakan-rakan fbku dan grupku adalah medan juangku bersastra
Andai ada emosi dalam berbahasa jangan terasa
Jika terasa maaf dipinta...jangan disimpan di dalam hati...
Untuk mendapatkan bahan sastra yang asli dari jiwa
Terpaksa melahirkan rasa hati di jiwa biarpun pahit dirasa diluahkan jua
Agar bahan sastra itu bukanlah bahan cuma sekadar tangkap muat asalkan ada...
Sebab itu kuamat pentingkan rakan fb yang memahami dan memberi impak pada dunia sastraku ,moga rakan fb dapat memahami dan memaafkan jika karya ku berlalu pergi bukan merajuk tapi ingin berjuang pada mereka yang sentiasa sudi memberi dukungan seikhlas hati tanpa paksaan.

RATU RIMBA NIAGARA
12 Jun 2013

WARKAH RAYUAN UNTUK ADMIN SRI PEMANGKU ADAT

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wr wb..

Sudah lama hamba menanti kehadiran Sri Pemangku Adat di group Sri Pemangku Adat...ke manakah menghilangnya duhai Sri Pemangku Adat?
Adakah Sri Pemangku adat sakit? sudah beberapa purnama tidak memunculkan diri...rasa gundah gulana hati ini bilamana admin Sri Pemangku Adat mendiamkan diri tanpa kabar berita.

Semenjak Sri Pemangku Adat tiada...grup ini seakan dilanggar garuda...sunyi sepi sesepinya....sejujurnya hamba amat nantikan Sri Pemangku Adat hadir di grup ini tanpa Sri Pemangku Adat...bagaikan hidup segan mati tak mahu....

Semenjak Sri Pemangku Adat tiada...rakan-rakan sri pemangku adat yang selama ini aktif pun ikut sama tak aktif...mana perginya Perkumpulan Kraton Nusantara, Kraton Nusantara dan lain-lain pun tiada....Berapa lamakah Sri Pemangku Adat dan yang lainnya mahu cuti...adakah sampai hujung tahun ini....ahh! jangan gitu dong...nanti ku kangen sama semua rakan-rakan di grup ini ....jika kangen hamba ini tidak dihargai oleh rakan-rakan seperjuangan di grup ini...biarlah hamba juga mendiamkan diri tapi hamba tak tega menjadikan grup ini seperti padang jarak padang terkukur...hamba sedih seolah hamba seorang saja yang wujud di grup ini walhal ahlinya beratus orang...adakah grup ini diwujudkan ...mulanya bersemangat dan akhirnya sunyi senyap tanpa kicauan burung-burung mengindahkan grup ini yang jelas grup ini bergerhana segerhana hatiku yang sendirian menyiarkan karya tanpa seorangpun sudi menyapa...sedih lho kayak gini lama-lamaan...makanya demi keceriaan grup ini semua...hadirlah duhai Admin Grup Sri Pemangku Adat...
capek dech menanti yang tak pasti...

Harap Sri Pemangku Adat hidupkan semua grup ini....jika sibuk atau tiada masa untuk menghidupkan suasana grup ini...singgahlah seminggu sekali itu pun sudah memadai bagi semua ahli-ahli di grup ini....

Ini sekadar luahan hati dari seorang ahli grup...moga admin Sri Pemangku Adat dapat memaafkan jika luahan hati ini ada kekhilafan dalam merungkaikan kata-kata.

Sekian Wassalam.

Ratu Rimba Niagara
Ahli Grup Sri Pemangku Adat
Yang aktif berpujangga seorang-seorang perasan sendiri...hehehehe ciannya...
12 Jun 2013
Like · · · Promote · about an hour ago ·
www

0 comments:

Post a Comment

 
;