Friday, 14 June 2013

TEATER BANGSAWAN DIRAJA, 'TAN SRI SYED AZMAN DI ANTARA ANAK MELAYU YANG TERKAYA DI MALAYSIA'


Friday, 14 June 2013 0 comments


TEATER BANGSAWAN DIRAJA, 'CUKUPLAH ALLAH BAGIKU!'








  • Kawan saya Tan Sri Syed Azman..diantara anak melayu yg terkaya di Malaysia.
    Unlike · · · about an hour ago via mobile ·

    • You and 182 others like this.
    • Putra Azshah Studioo Alhamdulillah rezeki....
    • Eeyda Seni aaminn ....murah rezki sihat selalu!!
    • Shahara Abdullah dato mintak duit skit ngan dia.mesti dia tak keberatannya...hehehe
    • Laily Md Noor Berusha...berusha. .berusha. ..supaya menjadi insan sepertinya....dengan izin Allah SWT. ..insya'allah. .
    • Andy Niol mcm mne nak dji mcm beliau ye..
    • Watashi Wa Nurrani wahhh... kongsi lah rahsia
    • Salmiah Salim Alhamdullillah smua tu rezeki dr ALLAH....bgkan pd beliau berkat usahanya yg gigih dgn jln ALLAH....itu dah jadi rezeki dia....sy tetap sokong.....
    • Rosli Kasim JB bgusla kaya. smoga harta y ad d gnekn ke jalan y Allah redhai.
    • Watashi Wa Nurrani ayahh nye mizz nina ni kan...
    • Srikandi Malaya Bangga bl dgr org melayu kaya
    • Bainah Jamiun Alhamdulilllah syukur segala nikmat...Semoga diberkati dan dpt dicontohi dan dikongsi pengalaman...
    • Shairul Rizdiyandi Bin Omar Alhamdulillah. Ni yang DAPig marah sangat ni. Takpe, ada hamba2 suruhan daripada orang2 Melayu sendiri boleh disuruh oleh DAPig untuk menjatuhkan sesama Melayu.
    • Shairul Rizdiyandi Bin Omar Bos Westar Aviation Malaysia ni.
    • Shahara Abdullah dah lah kaya handsome plak tu...
    • Saiful Bahar Pinjam Helikopter West Star 1, Tan Sri. Ta
    • Marissa Hanny II Fly me round the world Tan Sri,siapalah saya nk berfantasi ....
    • Zakariah Abubakar Ameen. .kita mhu tngok anak2 melayu kita...kaya raya. ..mcm ds dn ts
    • Umma Hanny Chagi Alhamdulilah syukur lh naikkn nama melayu moga mjadi contoh yg baik pada bangsa kita Tahniah Dato dan Tan Sri
    • Norsham Pendek Slm dato..memang lah tan sri syed azman tu kaya..company saya pun ada buat pest control kat rumah tan sri..dia punya heli pun banyak..
    • Rozi Nur Syifa alhamdulilah...syukor nikmat tuhan bg rezeki ....amin
    • Parsatekong Bin Mantar Syabas & tahniah.
    • Paduka Master Rock Terbaekkk!!!!Dato'...
    • Azizah Zee duit byk2 nak buat ape ye...hamba ni jenis yg x pernah berduit byk..
    • Parsatekong Bin Mantar Duit banyak bantu orang susah, orang tua & anak2 yatim dll yg perlu.
    • Norasiah CheHasan memang bangga ada ank melayu cm ni..contoh terbaeekk.
    • Bee Ants alhamdullilah
    • Mulut Melayu Alhamdulillah. Kita patut rasa bangga ramai Melayu yang telah berusaha bersungguh-sungguh telah menjadi kaya. Kita patut contoh orang2 Cina yang masing-masing rasa gembira kerana kaum mereka telah berjaya. Kita jangan jadi sebahagian Melayu yang malas berusaha tetapi merasa iri hati plak terhadap Melayu yang berjaya dan menjadi kaya.
    • Siti Hasmilah alhamdullah.ada org melayu kaya. dato sri x kaya ke.? jgn mrah ya dato sri.
    • Sharifah Mariam alhmdlh tu namanya rezeki kan tan sri
    • Zabidah Ahmad Alhamdulillah
    • Sabariah Mohd Yusof Baguslah kalau org melayu kaya kita mesti bangga sbb kalau bangsa lain kita kemain besar2kan
    • Noor Azizah Dahaman Boleh tahan jugak orang nye...
    • Rukiah Rocky K alhamdulilah syukur nikmat kpd Allah yang memberi....segalanya di dunia ini
    • Zainal Anwar Diharap dengan kekayaan yang diperolehi dapat membantu masyarakat Melayu Islam khususnya di rantau ini dalam mempertingkat taraf pendidikan dan sosio ekonomi mereka.
    • Zulkiplee Ismail Kawan yang paling miskin tak ada ke....?
    • Ratu Rimba Niagara TEATER BANGSAWAN DIRAJA,' DUNIA INI ADALAH MIMPI AKHIRAT ADALAH REALITI'

      YA ALLAH PERKENANKAN AKU MENJADI JUTAWAN AKHIRAT-MU

      Ya Allah Kau Maha Mendengar
      aku suka membantu mereka yang perlu dibantu
      tapi aku tak punya aset untuk membantu

      Yang paling aku khuatiri
      bilamana Kau Kurniakan aku harta bertimbun-timbun banyaknya
      aku jadi bakhil bin kedekut
      aku rasa lagi aku berikan pada yang memerlukan
      hartaku makin berkurangan
      lalu aku nyesal
      lalu aku jadi lebih tamak
      dan tak mahu sedekahkan hartaku pada yang memerlukan
      karna harta itu adalah usaha aku sendiri
      penat lelah puluhan tahun aku berusaha mendapatkan harta
      tak akan dengan mudah aku mahu berikan pada yang memerlukan
      bagiku siapa nak kaya usahalah sendiri
      jangan jadi pengemis harta orang
      dasar si miskin papa kedana tak tahu malu
      menjatuhkan imej sendiri mengemis harta orang kaya
      ALLAHU AKBAR ...jangan aku jadi begitu tamak haloba...
      Ya Allah harta yang kumiliki telah merusakkan imanku sendiri
      tanpa ada ehsanpun pada mereka yang memerlukan...
      jadikanlah aku hamba-Mu seorang pemurah
      suka bersedekah
      merasakan sedekah itu adalah satu nikmat Kurniaan-Mu
      yang Nilaian-Nya lebih berharga dari alam dan seisi-Nya

      Atas apa yang Kau Kurniaakan kepadaku...
      aku mahu jadi jutawan dunia akhirat
      jutawan dunia untuk mendapat gelaran jutawan akhirat
      andai gelaran jutawan dunia ini bisa aku meraih cinta-Mu
      Perkenankanlah aku menjadi jutawan akhirat-Mu
      Aamiin AAmiin AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin

      Karya Ratu Rimba Niagara
      2 Syaaban 1434H
      11 Jun 2013

      SEJUTA BINTANG SEJUTA HARAPAN TERTUNAI SUDAH

      SEJUTA MELAYU
      SEJUTA BINTANG
      SEJUTA HARAPAN
      TERTUNAI DITUNAIKAN MOYANG MELAYU
      UNTUK DIHADIAHKAN ANAK CUCU MELAYU
      IN SHAA ALLAH DIMAKBULKAN ALLAH AAMIIN

      Karya Ratu Rimba Niagara
      11 Jun 2013

      MARI BERSAMA INFAKKAN KURNIAAN ALLAH

      andai aku punya
      kuasa
      darjat
      harta
      ilmu
      ku infakkan ke jalan-jalan fisabilillah-Nya
      harta yang kuinfakkan itulah yang aku punya
      andai kata ku tak punya segalanya
      tapi aku berniat
      niatkan itu akan dikira Allah tanpa membatalkan niatku
      SUBHANALLAH MAHA PEMURAH-NYA ALLAH
      memberi ganjaran yang setimpal dengan usaha dan niat hamba-Nya

      begitu pentingnya niat
      dibawa niat sampai mati
      walaupun belum sempat merealisasi

      namun ku berharap
      ku punya ilmu dan harta
      agar dapat kuinfakkan ke jalan-jalan-Nya sebelum terpejam mata..
      AAmiin AAmiin AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin.

      Ratu Rimba Niagara
      2 Syaaban 1434H
      11 Jun 2013
      Ratu Rimba Niagara

      SAMPAI AKHIR HAYAT MEMBALAS CINTA ALLAH

      saat mereka sibuk
      akan
      keris
      baju
      mahkota
      dan tahtanya

      kamu pula sibuk
      akan cangkul
      baju kumal
      topi
      gubuk derita yang kena gusur

      pesona dunia mereka
      jika terus dilalaikan terleka
      pasti akan memakan diri sendiri
      karna dunia ini coma
      persinggahan yang perdaya memperdayakan

      gubuk derita yang dirasai akibat peperangan
      bermandikan peluh demi sesuap rejeki
      berumah beratapkan langit berlantaikan tanah
      hidup terumbang ambing
      berpindah randah
      diburu musuh
      namun masih tersenyum
      biarpun di duga setiap penjuru iman
      SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
      Syurgalah tempatmu duhai yang terus diduga
      cintamu pada-Nya mengatasi
      segala azab sengsaramu

      makanya yang masih punya mata hati
      masih ada peluang
      infakkanlah hartamu
      kepada hamba-hamba Allah yang diduga

      mereka diduga dengan gubuk derita
      kamu diduga menginfakkan hartamu

      itulah hikmah di sebalik gubuk derita dan kekayaan dimiliki
      sama-sama diduga dalam derita dalam nikmat kekayaan

      sabar atas derita
      sabar infakkan harta

      itulah tanda kita membalas cinta Allah pada kita yang diduga sehingga terhenti nafas...membalas cinta Allah...In Shaa Allah AAmiin.

      Karya Ratu Rimba Niagara
      2 Syaaban 1434H
      11 Jun 2013

      AGAR TAK MENYESAL SESUDAH MATI

      saat kamu kelaparan akibat peperangan
      masih ada jiwa-jiwa damai yang membutakan mata hatinya
      sedangkan pintu Syurga terbuka luas
      andainya mereka menghulurkan bantuan untukmu

      bersabarlah duhai hamba Allah yang diduga
      andai kelaparanmu itu berterusan sahingga maut menjemputmu
      Syurgalah tempatmu atas kesabaranmu menanti bantuan

      ingatlah buat mereka yang damai hidupnya
      tapi tak punyai mata hati
      tunggulah saat nanti di hari kematiaan mu itu
      di alam barzah
      setiap penghuni kubur menyesal
      karena baru tahu nikmatnya bersedekah
      bisa melepaskan seksa kubur ...
      bisa mendapat Rahmat Kasih Allah dimasukkan Ke Syurga Tanpa Hisab
      karena sudah mati baru tahu begitu besarnya ganjaran bersedekah
      mahu dihidupkan kembali ke dunia
      agar dapat bersedekah setiap hari hingga tak tersisa harta dimiliki
      tapi itu cuma tinggal mimpi yang tak akan jadi kenyataan
      mana mungkin orang mati hidup kembali
      makanya selagi ada peluang bersedekahlah semasa kamu hidup
      agar tak menyesal sesudah mati....

      KARYA RATU RIMBA NIAGARA
      2 Syaaban 1434H
      11 Jun 2013

      (DANA SASTRA DISIARKAN UNTUK MEMARTABATKAN INSTITUSI DIRAJA NUSANTARA)
      14 Jun 2013


 (PETIKAN DARIPADA WALL DATO' SERI ZAIENAL & RUDSAL F & KESULTANAN INDRAPURA & RATU RIMBA NIAGARA)
14 Jun 2013

0 comments:

Post a Comment

 
;