YA ALLAH IZINKAN KARYA SASTERAKU TERUS MENGALIR KE SUNGAI FIRDAUSI-MU
YA ALLAH YA TUHANKU JADIKANLAH KARYA YANG KUTULIS BAGAIKAN AIR TERJUN YANG MENGALIR TERUS MENGALIR TANPA HENTI . BIARPUN SERIBU TAHUN AKU TIADA DI DUNIA INI TETAP AKAN MENGALIR TERUS MENGALIR KE HATI MEREKA YANG MEMBACA KARYAKU DAN MENDAPAT MANFAAT DUNIA AKHIRAT APA YANG KUKARYAKAN. AKU YAKIN KARYA YANG KUTULIS ADALAH ILHAM DARI-MU YANG TIDAK PERNAH PUTUS-PUTUS KAU HADIRKAN. SUBHANALLAH SESUNGGUH-NYA ENGKAU MAHA PEMBERI TANPA HAD BENARLAH KAU MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.
YA ALLAH IZINKAN HASIL KARYA SASTRA YANG KUTULIS TERUS MENGALIR KE SUNGAI-SUNGAI FIRDAUSI MENYATU TERUS ABADI SELAMA-NYA. AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas,
Ratu Rimba Niagara
Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
24 Zulhijjah 1434H
29 Oktober 2013M
GUBAHAN BUNGA-BUNGA SASTERAKU UNTUKMU PENGHUNI ALAMMAYA...
BUNGA-BUNGA SASTERAKU KUTERBANGKAN DI SUDUT HATIMU.INGIN KUTEMPA SASTERAKU AGAR MENJADI SERPIHAN HATI
LALU MENELUSURI JIWAMU , JIKA KAU MULA MEMAHAMI
DAN MERASAINYA DI SITULAH BERMULANYA DUNIA SASTERAKU
DALAM JIWAMU...... ANDAINYA ADA YANG TIDAK BERKENAN DI HATIMU DALAM DUNIA SASTERAKU TEGURLAH AKU DENGAN KATA-KATA NAN INDAH KERANA KATA-KATA NAN INDAH ITULAH YANG AKAN MENGHIDUPKAN DUNIA SASTERAKU.
SETIAP HARI AKU DILIMPAHI ILHAM YANG TAK PUTUS-PUTUS DARI-NYA. KERANA KETERUJAAN ITU AKU INGIN BERKONGSI DENGAN SELURUH PENGHUNI ALAMMAYA...TIADA NIAT SEBESAR ZAHRAH PUN UNTUK BERBANGGGA DIRI.
SETIAP KALI AKU MENGARANG MENGENAI KETUHANAN, ROH, ALAM BARZAH DAN LAIN-LAIN BUKAN NIATKU UNTUK MENGAJAR SESIAPA, ITU ADALAH UNTUK MUHASABAH DIRIKU SENDIRI YANG SENTIASA LUPA TANGGUNGJAWAB SEBAGAI KHALIFAH-NYA DI MUKA BUMI INI. JIKA KAU MASIH LAGI TIDAK MEMAHAMI DUNIA SASTERAKU MAKA JANGAN CEMUH DUNIA SASTERAKU BIARKAN SASTERAKU KESENDIRIAAN BARANGKALI SASTERAKU TIDAK DAPAT BERTAHTA DI HATIMU. NAMUN BEGITU DUNIA SASTERAKU TIDAK AKAN MENGALAH AKAN TERUS BERSASTERA, AKAN KUBIARKAN CURAHAN ILHAMKU MENGALIR DI DUNIA SASTERAKU TANPA ADA SEKATAN DARIPADA MEREKA YANG TIDAK MEMAHAMINYA KERANA ITU ADALAH DUNIA SASTERAKU. AKU YAKIN SATU SAAT NANTI AKAN HADIR PENGHUNI ALAMMAYA YANG MEMAHAMI DAN MERASAI KEINDAHAN DUNIA SASTERAKU....PENGAKHIRAN AKAN HANYA ADA SATU MATLAMAT KENAPA AKU BERSASTERA,,,,,, KERANA AKU MAHUKAN MENDAPAT KEREDHAAN DARI-NYA AGAR BERSAMA MEMBINA JAMBATAN KE SYURGA IN SHAA ALLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
27 Zulhijjah 1434H
1 November 2013
0 comments:
Post a Comment