- Ratu Rimba Niagara SENYUMAN PERSAHABATAN ANTARA MALAYSIA DAN AMERIKA SYARIKAT
RAKAN SEHATI SEJIWA RAKAN SEPERJUANGAN UNTUK MEMBELA RAKYAT DUNIA!
TERIMA KASIH PRESIDEN OBAMA KERANA SUDI DATANG KE MALAYSIA UNTUK MENGERATKAN LAGI PERSAHABATAN ANTARA AMERIKA SYARIKAT DENGAN MALAYSIA
DALAM SUASANA HARMONIS AMAN DAMAI MAKA TERSENYUMLAH DUNIA ATAS PERSAHABATAN YANG SUCI MURNI INI SESUCI SENYUMAN IKHLASMU UNTUK RAKYAT DUNIA.
TERIMA KASIH PERDANA MENTERI MALAYSIA DATO' SRI NAJIB RAZAK KERANA MENJEMPUT PRESIDEN OBAMA KE MALAYSIA.
RAKYAT MALAYSIA MENGALU-ALUKAN KEDATANGAN PRESIDEN OBAMA KE MALAYSIA MOGA GEMBIRA SEPANJANG BERADA DI NEGARA KAMI YANG KECIL INI DAN MEMBERI KERJASAMA YANG ERAT DI ANTARA MALAYSIA DAN AMERIKA SYARIKAT.
'INDAHNYA PERSAHABAT SEMURNI HATI PEMIMPIN DAN RAKYAT'
DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS DARIPADA,
RATU RIMBA NIAGARA
PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA
27 JAMADILAKHIR 1435H
27 APRIL 2014 - Ratu Rimba Niagara INDAH BUMI INI JIKA SEMUA PEMIMPIN DUNIA CINTAKAN KEDAMAIAN WALAUPUN BERBEZA AGAMA, ADAT DAN BUDAYA TAPI DI HATI PENUH DENGAN KEDAMAIAN DAN PERDAMAIAN DUNIA TANPA ADA MENGUJUDKAN PERMUSUHAN SESAMA MANUSIA. YANG ADA MAHU DUNIA INI AMAN DAMAI DENGAN KECEMERLANGAN RAKYAT DUNIA DAN SETIAP NEGARA MAJU SEIRING ZAMAN. BUMI INI AKAN AMAN DAMAI SEKIRANYA BEBAS DARIPADA PEPERANGAN. ITULAH YANG DIMAHUKAN OLEH RAKYAT DUNIA DAN ITU JUGA TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN DUNIA UNTUK MEMASTIKAN DUNIA INI AMAN DAMAI MAJU DAN BAHAGIA SELAMANYA. DAN BUMI INI AKAN PENUH DENGAN SENYUMAN SEMANIS SENYUMAN PRESIDEN DUNIA BARACK OBAMA.....hehehe senyumanmu adalah keajaiban untuk keamanan seluruh dunia....hehehe
- Ratu Rimba Niagara TAHNIAH UNTUK PRESIDEN BARACK OBAMA MENJADI JUARA DUNIA!
Tiada yang mustahil di dunia ini di mana Presiden Barack Obama berjaya membuktikan kepada dunia tiada apa yang mustahil di dunia ini jika kita mahu merealitikan cita-cita kita menjadi kenyataan asalkan usaha dan yakin akan berjaya apa yang diusahakan In Shaa Allah pasti berjaya.
Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
Genggam bara api biar sampai jadi arang.
Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
Berfikirlah di luar kotak
Berfikir hingga ke tahap , 'CRITICAL THINKING'
Hasilnya pun di luar jangkauan
Keajaiban tidak akan datang
Tanpa usaha yang berterusan
Bila tewas
Jangan mengalah
Jangan tewas
Teruskan perjuangan mencapai impian
Bila ada yang merendahkan impianmu
Tinggalkan saja mereka dengan dunia mereka
Jangan sesekali penghinaan ke kamu
Melemahkan semangat juangmu menggapai impian
Bila mahukan kejayaan dalam cita-citamu
Mesti bertindak penuh strategi
Agar kamu tidak mengulangi kegagalan
Bila kamu sudah percaya 100% atas
Apa yang kamu usahakan
Barulah keajaiban akan datang
Untuk merealisasikan cita-citamu menjadi realiti
Maka pingat keajaiban itu milikmu
yang bakal kamu kongsikan kepada semua penghuni dunia
Syabas dariku untukmu
Presiden Barack Obama..
Atas kejayaan merangkul pingat
Juara untuk dinobatkan sebagai
PRESIDEN BERTARAF DUNIA
TABIK HORMAT UNTUKMU 3 KALI
KERANA BERJAYA MENJADI PRESIDEN DUNIA
UNTUK MENGAMAN DAMAIKAN DUNIA INI
DENGAN KEAJAIBAN
KASIH SAYANG SESAMA
SALING BEKERJASAMA
HIDUP BERNEGARA
YANG AMAN MAJU DAN BAHAGIA
SELURUH RAKYAT DUNIA
BISA MEMBALAS SENYUMAN MANISMU ITU
KERANA SENYUMANMU ITU SEMANIS GULA...
SEIRING HATIMU YANG SENTIASA MEWANGI
DENGAN KEAMANAN UNTUK SELURUH DUNIA
Karya Ratu Rimba Niagara
Pujangga Nusantara Cinta 5 Benua
Malaysia/Indonesia/Brunei/Singapura/Thailand,
202 Negara Dunia & Seluruh Dunia.
27 Jamadilakhir 1435H
27 April 2014
(Puisi Dikarangkan Istimewa Untuk Presiden Dunia Barack Obama Moga Suka Bilamana Baca Karya ini ya sebagai kenang-kenangan daripada Rakyat Malaysia yang suka berpujangga tentang Kejayaan Dalam Kedamaian) - Ratu Rimba Niagara MENGGENGGAM IMPIAN SEPERTI MEMINTAL ILUSI MENJADI REALITI
Semua orang ada impian...
Impianku tinggi menggunung
Sudah puluhan tahun aku mendaki
Terlalu banyak onak dan duri kulalui
Biarpun onak dan duri sudah sebati dalam diriku
Adakalanya aku putus asa untuk menggapai impian
Ribut petir selalu membunuh anganku menggapai impian
Hinggakan aku tak mampu untuk bertahan lagi...
Tapi kerana misi dan visi ku yang sudah lama kudambakan
Ku terus...dan terus...memburu impian ....
Biarpun datang berjuta halangan tak kupedulikan lagi
Kerana ku sudah kesuntukan masa untuk berleka memburu impian
Impian...oh! Impian....
Impianku menjadi bahan lawak
Kerana impianku di luar kotak pemikiran
Kerana siapalah aku untuk menggapai impian itu
Mana mungkin aku seorang untuk merealisaikan impianku itu
Kerana impian ku tak pernah padam
Hingga saat ini ku masih pertahankan impianku biarpun
Berseorangan terkial-kial dalam pendakian yang entah bila penghujungnya
Biarpun hangus terbakar jemariku...
Ku tetap menggenggam impian
Hingga sampai penghujungnya
Menggenggam impian seperti, ' Memintal Ilusi Menjadi Realiti
Mana tahu hadirmu tanpa dugaku...
Berganding bahu denganku...
Berkongsi segala bebanan yang kupikul
Bagaikan sinar pelangi yang takkan padam...
Mengiringi pendakianku memburu impianku
Impianku seiring dengan impianmu
Kita punyai minat yang sama
Matlamat yang sama
Inginkan impian menjadi kenyataan
Terima kasih pelangiku kerana sudi berganding bahu bersamaku
Moga indah warna-warni pelangimu takkan hilang hingga bila-bila
Selagi nafasku ada...Syukurku pada Alllah
Kehadiranmu selalu kunantikan dalam illusiku
Tapi kini bukan illusi lagi
Berkat keikhlasan hatimu padaku
Amat mengharukan aku...
Moga kau dan aku seia sekata
Senada seirama
Sama-sama menggenggam impian
Impianku impianmu berpadu menjadi realiti
Biarpun tak menjadi realiti
Setidaknya kita telah mempunyai impian yang sama
Ayuh...sama-sama kita jayakan
Mana tahu...impian jadi kenyataan!
Aku mesti bersangka baik dengan Tuhanku
Dia Maha Berkuasa Untuk Menjadikan Impianku Satu Realiti
Jika ianya satu realiti kusyukur dalam sujudku
Kerana tiada daya upayaku melainkan dengan Izin-Nya
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas ,
Karya Ratu Rimba Niagara
Pujangga Nusantara Cinta 5 Benua
Malaysia/Indonesia/Brunei/Singapura/Thailand,
202 Negara Dunia & Seluruh Dunia.
27 Jamadilakhir 1435H
27 April 2014
(Puisi Dikarangkan Istimewa Untuk Presiden Dunia Barack Obama Moga Suka Bilamana Baca Karya ini ya sebagai kenang-kenangan daripada Rakyat Malaysia yang suka berpujangga tentang Kejayaan Dalam Kedamaian) - Ratu Rimba Niagara SUARA GENERASIKU CITAMU CITAKU
MENGGAPAI BINTANG KEJORA
GENARASIKU SUARAMU AMAT BERHARGA
TERLALU BERNILAI
LEBIH BERNILAI DARIPADA PERMATA BERHARGA
LUAHKAN APA YANG TERSIRAT DI HATIMU
BAGAIMANA AKU BOLEH MEMBANTUMU
MENGGAPAI BINTANG KEJORA
JIKA KAMU LUAHKAN APA YANG KAMU CITAKAN
PASTI BINTANG KEJORA ITU MILIKMU MILIKKU
KERANA KAMU ADALAH ESET NEGARA
SUDILAH BERSAMAKU
KERANA AKU MAHU MEMBANTUMU SEDAYA MAMPUKU
AKU SAYANG KAMU GENERASIKU
KERANA TANPAMU
IBU PERTIWI INI
BERGERHANA
SEGERHANA HATIMU YANG PUTUS ASA ATAS SEGALA CITAMU
AYUH MARI BERSAMAKU
KITA JAYAKAN SAMA-SAMA CITA-CITAMU ITU
AGAR SATU DUNIA INI TAHU
KAULAH NADI DAN NYAWA UNTUK IBU PERTIWI
AYUH KITA BERSAMA JAYAKAN CITA MURNIMU ITU
DI MANA ADA KEMAHUAN
DI SITU ADA JALAN
BERSUARALAH BERSUARALAH BERSUARALAH
KAMI SEDIA MENDENGAR
MENDENGAR MENDENGAR MENDENGAR
MENGHAYATI
MEMAHAMI SETIAP APA YANG KAU SUARAKAN
AKAN KAMI REALISASIKAN
KERANA IMPIANMU ADALAH IMPIANKU
IMPIAN IBU PERTIWI TERCINTA...
Karya Ratu Rimba Niagara
Pujangga Nusantara Cinta 5 Benua
Malaysia/Indonesia/Brunei/Singapura/Thailand,
202 Negara Dunia & Seluruh Dunia.
27 Jamadilakhir 1435H
27 April 2014 - Ratu Rimba Niagara APABILA TAPAK SULAIMAN MENJADI BINTANG
Sejak berkurun lamanya Tapak Sulaiman
berada di dasar laut.
Tiba-tiba terdetik di hati Tapak Sulaiman,
‘Sampai bila aku jadi begini?’
Di dasar laut cuma nampak bebayang
bintang-bintang disimbahi cahaya rang bulan.
“ Alangkah bahagianya jika aku menjadi bintang!
Tiada bezanya aku dengan bintang
cuma aku di dasar lautan
tidak berkedipan!
Bolehkah aku jadi bintang?
Bolehkahkah? Bolehkah? Bolehkah?
Di dasar ini aku tidak berfungsi
kepada penghuni laut
sedangkan aku ingin hidup
menyinari hidupku dan menyinari
hidup mereka yang memerlukan
kerdipan sinarku.” Tapak Sulaiman
mula menyedari kejahilannya.
Dia telah memasang impian.
Setiap hari Tapak Sulaiman
terus mengeluh...
Meratapi nasib diri…
Mencemburui kegemerlapan bintang
seolah-olah mereka mengejeknya
kerana berangan hendak
menjadi bintang.
“Kau siapa?
Jalan pun terhegeh-hegeh
di dasar laut ini… Tanpa boleh berbuat apa-apa?
Lainlah aku boleh ke sana ke mari dengan pantas
dan ramai terpesona dengan kegagahan dan
kebijaksanaan aku.. Jangan nak beranganlah!
Ha…ha…ha…” Ejek naga laut sambil menayangkan
kejadiannya yang unik mempersonakan
seluruh penghuni laut kerana itu naga laut
popular dan dihormati .
“Engkau jangan memperlekeh
cita-cita aku. Akan kubuktikan!
Lihatlah nanti!” Jerit Tapak Sulaiman
memecah ketenangan malam itu.
Laut yang tenang tiba-tiba mengaum di sertai
dengan gelombang ombak mengganas!
Gerakkan dasar laut telah membawa
Tapak Sulaiman ke dalam gelombang
ombak mengganas! Lalu menghempasnya
ke pantai.
Kini Tapak Sulaiman berada di pantai
di sinari cahaya pagi yang menyegarkan!
Seakan mimpi tapak sulaiman
berjalan ke sana ke mari
menari-nari.
Bila malam tiba Tapak Sulaiman
menikmati suasana malam sambil
memerhatikan kegemerlapan
bintang-bintang di langit di sinari
sinaran cahaya bulan.
Sungguh jelas permandangan tika itu
tidak perlu samar-samar lagi
tika berada di dasar laut.
“Bolehkah aku menjadi bintang?
Bolehkah? Bolehkah?
Bintang aku ingin berkawan denganmu?
Aku ingin menjadi sepertimu.”
“Tapak Sulaiman, kau boleh menjadi
seperti kami jika kau yakin dengan
kebolehanmu! Percayalah!
Kami menunggu kau di sini!
Kau boleh! Pasti boleh!”
Kata perangsang bintang kepada
Tapak Sulaiman pada malam itu.
“Pelik ya macam mana bintang boleh
mendengar suaraku? Sedangkan
Jarak dengannya…
Dia di langit aku dibumi
komunikasi aku dengan bintang
satu keajaiban!”
Tiba-tiba kedengaran
gauman entah mana datangnya
memecah ketenangan malam.
Pepasir di pantai berterbangan.
UFO rupanya sedang mendarat
dua makhluk asing datang
menghampiri Tapak Sulaiman.
“Tapak Sulaiman mahu ke engkau
ikut kami?” Tanyanya.
Ke mana?”
“Úntuk merealisasikan cita-cita kau menjadi bintang?”
“Nak! Nak! Nak! Bodohlah aku kalau tak nak!”
Malam itu mimpi Tapak Sulaiman menjadi kenyataan!
Dia telah menjadi bintang!
Disambut bintang-bintang yang
Bergemerlapan! Berkedipan! Berkilauan
yang menakjubkan Tapak Sulaiman!
Siapa sangka impian Tapak Sulaiman menjadi kenyataan?
Tidak sia-sia impiannya selama ini!
Barulah dia tahu tiada yang pelik di dunia
Ini jika digunakan keajaiban minda!
“Aku berjanji kegemerlapan yang kumiliki ini
akan kukongsi bersama mereka yang ingin
menjadi sepertiku!”
Janji Tapak Sulaiman pada dirinya.
Karya Ratu Rimba Niagara
Pujangga Nusantara Cinta 5 Benua
Malaysia/Indonesia/Brunei/Singapura/Thailand,
202 Negara Dunia & Seluruh Dunia.
27 Jamadilakhir 1435H
27 April 2014
PETIKAN PAGE PERDANA MENTERI MALAYSIA YAB DATO' SRI NAJIB RAZAK
& RATU RIMBA NIAGARA
27 JAMADILAKHIR 1435H
27 APRIL 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment